
Kehilangan yang tersayang sememangnya meninggalkan kesan bagi yang masih bernyawa. Susuk tubuhnya sentiasa dirindui, yang tinggal hanyalah kenangan ketika bersama. Itulah yang dirasai oleh ahli keluarga Allahyarhamah Siti Sarah. Walaupun sudah 10 bulan pemergiannya, namun ia masih dapat dirasai oleh seluruh peminat industri tanah air.Teringin Nak Jumpa Kembar
Malah, namanya pernah kembali disebut-sebut selepas tular video seorang wanita bernama Nurul Amera yang mirip dengan penyanyi berkenaan. Sejak dari itu, netizen mula menzahirkan rasa rindu selain ada juga yang berharap agar insan tersebut disatukan dengan pelawak Shuib.
Bukan sahaja peminat, malah bapanya iaitu Raisuddin turut memasang impian untuk berjumpa dengan individu tersebut. Perkara itu didedahkan oleh isterinya ketika hendak menyambut hari ulang tahun kelahiran si suami.
Siapa sangka, impian jadi kenyataan. Menerusi perkongsian di laman TikTok, dia nekad membuat kejutan dengan membawa ‘kembar anak tirinya’ bagi bersama-sama menyertai majlis berkenaan.
Ketika si suami tiba, lelaki tersebut dilihat seakan-akan terkedu selepas pertama kali menatap wajah wanita itu. Malah, dia turut tersenyum selain sempat berbual bagi melepaskan perasaan rindu. Lebih mengharukan, mereka berdua juga sempat mengambil gambar bersama di samping seorang anak Allahyarhamah iaitu Uwais.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata akui wanita itu ada iras-iras Allahyarhamah Siti Sarh meskipun tidak 100% sama. Malah, perkongsian tersebut mengundang sebak melihat reaksi ayahnya.
Bukan itu sahaja, ramai juga ikut sebak selepas terkenang reaksi Uwais yang hanya merenung seolah-olah ingin melepaskan rindu.
Sumber : @suciuwais