“Naluri Seorang Ibu, Sedih Kena Share Big Boss Dengan Wanita Lain. Ke Saya Sorang Rasa Macam tu?” Perkongsian Jasmin Hamid Buat netizen Sebak!

Share

Ibu  mana yang sanggup melihat anak yang selama ini tidak pernah berenggang dengannya, tiba-tiba rapat dengan perempuan lain. Demikian yang dialami oleh pelakon drama popular, Jasmin Hamid.

Menerusi catatannya di laman instagramnya baru-baru ini, akui Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997 bimbang dan sedih terpaksa berkongsi anaknya dengan perempuan lain.

Ini bukan boyfriend saya.. Inilah Big Boss saya uols.. Saya bayangkan satu hari nanti bila Big Boss pulak kat pelamin, mesti saya sedih sebab kena share Big Boss dengan perempuan lain tapi takkan asyik nak berkepit je dengan Big Boss..

Beliau dalam pada itu mengakui bukan cemburu namun itulah perasaan seorang ibu. Malah, bertanyakan  adakah hanya beliau seorang yang mengalami  perasaan sedemikian.

Biasalah kan naluri ibu-ibu ni, tak sanggup berjauhan dan melihat anak tersayang yang sebelum ini rapat dengan kita tiba-tiba terpaksa berkongsi kasih dengan wanita lain. Itulah naluri seorang ibu kan.

Namun, itulah hakikatnya, apabila anak-anak sudah besar dan dewasa kelak, mereka akan mencari pasangan sendiri apabila tiba masanya.

Perkongsian Jasmin akan hal tersebut mendapat respond dari pengikut di laman sosialnya itu. rata-rata mengakui hal tersebut dan berkongsi rasa yang sama dengan pelakon tersebut.

Doakan yang terbaik untuk anak

rosenah4611Memang begitu lumrah hidup min..anak lelaki seorang bila dh berumahtangga terasa sngt kerinduan pd nyer…dia pun sama tiap kali telefon sy dia akan menangis rindukan sy coz dia mmg rapat ngan sy

daranorlizasaya pun ada sorang anak lelaki ..baru 13 thn ..terfikir juga kalau dia masuk kolej ke bila berkhwn tgll sorang kita ..yg paling takut kalau dah sakit tua siapa nak pakai kan pampers haaa .. kalau boleh nak sihat tak mau sakit ..insyallah

i_am_maharaniixpalah..kita sayangkan anak kita..kalau ada menantu..syg menantu juga..sama..insya allah menantu tidak jd mitos hantu..???

halinashamsudin_Sy juga punya perasaan yg sama. Tahun depan 2 puteri sy akan naik pelamin. Tak dapat nak bayangkan mcm mana perasaan tu. Takut ada gembira ada sedih pun ada. Nak pulak ank ppuan yg akan jadi kepunyaan org. Apapun sbg ibu kita kena doakan yg terbaik utk ank2 kita dunia akhirat.

kdj.zaliBetullah tu kak jasmin..sgt setuju..sy dah lama ada perasaan mcm tu sejak anak lelaki sy bergirlfriend time form 4..??? samapai lah skrg ni

Malah pelakon Zarina Zainuddin turut memberi komen akan hal tersebut.

Mesti nangis anak kahwin nanti

zarinazainuddin_Mestilah nanggis bila anak kawin min,sebab anak k8ra rapat sangat dengan kita @jasminhamidjh ?

melda86laparkSedangkan di blue tick je pon dah terasa hati kak….nie kan lagi …haiiii..tak sanggup pula ????..nak bia org lain jaga…takut pula hidup sorang bila dah usia senja nanti…?

zanariahzrSy pun single mom dan ada ank bujang sorang je..tiap kali dia mintk izin nk kuar dgn gf dia..hati sy ada perasaan mcm2…jeles..bimbang..sedih…sbb terasa mcm sy akn ditggalkan??? tp tu la..hati ttp mengalah…dia dh ada kehidupan sendiri

Sumber: IG jasminhamidjh