
Lama tidak mendengar khabar selebriti yang satu ini. Usai mendirikan rumah tangga, Farah Diana Anuar dilihat lebih fokus kepada rumah tangga yang baru dibinanya. Namun, selepas 15 tahun tidak melihat kelibatnya di dalam arena seni, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat mula kembali aktif.
Farah Anuar yang Bekas bintang Akademi Fantasi kedua (AF2) baru-baru ini berkongsi berita selamat melahirkan anak ketiganya pada 2 Oktober lalu.
Selepas hari ketujuh melahirkan cahaya matanya itu, Farah memberi nama anaknya sebagai Ara.
Berita tersebut dikongsikan Farah menerusi laman intagramnya dengan memuat naik foto bayinya.
“Assalamualaikum semua, sempena hari ketujuh hari ini, Farah perkenalkan anak ketiga kami, Ara Binti Johan.
“Doakan Ara Johan menjadi anak yang solehah,diberkati hidupnya,disenangi dan disayangi dunia akhirat,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by Farah Anuar (@farahdianaanuar) on
Farah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Johan Johari pada Julai 2011. Pasangan itusebelum ini turut dikurniakan dua orang puteri Elsa dan Mya.
.
Sakit Kepala Dan Kaitan Dengan Masalah Telinga. Ikuti Pesanan Dr Ini.

Apa beza antara sakit kepala dan pening? Ramai orang yang sering menggunakan perkataan pening apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doktor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar.
.
Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening apabila mereka sebenarnya sakit kepala. “Saya peninglah melihat telatah awak” Apa yang cuba dimaksudkan ialah sakit kepala melihat telatah kawan dia yang mungkin menyakitkan hatinya.
.
Sakit kepala sebenarnya rasa sakit pada bahagian kepala, sama ada rasa sakit berdenyut-denyut, rasa seperti ditekan atau dihempap kepala atau rasa menyucuk-nyusuk di dalam kepala.
.
Rasa pening pula adalah rasa seperti kita duduk di atas kerusi dan rakan kita memutarkan kerusi itu. Atau pun kita duduk di kerusi, seluruh bilik berputar mengelilingi kita.
.
Ada juga yang menggunakan istilah pening apabila rasa seperti mahu pitam kerana tiba-tiba rasa kepalanya ringgan atau rasa dirinya mahu terbang dari atas tanah. Seolah-olah beliau rasa ditarik ke atas udara secara tiba-tiba. Pesakit ini mungkin rasa tidak stabil dan mahu jatuh. Sebenarnya beliau lebih rasa tidak seimbang lalu mahu jatuh. Ini adalah tanda yang lebih bahaya. Dalam bahasa mediknya disebut sebagai “presyncope”. Ini berlaku apabila kepekatan oksigen yang sampai ke otak tidak mencukupi. Ia mungkin tanda stroke, serangan sakit jantung dan sebagainya.
.
Rasa pening juga boleh terjadi apabila seseorang itu bernafas terlalu laju, atau kita sebut sebagai ‘hyperventilation’. Selalunya disebabkan oleh perasaan terlalu risau. Ini pula berlaku apabila terlalu banyak oksigen sementara terlalu sedikit kepekatan karbon dioksida yang sampai sampai ke dalam otak. Perlu ada keseimbangan antara kepekatan oksigen dan karbon dioksida yang kita hirup dari udara.
.
Jadi sangat penting bagi seorang doctor mengetahui sama ada seseorang itu benar-benar ‘pening’ atau mengalami masalah lain seolah-olah pening. Ini kerana punca, pemeriksaan dan rawatan bagi pening berbeza dengan masalah yang lain.
.
Tetapi apabila selalunya jika seseorang pesakit mengadu pening, selalunya ia merujuk kepada masalah vertigo. Namun sebagai doctor harus memastikan perkara ini dengan bertanyakan beberapa soalan.
.
Antara soalan yang biasa tanyakan ialah “Puan rasa seluruh bilik ini berpusing atau puan rasa sakit kepala seperti berdenyut-denyut?” Ini dapat membezakan antara dua simtom atau gejala yang berbeza.
.
ADAKAH PENING BERKAITAN DENGAN MASALAH TELINGA?
.
Ya, kebanyakan masalah pening (atau kita sebut sebagai vertigo) ini berpunca dari masalah dalam telinga. Apa yang saya maksudkan ‘dalam telinga’ ialah struktur di belakang gegendang telinga, yang hampir dengan otak. Lokasi ini disebut sebagai ‘inner ear’.
