
Nak didik anak nampak aje mudah tetapi jika salah pendekatan boleh beri kesan kepada personaliti anak itu.
Sebagaimana perkongsian Taufiq Razif begitu inspirasi dalam mengetahui emosi anak lelaki. Moga jadi panduan buat kita semua.
Anak lelaki kita sembunyikan 7 perkara ni.
1. Dia nak sangat jadi macam ayahnya lagi lagi jika dia nampak kredibiliti ayahnya jika si ayah tu jenis bertanggungjawab dan ada prinsip hidup yang tegas
2. Dia nak sangat ada pasangan seperti ibunya lagi lagi jika ibunya jenis yang penyayang dan pandai buatkan jiwa dia rasa terpenuhi
3. Dia nak sangat jadi pemberani sebab secara fitrahnya anak lelaki adalah ‘Qawwam’ iaitu pelindung dan penaung lebih lebih lagi pada adik beradik perempuannya sendiri
4. Dia nak sangat ada mentor yang dia boleh ikuti kerana suatu hari nanti dia tahu dia akan berjuang untuk hidupnya sendiri dan mentor tersebut boleh menjadi tempat rujuk dan sebagai sumber inspirasi
5. Dia nak sangat ada keyakinan diri yang tinggi kerana suatu hari nanti dia perlu galas tanggungjawab yang besar sebagai kepala keluarga dan rumahtangga
6. Dia nak sangat banggakan ibubapa terutama ayahnya dan antara perkataan yang dia paling inginkan keluar daripada mulut ayahnya sendiri adalah ” Ayah bangga dengan kamu nak “
7. Dia nak sangat tidak dibanding bandingkan dirinya dengan anak yang lain kerana ia boleh menjejaskan harga diri dan membuatkannya menjadi inferior di hadapan adik beradiknya yang lain
I might not perfect but when i look at my son i know that i got something in my life that perfectly right.
Sumber:Taufiq Razif
Ibu Ayah Jangan Pening Lagi Bila Anak Tak Mahu Tidur Awal, 5 Trik Ni Kena Tahu, Baru Lega!

Pening kepala juga bila memikirkan anak sentiasa tidur lewat hingga jam 12 tengah malam. Keletihan ibu ayah dibuatnya sementara nak menunggu anak-anak tidur. Anak yang tidur terlalu lewat memang merisaukan kita.
Perkongsian wanita yang menggelarkan dirinya Mak Dara (MD) disebuah blog peribadinya boleh juga kita jadikan panduan. Paling penting bila anak dah tidur, barulah kita boleh sudahkan kerja kita seperti mengemas dan sebagainya.
Lagi cepat anak tidur, lagi awal kerja-kerja mengemas kita selesai. Bolehlah tidur dengan aman. Jom ikuti perkongsiannya.
Rasanya ramai juga kawan-kawan yang ada masalah anak tidur awal. Lagi malam, lagi galak dia main. Sampai waktu nak berdua dengan suami tu memang payah. Kadang-kadang terpaksa Whatsapp je kalau ada perkara penting nak bincang. Di rumah tak sempat.
Jadi apa nak di buat nak suruh anak tidur awal? Takkan nak bagi pil tidur pulak kan. Beriya suruh anak tidur, akhirnya mak yang tidur dulu. Ayah? Gigit jari sajalah.
1. Kurangkan Tidur Siang Hari
Rayna anak MD yang sulung jenis tak tidur siang. Walaupun letih balik dari sekolah, sanggup dia main seorang diri. Jadi, jika anak jenis suka tidur siang.
Cuba ajak anak buat aktiviti yang boleh buat dia bangun. Kalau nak bagi dia tidur pun 1 hingga 2 jam sudah cukup. Bila anak kurang tidur siang, secara automatik pukul 9.30 malam, battery dah lemah. Mata pun dah kuyu. Mak cepat-cepatlah ajak anak masuk tidur.
