Nama Aje Suami Isteri Tapi Tak Kenal Rapat. Kena Kenali Pasangan, Baru Jumpa Bahagia Tu. Deep Coretan Lelaki Ini.

Share

Ramai pasangan suami isteri setelah berkahwin inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia.

Namun untuk mencapai impian itu sudah tentu kena ada hubungan yang harmoni antara suami isteri. Ia bukan untuk setahun dua hubungan tetapi selamanya selagi hayat dikandung badan.

Sehubungan itu, jika pasangan suami isteri tidak kenal rapat antara satu sama lain susah nak temui bahagia itu.

Sebagaimana perkongsian lelaki ini sungguh mendalam maknannya. Beliau menjelaskan bahawa pasangan perlulah saling mengenali supaya hidup saling melengkapi antara satu sama lain.

Jom ikuti coretan bahagia rumah tangga ini supaya mubasabah diri untuk memastikan mahligai yang dibina kekal till jannah!

Kita ni nama ja suami isteri…
Tapi hakikatnya, kita tak mengenali rapat pun pasangan kita. Kita tak memahami sangat pun pasangan kita.

Kita buat semua ni masa sebelum kawin ja. Lepas kawin, hang hang, aku aku…aku ada cara aku, hang ada cara hang…aku ada perangai aku, hang ada perangai hang.

Kita tak cari titik persamaan dalam perbezaan antara kita dan pasangan…
Masing-masing nak ikut kepala masing-masing. Masing-masing nak ikut cara masing-masing. Kalau ada sebelah pihak ni  tak boleh hadap, maka biar kat dia.

Kta nak buat apapun keputusan, kita tak nak tnya pasangan,  tak nak mintak pendapat dan pandangan pasangan..

Gambar sekadar hiasan

Tapi kita hidup sebagai suami isteri…


Tinggal bawah 1 bumbung, tidur atas 1 katil, makan kat 1 meja.

Takat tu ja la. kadang-kadang bila dua-dua dok dekat-dekat, kadang bila dua-dua dok bersama kat ruang tamu atau dalam kereta, tak sembang ramah pun. Tak de gelak-gelak, gurau-gurau.

Suami isteri apa macam ni.?

Tak mesra, tak gembira, tak bahagia…ikatan tu tak kuat sebab kita tak nak mengenali dan memahami pasangan kita betul.

Kalau pasangan kita tak suka salah satu daripada apa yang kita suka buat, maka tanya dia, kenapa tak suka. Kalau kita boleh terima jawapan dia, maka kita tinggalkan atau cuba elakkan.

Kalau kita  tak boleh terima, maka cuba terangkan bagi dia faham melalui perspektif kita…
Tapi kita tak nak buat macam tu.

Bila pasangan tegur, kita marah, kita melenting…pasangan tegur benda yang kita suka, hobi kita, minat kita. Mana boleh. Pulak dah…

Sebab tu lah hubungan suami isteri kita sekarang ni rapuh. Bila-bila masa ja boleh terlerai, boleh runtuh. Kita tak kenal pasangan, kita tak faham pasangan. Macam mana nak tempuh ujian dalam perhubungan?

Renung-renungkan.

Sumber: Firdaus Shakirin

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club