Nampak Biasa Aje Tetapi Ini Rahsia Buat Sambal Kicap Power Dan Tahan Lebih Lama.

Share

Sudah tentu semua orang suka sambal kicap. Boleh buat cicah pisang goreng, tempe goreng, bihun sup, mi celup, nasi ayam dan pelbagai lagi untuk penyedap makanan.

Nampak simple je nak buat sambal kicap ini, tetapi jika salah resipinya memang tak power.

Jika ‘menjadi’ memang akan menaikkan selera makan. Namun untuk menjadikannya lebih tahan lama disimpan mempunyai rahsianya yang tersendiri.

Jom lihat bahan-bahan dan rahsia lebih tahan lama.

Sambal kicap power….

Saje nak share, sape2 yg kurang mahir wat sambal kicap blhlah try resepi sis ni tau.mmg sedap sgt…makan ngn mee/ bihun sup ke…Mee rebus ganu ke…Soto ke…ape2 jelh yg sesuai.mmg mabeles sesangat..

Resepinya.

Bahan:

Segenggam Cili padi
Seulas bawang putih
3 biji limau kasturi ( pilih buah yg masak)
Secawan kicap Manis
2 sudu gula pasir

limau tu kena buang biji dulu ye.klu tidak pahit nnti…

Caranya.

Kisar je semua tu.kulit limau amik 2 biji blend.yg sebiji lagi perah dulu pastu hiris nipis.

Siap kisar masukkn kulit limau hiris tu. Simpan dalam peti ais. Berbulan boleh tahan.

Kredit: Ida Hassan