2. Kurangkan Gula
Gula baik untuk beri tenaga. Tapi berlebihan anak boleh jadi over aktif. Itu yang dia jadi galak main sampai ke tengah malam. Dan susah nak tidur awal. Sebaiknya elakkan beri air manis pada anak.
Kalau nak bagi pun sekali dua dah cukup. Kawal, dan jangan ikut permintaan anak. Ajar anak untuk minum air kosong. Gula-gula atau jajan pun tak payah bagi juga. Selain buat anak susah tidur, ia juga merosakkan minda anak.
3. Simpan Gajet
Ini MD belajar dari kesilapan sendiri. Yelah masa tu berpantang anak yang ketiga. Anak yang sulong dah boleh bawa diri. Tapi yang kedua ni asyik meragam.
Lagi-lagi bila time nak tidur. Mungkin sebab dulu masa belum ada adik, dia yang tidur bawah ketiak. Jadi nak senang, ayah bebudak ni bagi iPad dan biar sampai dia tertidur sendiri.
Ada sekali tu, bila MD terjaga tengah pagi buta tengok dia masih tak tidur. Rupanya benda ini jadi satu sebab utama, anak jadi payah nak tidur awal.
Akhirnya, MD terpaksa bertegas untuk tak bagi iPad masa anak tidur. Siang hari pun waktu iPad cuma 1-2 jam sahaja. MD lebih rela anak-anak sepahkan rumah,
dari ketagih gadjet. Dan lebih rela dengar dia melalak.
4. Masuk Bilik Awal
Bersambung dengan point diatas. Memang mulanya anak mengamuk, menangis dan merentan nak iPad. Tapi MD tabahkan hati, buat tak tahu je dan tetap ajak dia masuk bilik dan tidur pukul 10.00 malam.
Tutupkan lampu dan baring atas katil. Padahal waktu tu dia berzikir-zikir nak iPad nak kartun. Ulang perkara yang sama setiap hari. Sampailah rutin tidur lambat dia berjaya diubah. MD suka guna konsep ‘show them who is the BOSS’. Mak ayahlah boss kepada anak-anak. Tunjukkan yang kita ‘in charge’ situasi dan keadaan. Jangan biar anak jadi bos kita.
5. Bina Rutin Tidur
Tidur pun ada rutin tau. MD buat pukul 9.30 malam dah masuk balik. Paling lambat 10.30 malam. Suruh anak-anak baring elok-elok. Tutupkan lampu dan buka lampu tidur.
Kemudian bacakan bedtime story untuk anak-anak. Ikutlah buku apa korang nak guna. Kalau boleh bercerita santai lagi bagus. Macam MD campur-campur ada kisah para nabi, dan kisah princess. Lepas tu ajak baca doa tidur dan jom tidur.
Nak ajak anak tidur awal ni, mak pun kenalah berkorban. Yelah, kekadang ada cerita best time pukul 10.00 malam tu kan? Dan jangan pula korang give up, dah buat seminggu tapi anak tak nak. Teruskan buat sampailah anak faham itu adalah rutin tidur yang dia perlu patuh.
Lepas tu barulah korang boleh berdating suami isteri. Heaven gitu! Oh, kat sini ada banyak lagi tips nak ajak anak tidur awal.
Sumber: welovesusuibu.blogspot.my
“Jangan Salahkan Takdir Dan Guna Alasan Agama“ – Isteri Caprice ‘Sound’ Lelaki Curang

Isu poligami sememangnya adalah isu yang sangat sensitif dan objektif kerana lain orang, lain pandangannya dan penerimaan mengenai isu ini.
Namun sejak kebelakang ini, isu ini menjadi lebih sensitif apabila terpalit dengan isu yang tular membabitkan rumah tangga pengarah dan pelakon terkenal. Di media sosial, ramai yang menjadikan isu ini sebagai content.
Tidak terkecuali isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Inalis turut memberi pendapat peribadinya di akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Farra yang tenang menyuarakan pendapatnya mengenai perkara ini telah mendapat pelbagai komen yang menyokong pendapatnya.
