Pernah makan buah malberi? Memang rasanya enak dan manis. Biarpun buah ini nampak biasa-biasanya, rupanya khasiatnya memang luar biasa sebagaimana perkongsian ini. Jom kita semak khasiatnya.
KHASIAT POKOK MALBERI
Beberapa hari yang lalu, sahabat saya, Ustaz Dato’ Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.
Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.
Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini Apa tidaknya, dah lama dia mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang, karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.
Kemudian dia buat pemeriksaan darah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab darahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sakit pinggang juga lega, dah tak sakit. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini.
Ads
Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.
Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.
Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api
Ads
Jangan tak tahu, daun mulberi juga boleh dibuat teh. “Teh daun mulberi”…wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.
Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.
Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi khasiat pokok ini.
Saya turunkan sekali lagi khasiat pokok malberi ini iaitu antara lain dapat membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :
Ads
?Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes) ?Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah ?Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi ?Membantu mengelakkan serangan sakit jantung ?Membantu dalam kehilangan berat badan ?Mengurangkan keadaan asma yang teruk ?Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda ?Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi ?Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan ?Mengurangkan kesakitan ketika datang haid ?Membantu perjalanan haid yang tidak teratur ?Menambahkan tenaga ?*Meningkatkan produksi susu badan* ?Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.
Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.
Nak apa2 info tambahan, pls google ya
Sumber: Halmi Yusoff via Nadzir Shafie
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rezeki dalam bidang perniagaan sangat luas. Sesiapa pun boleh berniaga namun bila dikaitkan dengan minat orang perempuan bila ingin jadi usahawan, biasanya wanita lebih selesa untuk membuka perniagaan butik pakaian, salun atau berkaitan makanan.
Namun lain pula halnya dengan wanita yang seorang ini. Pembabitan Puan Nor Shahida Akma Mohd Sazali, 32, melakukan kelainan dalam memilih bidang perniagaan yang diusahakan sejak 2013 hingga kini. Perniagaannya adalah menjual tayar buruk dan siapa sangka perniagaan ini memberi pulangan yang cukup besar dan mampu menjadikan dia sekeluarga hidup senang!
Ayuh ikuti perkongsian kisahnya yang pernah dipaparkan di dalam Majalah Keluarga. Diharapkan kisah ini dapat menyuntik inspirasi buat wanita di luar sana untuk terlibat di dalam bidang perniagaan yang jarang-jarang diusahakan oleh kaum hawa.
“Sebelum ini saya bekerja di salah satu syarikat kontraktor utama di pelabuhan dan ketika itu saya merupakan Jurutera Projek di sana. Nak dijadikan cerita, saya dapat satu projek di mana untuk menyiapkan projek tersebut saya memerlukan 300 tayar. Satu kuantiti yang banyak dan bukan mudah untuk saya dapat dan kumpulkan tayar-tayar tersebut.
“Bermulalah saya cari contact di luar negara dan di dalam negara. Saya hubungi pelbagai pihak di sana dan mereka memang ada stok. Apa yang peliknya saya perlu membayar untuk tayar-tayar buruk tersebut. Ingatkan free sahaja. Dari situ kali pertama saya tahu rupanya tayar ini ada nilai,” ujarnya di awal bicara.
Siapa sangka perniagaan tayar buruk ini tidak tersenarai dalam perancangan awal sebagai kerjaya yang ingin diceburinya. Sebaliknya ibu kepada seorang anak berusia 7 bulan ini, menemui peluang perniagaan tersebut secara tidak sengaja, sementelah sering pula perjalanan hidupnya berkait dengan tayar buruk.
“Mencari minat dengan tayar memang tiada sebenarnya. Mungkin disebabkan latar belakang ketika belajar hinggalah setalah bekerja dikelilingi lelaki. Melakukan tugas-tugas yang lasak, malah ketika menjalankan praktikal di Pelabuhan Johor dan kemudian bekerja di Pelabuhan Klang, jadi terdedah dengan dunia sebegitu.
Selepas tiga bulan membuat kajian mengenai perniagaan menjual tayar buruk itu, akhirnya pada Jun 2013 saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan membuka perniagaan sendiri dengan bermodalkan RM10,000 untuk membawa masuk 1 kontena tayar buruk di negara ini,”jelasnya dengan jujur.
Risiko & Cabaran
Menguruskan perniagaan sendiri memang seronok. Punya waktu kerja sendiri, kitalah bos dan kitalah juga pekerjanya. Tiada orang hendak mengarah itu dan ini. Hakikatnya semakin kuat dan hebat usaha yang dilakukan, bermakna semakin banyak juga pendapatan yang akan diraih.
