
Baru menimang cahaya mata pertamanya sebulan lalu, penyanyi rap MK K-Clique tampil mengumumkan nama buah hati kesayangannya dan isteri.
MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin dan isterinya Siti Hajar sepakat memilih nama yang cukup indah iaitu Aya Rayana.
“Aya bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, Al-Quran dan asal Arab.
“Rayana pula bermaksud pintu syurga,” katanya berkongsi menerusi Instagramnya semalam.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata wargamaya memuji nama indah pilihan MK dan isteri. Begitu juga dengan maknanya yang cukup baik.
Terdahulu, MK dan Hajar mendirikan rumahtangga pada 16 Jun tahun lalu. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 3 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Raja Ilya Buat Aktiviti Bina ‘Tower’ Tisu Tandas Dengan Talita. Sepah Satu Rumah!

Salah satu cara untuk merangsang perkembangan otak anak adalah dengan membenarkan mereka explore dan bermain. Biarlah bersepah rumah, asalkan kemahiran sosial anak dapat dibentuk, berkreatif ketika bermain adalah satu rangsangan untuk membentuk keyakinan diri serta pemikiran anak.
Pelakon cantik, Raja Ilya, antara selebriti yang gemar berkongsi aktiviti yang dibuat bersama anaknya. Talita Love yang kini berusia 2 tahun dilihat begitu aktif dan suka melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang kemahirannya berfikir.
Satu video yang dikongsikan oleh Raja Ilya menunjukkan Talita sedang bermain di rumahnya. Dapat dilihat Talita membina menara menggunakan tisu tandas. Bukan itu saja, ketika bermain Raja Ilya menggalakkan Talita untuk turut belajar mengira.
Tulis Raya Ilya melalui kapsyen, setiap kali hari penghantaran tisu tandas, inilah aktiviti dengan Talita.
“Every time Toilet roll delivery day , mcm ni laa activity dengan Talita .. Melayan dia bina tower . Chop!! Lepas tu Sapa nak kemas ??!!! Aduhhh..”
MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan
Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!
Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!
Tonton video ini;
Lebih baik lagi, ketika bermain tisu tandas Talita menggunakan pemikiran kreatifnya untuk menyusun tisu tandas menjadi menara yang tinggi.
Sama ada dalam bentuk gegelung, bongkah atau cawan, apa saja aktiviti membina menara adalah bagus. Menerusi aktiviti ini, anak akan mengenali saiz, warna, keseimbangan dan bentuk. Dengan cara ini, anak akan jadi lebih bijak, kritis dan kreatif.
Sebab itulah, Talita mampu membina menara tisu tandas yang tinggi tanpa bantuan sesiapa. Good job Talita!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Perdana Menteri Umum Tol Percuma, Diskaun Tol Hingga 50% Untuk Balik Kampung Raya Ni, Warganet Luah Rasa Syukur

Pihak Kerajaan hari ini mengumumkan khabar gembira apabila bersetuju memberikan tol percuma serta diskaun tol kepada rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dilakukan selepas sesi rundingan bersama-sama dengan 30 buah syarikat konsesi lebuh raya.
“Tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta. Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.
“Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuh Raya Utara – Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, ia akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11:59 malam 1 Mei (Ahad) bagi semua jenis kelas kenderaan.
Dalam pada itu, pemberian tol percuma di kedua-dua lebuh raya berkenaan bagi perjalanan pulang ke kediaman masing-masing juga akan diberikan.
Bagi perjalanan pulang, ia akan bermula pada pukul 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) sehingga 11:59 malam 8 Mei (Ahad) bagi semua jenis kelas kenderaan.
“Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua jenis kelas kenderaan,” tambahnya dalam kenyataan itu.
Sehubungan itu, Ismail berharap agar pemberian tol percuma dan diskaun tersebut akan dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama orang-orang tersayang.
“Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini.
“(Ia juga) bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.
“Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini,” tambahnya lagi.
Senarai lebuh raya yang terlibat dengan pemberian diskaun serta bayaran percuma.
Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya.
Langkah ini dilakukan selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya. pic.twitter.com/CrqsIABj2c
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 25, 2022
Sumber:
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Muka Tu. Geram Tau Ecah.” Che Ta Kongsi Kenapa Suka Pakai Kasut Tumit, Reaksi Aaisyah Buat Ramai Terhibur!

Memiliki raut wajah yang cukup manis dan berdarah kacukan, tidak hairanlah andai ramai yang geram melihatnya. Ditambah dengan gelagatnya yang comel membuatkan ramai terhibur.
Berusia 7 tahun, puteri kesayangan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini dibesarkan bak seorang puteri dengan limpahan kasih sayang. Apa sahaja perkembangan Aaisyah Dhia Rana, dikongsikan menerusi laman instagram yang dibuat khas untuknya.
Terbaru, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta memuat naik satu video kaletah anaknya itu. Video tersebut menunjukkan Aaisyah bertanya kepada ibunya kenapa suka memakai high heels.
“Why you like wearing high heels?”
Che Ta menjawab soalan berkenaan dengan berkata beliau kelihatan lebih tinggi dengan memakainya.
Namun Aaisyah memberitahu bahawa ibunya itu memang sudah tinggi.
“Nampak more seksi.”
Itu Jawapan Che Ta yang membuatkan Aaisyah terkesima seketika sebelum ketawa.
Che Ta dan Zain bernikah pada Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam.pada 2009. selain Aaisyah, Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.
Ekspresi wajah Aaisyah yang comel sehingga mengundang kelucuan orang ramai yang menonton video berkenaan.