.
Bahagian ini sangat berkaitan dengan sistem perimbangan dan sistem pendengaran kita. Jika sistem ini tergangu, ia menyebabkan kita tidak boleh mendengar dengan baik dan kita rasa tidak seimbang. Ini menyebabkan kita rasa persekitaran kita berputar, dan kita rasa mahu rebah.
.
Bahagian ‘inner ear’ ini mengandungi satu struktur tulang yang bentuknya seperti siput (dinamakan cochlear) dan di hujungnya berbentuk semibulatan (dinamakan vestibular). Cochlear bertanggungjawab dalam sistem pendengaran. Vestibular pula mempunyai 3 struktur yang penting iaitu anterior, posterior dan lateral semicircular canal yang bertanggungjawab dalam menjaga keseimbangan tubuh.
.
Oleh kerana dua struktur ini (vestibular dan cochlear) saling berhubungan dan sangat rapat, apabila satu struktur mengalami masalah ia akan akan melibat kedua-dua struktur ini.
.
APAKAH PUNCA PENING YANG BIASA BERLAKU?
.
Kebanyakan rasa pening (vertigo) ini berpunca dari masalah yang berlaku dalam kawasan ‘inner ear’. Antaranya:
.
BPPV atau ‘benign paroxysmal positional vertigo’. BPPV berlaku apabila terdapat masalah yang menghalang cecair dalam cochlear tadi mengalir dengan lancar, sama ada terdapat mendakan mineral kalsium yang membentuk ‘canalith’ atau ceceair itu sendiri mengalami menjadi lebih pekat sehingga lambat pengalirannya. Pengaliran yang tidak lancar melambatkan signal yang bergerak dari struktur vestibular kepada otak. Signal ini penting bagi memberitahu otak tentang pergerakan kepala dan tubuh. Jika pergerakan ini terganggu, ia akan mengganggu perimbangan tubuh. Kita akan rasa berpusing dan mahu rebah.
.
BPPV boleh berlaku apabila usia bertambah. Ia adalah salah satu proses penuaan.
.
Meniere’s disease. Ia juga berkaitan dengan masalah kepekatan ceceair dalam struktur vestibular. Selain mengalami rasa pening dan berpusing, pesakit juga mengalami masalah pendengaran dan dan mendengar bunyi ‘dengungan’.
.
Vestibular neuritis atau labyrinthitis. Ia selalunya disebabkan oleh jangkitan virus yang menyebabkan seluruh kawasan ‘inner ear’ termasuk struktur di dalamnya (vestibular dan cochlear) termasuk urat saraf menjadi bengkak. Ini mengganggu perimbangan dan pendengaran pesakit.
.
Pening juga boleh disebabkan oleh :
.
1. Kecederaan kepala
2. Tumor otak
3. Stroke
4. Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan telinga. Ubat-ubatan ini disebut sebagai ‘ototoxic drug’
5. Migraine
.
BILAKAH PENING PERLUKAN RAWATAN?
.
Semua jenis masalah perimbangan badan akibat vertigo harus mendapat pemeriksaan yang sempurna dari doctor. Apatah lagi jika rasa pening (vertigo) ini berkaitan dengan masalah seperti di bawah.
.
1. Vertigo berlaku secara serta-merta
2. Vertigo berlaku bersama dengan masalah lain seperti pandangan berkabur, rasa kebas pada bahagian muka, sukar menelan.
3. Vertigo yang tidak disebabkan oleh perubahan posisi kepala dan tubuh badan.
4. Vertigo yang tidak hilang dengan sendiri, berlaku secara berulang-ulang atau berlangsung sepanjang hari.
5. Vertigo yang bukan disebabkan oleh masalah yang diketahui. Masalah yang diketahui selalunya disebabkan oleh pengambilan ubat, arak/tuak/alcohol, dehidrasi (kekurangan air) atau kepekatan gula yang rendah dalam darah.
.
PETUA BAGI MENGHILANGKAN PENING
.
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh da nada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kepalterbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormon dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening. Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
a) Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
b) Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
c) Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
d) Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
e) Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapasr juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air the panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
“Teman Masak, Lipat Kain Dan Buka Pintu Kereta Pun Jatuh Cinta.” Rupanya Ini Rahsia Kebahagiaan Ustaz Ebit Lew Dan Isteri.