“Dari segi modal saya tidak mempunyai masalah, saya menggunakan duit saya sendiri dan mendapat pulangan pelaburan dalam tempoh yang singkat kerana pembeli membayar secara tunai sebaik saja mereka mendapat tayar buruk yang mereka kehendaki. Dan Alhamdulillah, saya dapat keuntungan berlipat kali ganda dengan mudah. Memandangkan ketika itu tidak banyak saingan berbanding masa ini,” jelasnya dengan ikhlas.
Manakala menceritakan cabaran paling hebat yang pernah dilalui sepanjang menceburi perniagaan, menurutnya adalah pernah ditipu sebanyak AS$12,000 (RM51,258) oleh individu dari luar negara yang menyamar sebagai pembekal tayar dari UK.
“Setiap bidang perniagaan ada risiko dan cabarannya dan saya juga pernah laluinya. Saya kena tipu dengan seorang individu yang sangat licik. Dia menggunakan nama syarikat besar ketika berurusan sehingga sedikit pun tidak menimbulkan keraguan mengenai latar belakangnya.
“Jumlahnya cukup besar dan sejak kena tipu sedemikian rupa, saya kini lebih berhati-hati ketika membuat urusan dengan pembekal dari luar negara. Bahkan kini, kebanyakan urusan mendapatkan bekalan tayar buruk di luar negara akan diselia oleh suami saya. Manakala saya pula akan menguruskan setiap tayar yang sampai di pelabuhan hinggalah selamat di terima oleh pelanggan,” katanya panjang lebar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Intan Ladyana sebelum ini selamat melahirkan anak sulungnya pada 31 Januari yang lalu. Berita gembira itu telah dikongsikan oleh suaminya, Harris Alif menerusi akaun Instagram.
Begitupun, pasangan mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi wajah penuh permata hati mereka kepada tatapan umum.
Usai tiga bulan menanti, Intan menerusi laman Instagramnya memuatnaik gambar bersama Harris dan anak perempuan mereka.
Keluarga kecil ini tampil sedondon dengan mengenakan busana rona putih. Si kecil kesayangan pasangan ini tampak comel dengan headband berbunga.
Dalam perkongsian tersebut, Intan turut mengumumkan nama puteri comel mereka iaitu Evie Khadeeja.
Salam ramadhan 🕌
from us,
Harris, Intan & baby Evie Khadeeja
Demikian kapsyen yang dimuatnaik Intan.Cukup ringkas namun sedap dan indah sekali, sesuai dengan si empunya diri. Alahai comelnya Evie Khadeeja, cantik seperti ibunya juga.
Baru sahaja dimuatnaik ke Instagram, perkongsian itu telah meraih lebih 1 ribu tanda suka dan dihujani dengan ucapan tahniah.
Rata-rata rakan selebriti dan peminat memuji kecomel Baby Evie Khadeeja.
Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan pada 5 Februari Tahun lalu. Perbezaan usia 17 tahun tidak menjadi penghalang buat mereka untuk bergelar suami isteri.i
Ajal maut, jodoh rezeki semua rahsia Allah. Begitu juga ajal pasangan kita. Minggu ini kita dikejutkan dengan pemergiaan seorang pendakwah yang dikenali ramai iaitu Ustazah Shadiya Abbas. Ramai yang mengenali arwah amat kagumi cara beliau menyampaikan dakwah dengan caranya tersendiri.
Pemergiannya telah memberi impak kepada dunia dakwah. Namun sudah individu yang paling bersedih atas kehilangan ini adalah suami dan anak-anaknya. Menerusi perkongsian oleh suami arwah, di laman Facebook, Ustaz MK Azman meluahkan isi hati pemergian insan tersayang. Beliau juga berkongsi bagaimana seorang penggali kubur melahirkan rasa kagum liang lahad isterinya.
Ikuti perkongsian sebak ini.
PERJALANAN TERAKHIR Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya Shadiya Abbas petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah.. Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang.
Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.
Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah. Sayang..
Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini.
Kubur paling cantik
Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.
Damailah disana
Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya. Jom kita sama² baca doa ini اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Tangguh SPM, gadis 17 tahun perlu jalani rawatan kanser ovari. Seorang remaja perempuan yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa menangguhkannya kerana perlu menumpukan rawatan kanser ovari yang dihidapi sejak tahun lalu.