Rahsia Cantikkan Kulit Cara Pantas, Wajib Cuba 4 Petua Guna Beras!
Merawat wajah sebenarnya tak perlukan modal yang banyak pun. Lagi-lagi jika menggunakan bahan di rumah seperti beras.
Beras kaya zat Oryzanol yang membantu memperbaharui perkembangan pigmen melanin dan mencerahkan kulit. Hebat kan?
Jadi dengan begitu banyak kelebihan beras ini, rugilah kalau kita tak cuba. Buat sendiri di rumah, itu cadangan paling bernas. Cuba 3 petua skrub ini. Sental muka hingga bersih dan lihatlah hasilnya. Superb!
1. Beras Vs Yogurt
Bahan:
2 sudu makan beras
2 sudu yogurt asli
Caranya:
1. Sangai beras terlebih dahulu.
2. Kisar hingga halus.
3. Campurkan dengan dua sudu yogurt asli, gaul dan sapukan pada muka.
4. Biarkan kering dan kemudian barulah gosok muka perlahan-lahan.
2. Beras & Garam Gula
Bahan:
1 cawan beras
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Caranya:
1. Sangai ketiga-tiga bahan dalam kuali.
2. Angkat apabila beras bertukar menjadi keperang-perangan dan bersalut dengan beras.
3. Biarkan sejuk sekejap.
4. Apabila sejuk, kisar dalam pengisar kering hingga halus.
5. Simpan dalam bekas kecil dan apabila hendak pakai, bancuhkan dengan sedikit air suam.
6. Sapukan ke wajah dan biarkan seketika sebelum disental dan dibasuh bersih.
3. Beras & Madu
Bahan:
1 cawan beras
2 sudu makan madu
1 biji lemon
Caranya:
1. Kisar beras hingga halus.
2. Tuangkan ke dalam bekas kecil.
3. Masukkan madu dan perahan lemon. Gaul sebati.
4. Sapukan ke kulit wajah dan biarkan seketika masker meresap pada kulit.
5. Kemudian barulah dibilas bersih.
4. Beras & French Rose Bud
Bahan:
1 cawan beras -dibasuh dan direndam seketika
French rose @ rose buds
2 cm kunyit hidup (dikupas kulit)
Caranya:
1. Rebus french rose hingga mendidih selama 5 minit.
2. Cara ini untuk mendapatkan air ros natural yang bagus untuk melembapkan dan membersihkan kulit.
3. Kisar beras, kunyit hidup dan kelopak rose hingga halus.
4. Ambil satu sudu masker dan di bancuh dengan sedikit rose water.
5. Ratakan seluruh muka dan biarkan sekejap. Bilas bersih dengan air sejuk.
Ektra Tip
– mencerahkan kulit
– kandungan Anti-oksida yang tinggi
– melambatkan proses penuaan
– membasmi radikal bebas
– mengurangkan jerawat
Nak Buat Perut Kembali Kempis, Guna Tiga Bahan Aje. Menariknya!
Wanita pastinya suka kepada kecantikkan diri termasuk ingin memilik badan yang langsing walaupun sudah beranak pinak.
Bayangkan jika mengalami perut buncit dan menggeleber sungguh memalukan dan merimaskan. Tentu rasa tak selesa bila mata orang asyik tertumpu pada bahagian perut.
Paling sedih bila ada teman menegur, ‘eh, dah berapa bulan dah ni..’.. Rasa nak nangis tepi bucu katil. Nak marah pun, memang betul pun, perut buncit.
Jadi tentu ada caranya untuk perut kembali kempis. Selain bersenam apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh puan Eiscya Isa Boleh follow caranya yang sungguh bermanfaat. Ramai yang share petuanya. Jom cuba, guna tiga bahan je!
Perut macam PREGNANT 9 BULAN dh takda dengan amalkan minum Air miss kerengga
Atau eiscya panggil air carbo blocker..nak tau kenapa?baca dekat bawah k..
Eiscya tau ramai yang ada masalah pregnant tp bsalin nyer idok..aka perut buncit la kan..jgn risau .so,ni la jalan penyelesaian nyer.
Air ni sememangnya akan membuatkan lelamak anda menagis Dan juga menyebabkan anda terpaksa beli baju baru..sbb nanti suma baju korang longgar..
.
So raya ni boleh ler korang suma jadi miss kerengga..
.
Ini merupakan petua yg diperturunkan pyoor dari Thailand.. klau korang prasan tgk badan aweks2 Thailand suma cikeding kurus, kulit pun cantik je kan?
.
Salah satu rahsia diorang ada lah air ni la..air yg kekalkan badan diorang kurus n kulit yg cantik
………………………………………………………………………….