Salah satu pendapat yang berani disuarakan adalah apabila Farra memohon kepada kaum lelaki yang bergelar suami untuk tidak menggunakan agama sebagai alasan untuk berpoligami jika hak isteri masih belum sempurna ditunaikan.
“Please, please, please wahai lelaki diluar sana, tolonglah sedar diri sikit. Jangan kau bagi alasan sebab kau nak ikut jejak Nabi sedangkan nafkah isteri kau tak ikut sunnah.
[TRENDING] ‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
“Kalau Nabi tu dia berlaku adil kepada isteri-isteri tak apa. Kalau kau betul-betul layak, kau mampu kau buatlah.
Tapi, kalau setakat nak bagitahu dekat bini pertama pun kau takut, kau tipu dia selama bertahun-tahun… agak-agaklah, bini mana yang tak gila, tak maki,” luahnya.
Tambahnya lagi, seseorang itu tidak perlu untuk menyalahkan takdir atas kesalahan diri kerana baginya berlaku curang itu adalah pilihan sendiri.
“Bagi aku, kau jangan salahkan takdir. Tak payah cakap ini takdir Allah kerana curang itu adalah pilihan. Engkau yang nak curang.
“Satu lagi, si penyondol kalau kau tak buka hati dekat si penyondol benda itu takkan jadi. So, masalah sekarang ini masalah lelaki dengan perempuan ini memang bermasalah. Memang dua-dua bodoh,” tutur Farra.
Tegasnya, dia bukanlah jenis seorang yang gemar untuk memberikan komen mengenai isu yang hangat berlaku tetapi berasa terpanggil apabila isu yang sama tular di semua laman sosial.
Ada betulnya pendapat Farra ini kerana memang ramai lelaki yang tidak mampu namun menjadikan pelbagai alasan berkaitan takdir dan agama sebagai alasan yang kuat untuk menyokong tindakan poligami mereka itu.
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nasihat Profesor Dr. Harlina Siraj Untuk Yang Bakal Atau Sudah Memasuki Usia 50 Tahun. Patut Jadikan Panduan!

Bagi sesetengah orang, umur mungkin sekadar angka. Namun realitinya, angka tersebut saban tahun berubah dan bertambah. Seiring dengan pertambahan tersebut, kena ada perubahan dalam diri. Nak nak lagi apabila sudah memasuki separuh abad.
Mencecah usia 50 tahun, anda akan memasuki fasa usia tua atau warga emas. Berada pada separuh abad, mungkin juga tahap saki baki usia maka setiap waktu dalam fasa ini seharusnya digunakan dengan bermanfaat.
Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih. Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia. Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.
Berikut adalah beberapa nasihat berguna daripada Pakar Runding Obstetriks dan Ginekologi (O&G), Profesor Dr. Harlina Siraj untuk yang bakal atau sudah memasuki usia 50 tahun. Bukan tentang kesihatan tapi hidup secara keseluruhannya.
1. Masa mengumpul harta sudah habis.
Fokus sekarang untuk gembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.
2. Jangan tinggalkan apa-apa untuk anak-anak.
Mereka perlu usaha dan cari sendiri . Rancang bagaimana belanjakan duit simpanan. Anda patut gembira kan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.
Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
3. Buat kerja jangan bertangguh
Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
4. Didiklah anak cucu dengan agama
Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi “full time baby sitter”. Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah kerana tidak menjaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.
Tanggung jawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibu bapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
5. Kalau sakit bersabarlah
Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.
6. Dunia bukan tempat kamu dapat apa yang kamu hendak
Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tidak mendapat apa yang anda mahu, ketahuilah itu semua sudah terlambat.
7. Bersamalah dengan mereka yang ikhlas menyayangi anda
Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda. Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.
8. Berlapang dadalah
Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
9. Segeralah membina akhirat anda.
Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semula jadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian ialah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.
10. Bayangkanlah kegembiraan hidup di syurga yang kekal.
Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.
Petikan:
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ.