Pastinya suatu yang amat berat untuk di terima oleh ahli keluarga, bila tiba-tiba orang yang kita sayangi tidak kembali ke pangkuan asbab dikatakan hilang.
Tentunya kehilangan ini meninggalkan banyak tanda tanya dan teka teki hingga usaha untuk terus mencari tidak terhenti oleh ahli keluarga yang lain.
Hal yang sama juga cuba dilakukan oleh dua orang anak kepada Ustaz Musthafa Kamal Abdullah Jemaah umrah yang hilang di Tanah Suci Mekah sejak sebulan yang lalu. Difahamkan dua beradik ini akan berangkat menunaikan umrah Jumaat depan sekali gus berikhtiar untuk mencari ayah mereka.
Anak sulungnya, Muhammad Nabil Musthafa Kamal, 26, berkata, dia akan ke Tanah Suci bersama adiknya, Muaz, 17 sebagai mana dilaporkan media.
“Sebagai anak, naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup”
“Kebetulan ada tarikh sesuai dan slot kosong serta perbelanjaan hasil bantuan keluarga dan saudara mara juga mencukupi, jadi kami akan berangkat menunaikan umrah.
“Sudah pasti peluang ini juga akan kami gunakan untuk mencari ayah termasuk mungkin mengedarkan risalah dan gambar ayah di sana dan ini antara ikhtiar paling besar kami sebagai waris.
“Sebagai anak, naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
“Sejak ayah hilang 12 Disember lalu, kami sekeluarga melakukan pelbagai ikhtiar. Kami tidak putus-putus berikhtiar antaranya buat solat hajat di masjid Batu Pahat serta bacaan Yassin di sekolah tempat ayah mengajar, setiap Khamis.
“Ada juga keluarga kami merujuk beberapa pakar perubatan Islam termasuk dari Darussyifa’ untuk membantu mengesan ayah.
“Saya juga sentiasa berhubung dengan seorang rakyat Malaysia yang menetap di sana yang tampil secara sukarela mencari ayah,” katanya.
Mohon Doa Semua
Ads
Selain itu, Muhammad Nabil berkata, sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk mahupun perkembangan terbaharu mengenai status ayahnya, namun keluarga mengharapkan ayahnya ditemukan dalam keadaan selamat.
“Sejak awal kehilangan ayah, kami sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Johor; Wisma Putra serta Konsulat Malaysia di Arab Saudi.
“Saya juga dimaklumkan Wisma Putra, mereka sudah membuat laporan kepada Kedutaan Malaysia di Arab Saudi manakala Konsulat pula mengeluarkan surat kepada Kementerian Luar Negeri Arab Saudi untuk bantu mencari ayah.
“Kami mohon pihak agensi kerajaan Malaysia bertindak agresif termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi supaya keberadaan ayah segera diketahui.
“Kami juga memohon doa semua rakyat Malaysia dan bantuan orang ramai yang menetap di Makkah, dalam usaha mengesan ayah saya,” katanya.
Untuk info pada 6 Disember lalu, Musthafa berangkat menunaikan umrah bersama anaknya, Muaz dan dua beranak itu dijangka pulang ke tanah air, 18 Disember lalu.
Bagaimanapun guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab itu dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas Muaz menyedari bapanya tiada di bilik hotel di Makkah.
Ads
Media turut melaporkan, seorang mutawwif, Mansor Khalid, mendedahkan, beg milik Musthafa ditemukan di kaunter penyambut tetamu hotel selepas tiga hari kehilangannya dilaporkan.
Malang tidak berbau. Bila perginya seseorang dari dunia ini sekelip mata, bukan hanya mempengaruhi emosi seseorang, tetapi tergugat juga kewangan keluarga jika yang pergi itu orang kuat dalam keluarga.
Sebab itu sekarang ni ramai yang mengambil hibah, lebih-lebih lagi bagi yang bekerja terdedah dengan bahaya.
Hibah adalah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.
Baru-baru ini, tular kisah yang menyentuh hati yang dikongsikan oleh pengguna laman tiktok Matt Yie apabila seorang ibu menangis selepas mendapat tahu anaknya menyediakan hibah sebanyak RM400K dan meletakkan si ibu sebagai penama.