.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
Tak susah pun suma bahan dapur je…jimat lagi tau
✔Asam glugur (5 ke 8keping)/eiscya Guna cikit sbb asam hbis malas nk p beli
✔Gula melaka
✔Daun pandan(simpul atau koyakkan
✔air 5gelas
(Sesapa yg xsuka manis boleh abaikan gula melaka)
Amalkan minum sebelum makan..minum suam2 atau sejuk..tapi of coz yg suam bagus.
Cara pembuatannya
Renih sampai daun pandan bertukar warna n layu
Posted by Eiscya Isa on Thursday, 26 April 2018
Khasiat asam gelugur
❌Asam gelugur
Mengandungi pelbagai vitamin,mineral,serta sebatian penting sperti
●hydroxyl citric acid(HCA),
●serat
●hidroksi sitrik
●flavonoid
●asid askorbat(cantikan kulit)
●asid tartarat
●membantu menurunkan kadar kolestrol jahat(triglycerides &LDL),dan boleh membantu meningkat kan kadar kolestrol baik(LDL)
Berkhasiat
Semua kandungan tersebut sangat bermanfaat untuk mencantikan kulit dan untuk menurun kan berat badan.
.
Kandungan HCA yg tggi pda asam gelugur dapat membantu mngurangkan nafsu mkn serta mencegah pembentukan lemak dari pnghasilan gula dari karbo yg diambil dlm makanan.
Maksudnye klau korang minum air ni,badan korang xkan serap lemak atau lemak xkan buat meeting dalam badan korang dalam bahasa mudahnyer😘
Best kan?mkn tp lemak xstay.
Haa sebab tu eiscya panggil as air carbo blocker..dh clear?
❌gula melaka
●mngandungi pelbagai vitamin Dan bagus untuk antioksidan.
●rendah glisemik indeks berbanding gula putih
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2104647566479151&id=100008017834109
❌daun pandan
●hilangkan bau badan
●anti oksidan
●menghilangkan lenguh2 badan
✔minum setengah atau sejam sebelum makan
Ingat klau nak cantik nak kurus korang mesti makan the real food bukan fast fud wokeh…
Sebarang copy mengopi adalah tidak dibenarkan..
Share untuk kebaikkan bersama..
Sebarang explanation berkenaan petua ini n mengapa eiscya gunakan gula melaka ada di wall eiscya..so rajin2 la scroll ok..explanation based on science
Selamat mencuba
Oh yea yang mana perut buncit and angin satu badan boleh Cuba bubble belly ok..siap pakej terkurus Tanpa sengaja lagi
Kredit: Eiscya Isa
Kalau Nak Kulit Glowing, Amalkan Jus Ini Saja, Wanita Ini Kongsi Resipi Minuman Supaya Kulit Tampak Kemerah-Merahan Dan Anjal.
Memiliki kulit wajah yang halus dan licin sememangnya menjadi idaman setiap wanita.
Kulit wajah yang kusam dan beberapa butir jerawat di wajah sahaja pun sudah memberi kebimbangan. Risau jika jerawat makin bertambah.
Tidak dinafikan kulit yang cantik dan menjadi idaman kebanyakan wanita seperti licin, tegang, anjal dan tampak kemerah-merahan.
Oleh itu, ada yang sanggup berhabisan ratusan ringgit ke pusat kecantikan. Malah memperuntukkan perbelanjaan untuk membeli alat soleh untuk menutupi cela di wajah.
Namun, untuk kekal cantik bukan hanya bergantung kepada solekan semata tetapi dalaman juga harus diberi perhatian agar wajah kekal cantik walaupun tanpa solekan.
Hanya menggunakan dua bahan iaitu tomato dan susu, wanita ini kongsi petua.
JUS TOMATO SUSU UNTUK KULIT GLOWING
Kalau nak kulit glowing cantik dan anjal kena selalu makan tomato. Ramai artis amalkan makan dan minum jus tomato sebab memang bagus bukan je untuk kulit malah untuk jantung kita.
Kali ni mala share jus tomato susu pulak. Memang sedap diminum berbanding jus tomato semata-mata. Lepas tu, lebihan nya bulak boleh di buat ice cube untuk buat masker
Bahan dan Cara Membuat :
Buah tomato 1 biji
Susu rendah lemak 200ml
1. Rendam tomato dengan air garam untuk buang racun pada kulit tomato.
2. Potong dan masukkan tomato serta susu ke dalam blender dan kisar halus. ITS DONE!
Boleh lah terus minum. Memang sedap. Sekejap je habis segelas. Di samping dapat kulit glowing, jantung pun bertambah sihat dengan tomato susu ni.
Khasiat
Tomato kaya dengan Vitamin C, dan Vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser. Susu pulak kaya dengan Calsium yang bantu menguatkan tulang dan imunisasi kita.
Menjaga kesihatan ni satu ibadah. Jom jaga kesihatan dengan bahan semulajadi. Selamat mencuba!
Sumber: Mala Mansor
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club