Tugas isteri ini memang tak pernah habis. Sebaik buka mata, ada sahaja yang nak dilakukan. Lebih-lebih lagi jika ada anak kecil.
Malah masa makan pun, tidak tentu. Namun jika ada suami yang prihatin, tentu ia jadi tak sukar. Suami akan teman isteri makan bila settle uruskan anak-anak. Bukan mengada nak bermanja tapi inilah pengikat kasih. Inilah yang buat keluarga makin bahagia.
Begitu juga dengan perkongsian ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Semalam terjadi satu situasi di rumah yang saya rasa ramai boleh ambil iktibar.
Di meja makan sudah terhidang nasi dan lauk pauk untuk dimakan. Sedang kami asyik mula makan, anak kecil kami si Daisy menangis dan tak nak duduk diam.
Dia kerap datang ke meja makan dan menganggu mamanya Nora Azni makan. Kami letakkan di kerusi baby untuk makan bersama pun tak nak. Berterusan menangis.
Isteri saya yang baru sahaja mula makan terpaksa berhenti dan mengambil Daisy untuk disusukan. “I susukan Daisy dulu ye, U makanlah dulu”. Dia pun masuk ke bilik.
Saya terus suap sekali nasi beserta daging masak sup beserta sambal mangga muda yang sangat membuka selera. Kemudian saya tinggalkan sahaja pinggan makan yang masih belum saya habiskan dan bergegas basuh tangan di sinki dapur.
Saya masuk ke bilik, tutup pintu dan ditanya oleh isteri. “La, kenapa tak makan je dulu?”, “takpe, I tunggu U, kita makan sama nanti” jawab saya sambil mengusap pipinya.
“Terima kasih sayang” jawabnya manja bercampur seronok. Saya pun duduk dan menunggu isteri saya selesai sambil tengok tv.
Bukan saya tak nak suapkan, cuma dia pernah beritahu yang dia hilang selera dan rasa kenyang bila makan sambil menyusukan anak.
TEMAN ISTERI URUSKAN ANAK
Rupanya Daisy lapar susu dan mengantuk. Selesai tidurkan dia, kami pun berdua keluar semula sambil berpimpinan tangan untuk menyertai kembali mereka yang sedang makan.
Ads
Mungkin ada yang bertanya, “sampai 2 orang nak tidurkan anak?” Sebenarnya tak perlu pun. Saya boleh sahaja teruskan makan dan biarkan isteri saya berhenti makan dan menyusukan anak.
Bila baca semula ayat terakhir tu lagi sekali patutnya kita boleh nampak, betul tak? Sampainya hati saya terus makan dengan sedap tapi si isteri terpaksa putus suap untuk susukan anak. Saya tak sampai hati.
Semasa saya menjaga Daisy sebelum itu, dia bertungkus-lumus masak di dapur. Dengan sup daging, ikan goreng, telur dadar dan sambal mangga muda. Lauk tu semua bukan tiba-tiba ada secara magik.
Selesai masak, dia sediakan tempat makan pula. Alas pinggan siap terletak, pinggan makan dan hidangan lauk, siap tersusun. Sebelum makan, nasi pun dia sendukkan ke dalam setiap pinggan.
Dia buat semua tu untuk saya dan keluarga. Jika ditanya perlu ke saya teman dia untuk susukan anak pada waktu itu? Jawapannya YA yang besar. Sangat perlu. Makan bersama suami dan isteri adalah satu pengalaman atau aktiviti yang sangat menyeronokkan bagi kami. Ia satu cara kami eratkan perhubungan.
Ads
HARGAI ISTERI
Berhenti makan dan meneman si dia supaya kami boleh sambung makan bersama ialah tanda saya menghormati dan menghargai isteri.
Kita tak nampak benda ini penting jika kita tidak sedar. Tetapi percayalah yang ini satu perbuatan yang membuatkan isteri sangat gembira. Dia rasa dihargai, disayangi dan dihormati.
Jika ada yang kata isteri saya bertuah kerana saya cakna benda ni semua, sebenarnya kebahagiaan itu tercipta dari dua arah. Saya melayan dia dengan baik kerana dia melayan saya dengan sangat baik.
Bukalah mata, ambillah peluang untuk menunjukkan yang kita menghargai, menyayangi dan menghormati pasangan kita.
Sekadar perkongsian dari hati seorang suami. Semoga bermanfaat.
