Nampak Air Botol Tertinggal Dalam Kereta, Tolong Buang. Ni Cara Nak Elak Ahli Keluarga Terminum & Menjadi Penyebab Terkena Kanser!

Share

Tidak dinafikan kebiasaanya di dalam kereta pasti ada sekurang-kurangnya sebotol dua air mineral yang sengaja ditinggalkan. Alasanya satu, kononnya jika terasa haus semasa memandu bolehlah diminum seteguk dua bagi membasahkan tekak yang kering.

Tapi tahukah anda, air yang dibotolkan apabila terdedah dengan cuaca panas melampau akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mampu mengundang barah!

Umumnya, wanita memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.

Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show lama dahulu.

Manakala dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.

Jadi cuba bayangkan jika kita kerap minum air yang ditinggal di dalam kereta, bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah jika ahli keluarga yang lain juga minum air tersebut akan mendap kesan yang sama.

Menyedari hal ini, Najmi Zawawi turut terpanggil berkongsi bahaya minum air yang tersimpan lama di dalam kereta. Jom ketahui apa katanya.

BAHAYA AIR MINERAL DALAM KERETA

Aku sendiri pun tak tahu tentang perkara ini pada awalnya. Biasa dari zaman sebelum kahwin lagi air mineral dalam kereta sangat menyelerakan lebih-lebih lagi bila baru balik dari bermain di padang dan sebagainya.

Dalam keadaan dahaga, pastinya air dalam kereta ini akan disambar terlebih dahulu. Boleh habis satu botol dengan pantas. Tak semestinya air mineral, bahkan 100 plus dan apa-apa air dalam botol plastic jika kita tinggalkan dalam kereta sebenarnya sangat-sangat bahaya.

Nasib baik isteri aku sedar dan cepat nasihatkan. Sejak itu aku berhenti minum apa-apa air yang ditinggalkan berhari-hari dalam kereta.

Secara logiknya, botol air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah.

Hawa panas yang memanaskan bahan plastik (botol) memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser.

Bila dah tahu macam ini, ubat-ubatan pun sebenarnya tidak terkecuali dan sangat berisiko jika ditinggalkan dalam kereta terlalu lama. Begitu juga dengan botol susu anak dan sebagainya.

Kononnya nak tinggal ubat atau air dalam kereta senang untuk kegunaan di kemudian hari. Malangnya ianya pasti tidak akan sama lagi akibat kesan perubahan kimia dari plastic dan bahan itu sendiri.

Sebarkan, untuk ramai lagi yang tahu.

sumber : Najmi Nawawi