Difahamkan, anak lelaki kepada wanita pertengahan umur itu sudah pergi bertemu Ilahi namun dia sempat titipkan ‘hadiah’ paling bermakna untuk keluarganya meneruskan hidup selepas ini. Disifatkan sebagai anak yang sangat mengambil berat tentang keluarga, rupanya Allahyarham sempat menyediakan hibah bernilai RM400,000.
Matt Yie yang juga agen insurans telah datang ke rumah seorang mak cik untuk menyampaikan amanah besar itu. Si ibu yang baru sahaja dimaklumkan dirinya dijadikan sebagai penama terlihat menangis terharu kerana langsung tidak pernah tahu tentang niat baik putera sulungnya itu.
Meninjau di ruangan komen perkongsiannya, ramai yang terharu dan sebak melihat tangisan si ibu ketika diberitahu tentang hibah tersebut. Malah, ramai juga yang mengakui mereka sudah mengambil hibah khuatiri sesuatu yang buruk berlaku pada masa akan datang.
Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu memuat naik gambar bersama dua orang anaknya yang diambil menerusi sebuah sesi fotografi. Malah, Bella dan anak-anaknya kelihatan segak menyarungkan busana sedondon.
Perkongsian terbaru itu dimuat naik menerusi laman Instagramnya. dalam masa yang sama, Bella turut mengumumkan nama puteri yang baru dilahirkannya pada 18 Julai lalu.
“Sangat berharga dan comel. Selamat datang ke dunia, puteri kecilku @araadreanna.
“Menjadi ibu membuatkan saya sangat penat dan sangat gembira! Saya rasa sangat bersyukur, Alhamdulillah,” tulis Bella di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Bella turut berterima kasih kepada ibunya, Eina Astillah yang menjahitkan baju untuk puteri kecilnya malam sebelum sesi fotografi diadakan.
“Terima kasih mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot.
“Mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you,” tulis Bella lagi.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden Adrean yang kini berusia empat tahun.
Namun rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan sah bercerai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali dalam tempoh iddah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dodol kalau makan memang sedap, sekejap je boleh habis tapi untuk membuatnya memang tidak semua mampu melakukanya. Maklumlah prosesnya panjang, lagi-lagi ketika mengacau dodol yang telah likat. Diakui perlu kekuatan fizikal dan kesabaran yang tinggi, Silap haribulan boleh sakit pinggang pula jadinya.
Memandangkan proses membuat dodol agak sukar, dan memakan masa berjam-jam lamanya. Maka tidak hairanlah anak-anak kita zaman ini tidak pernah nampak kita buat dodol. Lain pula pengalaman kita ketika zaman kecil-kecil dulu, pernah juga sekali dua menolong nenek mengacau dodol untuk persiapan Hari Raya.
Pun begitu baru-baru ini, Sari Yanti ada memuat naik video di Instagramnya yang sedang mengacau dodol. Gayanya mengacau dodol begitu mahir, nampak tenang sahaja mengacau satu kawah besar dodol yang telah likat.
Tapi bukan itu sahaja yang menarik perhatian warganet, apa yang lebih lucu bila membaca caption yang ditulis oleh isteri kepada Jepsepahtu pelawak popular ini yang mengatakan anak-anaknya menyangka dodol tersebut adalah slime.
Apa tidaknya budak-budak sekarang semuanya pernah bermain slime, bila lihat keadaan dodol yang dikacau nampak likat dan tidak putus bila diangkat dengan senduk, tidak dinafikan macam sama.
“Jaga-jaga nanti anak buat main slime”-Netizen
Lantaran itu ada juga netizen yang berseloroh dengan meninggalkan komen kepada Sari Yanti agar berjaga-jaga bimbang nanti anak-anaknya ambil sorang sikit dodol tersebut untuk bermain slime.
Bukan itu sahaja ada juga yang mengusik katanya betapa kuatnya Sari Yanti mengacau dodol. Silap hari bulan terus sado pula lengannya. Malah ramai juga memuji betapa cantiknya Sari Yanti walaupun tampil ringkas sebegitu.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.