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Sumber: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Setiap hari bangun tidur hanya menangis hanya untuk mulakan hari supaya saya boleh tersenyum.”
Ini adalah antara luahan isi hati penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) setelah kehilangan suami tercinta Ashraf Sinclair.
Luahan hati Bunga Citra Lestari itu penuh emosi itu membuatkan ramai yang sebak di konsert BCL Blossom Intimate di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) malam tadi.
Menerusi perkongsian di Toktik akaun @miraaaroslan di lihat Bunga Citra Lestari tidak dapat menahan rasa sebak sewaktu dendangan 12 Tahun Terindah yang mengambarkan rindu yang tidak padam kepada arwah suaminya.
Selain momen sedih, penonton turut diberi kejutan apabila anak lelaki BCL, Noah Aidan Sinclair tampil menyanyi bersama ibunya untuk lagu terakhir, Dance Tonight.
Bukan sahaja menjadi ‘rapper’ untuk persembahan ibunya, si cilik berusia 12 tahun itu juga lincah menari persis penari profesional sekali gus mengundang sorakan gemuruh penonton.
Tahniah diucapkan buat pempengaruh media sosial yang cukup dikenali di Tik Tok, Nelysa Norazlan yang kini disahkan hamil anak pertamanya.
Melalui Tik Toknya, Nelysa akhirnya berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikut setianya di Tik Tok.
“Ya saya kini pemegang buku pink.
“Semoga terjawab segala persoalan. Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan.
“Alhamdulillah. Yes I’m pregnant. Tak boleh cover dah sebab makin mengah. Makin bulat,” katanya berkongsi.
Menghilang seketika dari terus trending di Tik Tok, rupanya bakal ibu berdepan morning sickness yang agak teruk di awal trimester kehamilannya.
Namun kata Nely, keadaannya kini bertambah baik dan dia terbuka untuk berkongsi dengan semua.
“Few months back memang slow down kan sikit kerja sebab morning sickness yang teruk. Baru faham perasaan jadi kain buruk. Loya, muntah, lesu, semuanya ada.
“Saya baru sahaja recover morning sickness yang agak teruk dan sekarang ni baru ok.
“Sekarang ni pun cepat mengah dan perut pun dah tak boleh disorok lagi. Kalau keluar pun orang dah nampak.
“Jadi inilah masa yang sesuai untuk beritahu semua orang, doakanlah saya dan baby,” katanya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kehamilannya dipermudahkan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sering kali kita mendengar atau membaca kisah bomba membantu kes menanggalkan cincin tersekat pada jari. Terbaru penyanyi Ning Baizura berkongsi momen mencemaskan apabila cincin berbentuk ikan yang dipakainya ketika membuat persembahan tersekat di jari tengah tangan kirinya.
Disebabkan itu, jarinya membengkak hingga ibu kepada Ryan Sky Dalton itu mendapatkan rawatan di klinik dan balai bomba berdekatan kediamannya.
“Saya ingin berkongsi kepada semua, hari ini merupakan hari yang traumatik dalam hidup saya. Ketika mahu membuat persembahan semalam, saya dalam keadaan sangat tergesa-gesa memaksa diri untuk memakai sebentuk cincin. Namun, ia sukar untuk ditanggalkan.
“Jadi, saya biarkan semalaman sehingga ibu dan suami saya menyuruh saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya.
“Saya mencari pelbagai solusi di Internet untuk menanggalkan cincin. Saya cuba menanggalkan ia dengan sabun dan minyak tetapi tidak berjaya.
“Kemudian, doktor menyarankan saya ke balai bomba kerana pihaknya tidak mempunyai kelengkapan yang sepatutnya untuk menanggalkan cincin terbabit,” kata Ning menerusi Instagram TV.
Ning kemudiannya bergegas ke Balai Bomba Jalan Pantai untuk mendapatkan tindakan lanjut. Dalam video terbabit, Ning dibantu oleh sepasukan anggota bomba menggunakan beberapa peralatan memotong logam bagi menanggalkan cincin terbabit.
Dengan perasaan gemuruh dan gementar, selepas melalui beberapa peringkat akhirnya cincin tersebut berjaya ditanggalkan.
Dalam sebak, Ning turut berterima kasih kepada pasukan bomba yang profesional dan bertindak pantas untuk membantunya mengeluarkan cincin di jarinya.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.