Memang tidak dinafikan kehidupan bergelar suami isteri ini memang perlu sentiasa disaluti dengan kebahagiaan agar rumahtangga yang dibenar menjadi istana mahligai yang indah untuk pasangan melayari kehidupan sehingga akhir hayat.
Walaupun telah dikurniakan anak-anak dan usia perkahwinan sudah lama, kemanjaan dan kehangatan malam pertama perlu dikekalkan. Begitu juga perasaan jatuh cinta kepada pasangan tetap intim bak awal perkahwinan bagaikan belangkas, ke mana jua tetap bersama dan rindu menebal jika berjauhan.
Begitulah perkongsian oleh Ustaz Ebit Lew yang mencoretkan bait-bait indah buat isteri tercinta sempena meraikan sambutan hari jadi isteri tersayang. Ucapan penuh kasih sayang dari hatinya yang begitu inspirasi. Biarpun usia perkahwinan sudah sekian lama, rasa cinta tetap segar bagaikan berada masih berbulan madu. Indah dan deep coretan beliau.
Bidadariku, selamat hari lahir sayang. Terima kaseh yer sudi menemani perjalanan di dunia yang sementara ini dalam menuju kehidupan selamanya di sana nanti. Redha Allah. Bidadariku, melihatmu menyejukkan hati abang. Memegang tanganmu membuat rasa syukur. Cian sayang selalu penat dan selalu berkorban siang malam. Dari mula nikah sehingga hari ini. Subhanallah
JATUH KEPADA PASANGAN SETIAP MASA.
Setiap malam dan lepas solat Fardhu abang sentiasa sebut nama bidadari sayang dalam doa abang. Ya Allah inilah bidadariku. Betapa diriku sayang padanya. Berkali-kali jatuh cinta padanya. Sayangilah dirinya ya Allah. Tengok saat bersalin jatuh cinta. Saat menemani masak rasa jatuh cinta. Teman lipat kain jatuh cinta.
Berjalan dekat pasaraya cari sudut berdua untuk bercinta.
Dalam kereta memegang tangan rasa bercinta. Dapat buka tutup pintu kereta untuknya rasa jatuh cinta. Saat demam dan sakit saling menemani rasa jatuh cinta. Saat berdakwah dan sedih sama-sama doa menangis jatuh cinta. Jatuh cinta masa sama-sama buat Ta’lim. Jatuh cinta masa sama-sama lapar dan susah demi agama ini.
I love u sayangku bidadari. Tenkiu yer bidadariku. I love u sayang. I love u bidadariku. Selamanya. Luv u till jannah. Sebak rindu sayang padamu dunia dan akhirat. Terima kaseh atas segalanya. Terima kaseh ya Allah atas anugerahmu ini-ebitlew 17/6 Birthday bidadari tercinta.
*************************
Semoga coretan ini menjadi inspirasi buat isteri dan suami untuk sentiasa rasa rindu dan cinta kepada pasangan. Sentiasa jatuh cinta kepada pasangan, biarpun perkahwinan dah lama. Tak kisah lah badan dah rupa atau anak dah ramai. Apa yang pasti, hati adalah untuk pasangan sehidup semati.
“Nangis Mama Macam Ni Sebab Ikut Rupa Walid.” Pertama Kali Cuba Pakai Tudung, Ainul Nampak Selesa & Manis

Setiap kali memuat naik kisah anak kesyangannya di media sosial, pasti ramai yang memberi respond. Malah, memang semua menantikan perkembangan terbaru bidadari kecil hasil perkongsian hidup Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani Zaidi.
Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik beberapa keping gambar bayi berusia 14 bulan itu yang kelihatan comel memakai tudung berwarna ‘peach’. Sangat comel, rasa geram nak cubit-cubit pipi tu. Menurut Ahmad Safiuddin, tudung tersebut diberikan oleh seseorang untuk di kecil Ainul Mardhiah.
Ada hamba Allah swt beri hadiah tudung kepada ainul. Cuba pakaikan ainul, terasa macam mula walid versi perempuan pulak 😄
Gambar muka je dapat ambil sebab atas bertutup, bawah ” Open ” 😂.
Thank you @fieitacollectionkids beri ainul hadiah ini.
Sementara itu, ibunya Nurul Erwani turut teruja dengan hadiah yang diberikan itu.
View this post on InstagramA post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on
Sumber: _nrlerwani & Ahmad Safiuddin