Sejak penularan Coronavirus, kita sentiasa berwaspada tentang kebersihan. Selain memakai topeng muka, menjaga kebersihan tangan adalah wajib ketika ketika ini.

Kenapa tangan? Ini sebab tangan adalah salah satu anggota tubuh yang paling sering dipakai untuk beraktiviti, sehingga menjadi tempat mudahnya ada kuman, virus, dan bakteri. Salah satu cara mudah membebaskan tangan dari penyebaran mikroba tersebut adalah dengan kebiasaan mencuci tangan secara baik dan tepat.

Begitu juga apabila ke tandas awam ketika membuka pintu tandas, pintu kedai serbaneka 24 jam beroperasi dan juga lif.

Nampak simple je, tapi ia adalah tempat yang menjadi kuman berkumpul.

Sebagaimana perkongsian oleh Taufiq Razif  yang menyentuh mengenai butang lif awam. Ikuti perkongsiannya untuk elak coronavirus.

IKLAN

Ni gambar lif utama di Hospital yang saya baru discaj semalam. Bayangkan berapa ribu jari yang sentuh butang lif ni setiap hari?

Dah la hospital ni memang tempat orang sakit. Lebih lebih lagi yang paling ditakuti sekarang yang ada Coronavirus. Kat Hospital saya bermalam semalam, siap ada tukang check suhu lagi di pintu utama sebab nak saring orang yang demam. Takutnya demam sebab Coronavirus ni lah.

Mereka yang ada Coronavirus ni akan batuk dan bersin. Mereka akan tutup mulut guna tangan. Tangan ni lah juga nanti mereka akan guna untuk sentuh barang barang di sekeliling mereka.

Isteri saya Medical Doctor tapi dia ni ada tabiat pelik sikit tau. Tiap kali dia sentuh butang lif, dia akan guna siku dia. Takpun dia guna tisu. Mula mula saya ingat dia OCD ke apa. Rupanya sekarang saya baru tahu, apa yang dia buat selama ni adalah benda yang betul.

Dia pesan, kurangkan guna tangan kalau nak sentuh 3 tempat ni : tombol pintu ( terutamanya pintu toilet), butang lif ( terutamanya di hospital) dan barang barang yang dikongsi bersama.

Aah la. Tangan kita ada kalenjar peluh dan kalenjar minyak/sebum yang mengekalkan kelembapan pada tangan supaya tak merekah tapi benda ni juga yang akan perangkap kuman pada tangan kita bila kita guna tangan kita untuk tutup mulut masa batuk dan juga bersin.

Dan tangan tu lah nanti yang akan sentuh dan sebar kuman ke mana mana. Anak saya Aisha Soolihah pun sekarang tengah berhingus hijau sebab dia pergi jilat kerusi. Jilat pulak bahagian kerusi yang orang letak tangan tu. Allahu. Menjerit isteri saya semalam nak halang dia jilat tapi budak budak ni memang laju daripada kita.

Apa pun, inilah ikhtibar untuk kita semua. Virus and bacteria are real tuan puan semua. Amal dan ajarkan tips yang isteri saya ajar ni pada semua ya.

– Taufiq Razif –