Siapa yang tidak mahu cantik. Lebih-lebih lagi apabila sudah meningkat usia sudah tentu ada pelbagai masalah pada wajah termasuk jerawat, jeragat dan muka kusam.
Selain mengunakan produk yang dijual dipasaran, tak salah mencuba petua daripada rak dapur. Semua bahan sudah ada. Yang penting rajin untuk membuatnya.
Ikuti perkongsian Seri Sairi memberikan petua agar wajah kembali berseri.
Petua untuk wajah pinkish berseri-seri.
Seri nak share petua orang dulu-dulu nak naikkan seri wajah agar nampak lebih cerah ‘pinkish’ dan berseri-seri.
Salah satunya dengan mengamalkan minuman campuran susu kunyit badam madu ni.
Banyak khasiatnya baik dari segi kecantikan dalaman dan luaran. Ia selamat sebab menggunakan alam semulajadi serta menjimatkan.
Minum sebelum tidur,lagi-lagi masa datang bulan.
Boleh diamalkan seminggu 2 kali.
Korang cubalah.komfem bangun pagi nampak muka glowing pinkish
Bahan
Susu rendah lemak
2 inci kunyit hidup ditumbuk kasar
Badam ditumbuk kasar
2 sudu madu
Caranya
Masukkan susu rendah lemak di dalam periuk
Kemudian masukkan kunyit yang ditumbuk kasar,kacau sebati dengan api yang perlahan.
Khasiat susu
Mengurangkan stress
Mengurangkan senggugut ketika haid(PMS)
Khasiat madu
Mengatasi insomnia
Memperlambatkan penuaan
Menjaga kelembapan kulit
Khasiat badam
Rendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung
Turunkan berat badan
Melancarkan peredaran darah
Khasiat kunyit
Kurangkan tahap kolestrol dalam badan
Memperbaiki sistem penghadaman
Mencegah kanser
Selamat mencuba!
Sumber: Seri Sairi
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club