
Nak cantik tak perlu mahal, guna bahan di dapur pun boleh dapat kulit yang cerah berseri. Cuma kena tahu cara dan tipnya. Jom cuba perkongsian dari Aroora Dayana ini.
Tips penjagaan wajah menggunakan tepung beras untuk tampil putih gebu.Amalkan selalu ya.
Kebaikan tepung beras
- Menyerap minyak berlebihan di muka
- Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten
- Tiada bahan kimia
- Mengurangkan jerawat
- Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata
- Menanggalkan sel-sel kulit mati
- Menyerikan kulit muka
cara -cara :
1 ) Beli sebungkus tepung beras kat kedai runcit.Murah je dalam RM1 ringgit lebih atau lebih.Lupa dah harga.
2 ) Ambik sesudu tepung beras tadi
letak dalam mangkuk atau cawan.Suka hati korang lah nak letak dalam apa.Tupperware ke.
3 ) Letakkan sedikit air bancuh pekat tau macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh / yogurt / madu / putih telur.Tapi kak yana tak campur apa2 sebab untuk pakai harian kan.Terpulang pada anda.
4 ) Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk.Pakai sampai kering dan kemudian basuh.Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.
5 ) Amalkan setiap hari dan korang boleh tengok kesan dia.Kulit muka akan sentiasa lembut dan cerah.Jerawat semua xkan muncul.Nak ckp kulit kak yana ni flawless macam telur rebus tu tak lah.Bukan semua org perfect kan.So kak yana nk share lah sebab bnda ni dapat bantu kulit kita yang bermasalah.Jimat pun jimat kan?? Tak perlu guna produk mahal. mahal.
Nak Besarkan Rumah Pastikan Jangan Sampai ‘Makan’ Tanah Jiran, Kesannya Hidup Tak Tenang!

Setiap rumah ada sempadan masing-masing dan andai berhasrat untuk melakukan ubah suai kediaman dengan membesarkan lagi ruangan daripada ukuran asal, pastikan ianya tidak terlebih daripada sempadan yang ada.
Bukan sahaja akan menyebabkan jiran rasa tidak selesa atau marah bila haknya diceroboh, bahkan turut mengundang dosa. Malah akan melibatkan kehidupan menjadi tidak tenang dan terbelenggu, dek kerana sepanjang hayat mencuri hak orang siang dan malam.
Bimbang juga jika keadaan ini terjadi tanpa kita sedar bahawa hakikatnya kita telah pun menceroboh tanah jiran sebagaimana yang dikongsikan oleh kontraktor yang berpengalaman 15 tahun dalam bidangnya. Untuk pastikan itu, jom kita baca perkongsian ini dan semoga ianya bermanfaat.
Ini perkongsiannya;
“Selama 15 tahun saya kerja ni, ada satu je job yang saya akan tolak. Nak tahu apa?”
Lelaki ni seorang kontraktor. Kerja jadi kuli, sampailah jadi bos, ada satu sahaja pantang dia. Dia berhenti kerja dengan orang, dan mula kerja sendiri pun agar dia boleh tolak kalau orang minta dia buat perkara tu.
“Saya tak akan buat apa-apa job yang melibatkan buat binaan yang masuk kawasan orang. Walaupun bumbungnya sahaja yang masuk kawasan orang,” jelasnya.
Aku dengar sahaja dengan tekun.
Dia kata, renovate-lah jadi besar manapun, selagi mana ia sampai makan tanah orang, rumah tu akan rasa sempit, rasa tak cukup luas, rasa tak selesa. Bila tak selesa, mulalah nak salahkan kontraktor. Kata kontraktor buat kerja tak kemas, kata kontraktor buat tak ikut spesifikasi, lepas tu tak nak bayar penuh. Akhirnya, tuan rumah dan kontraktor, tak tenang.
Tuan rumah ambil tanah orang, tak nak bayar kontraktor seperti dipersetujui, manakala kontraktor pula bersubahat dalam pencerobohan tu dan kena kritik bukan-bukan. Mana nak tenang?
“Bukan sekali berlaku. Banyak kali dah. Sebab tu saya perasan. Tak berkat kita duduk atas tanah bukan hak kita. Seolah-olah hari hari, siang dan malam kita mencuri,” tokoknya.
Dia pesan pada saya beberapa perkara jika nak ubahsuai rumah:
1. Elakkan besarkan rumah atau perimeter pagar sampai makan rizab jalan walaupun ia tak menghalang laluan. Tetap bukan milik kita.
2. Elakkan bina pondok parkir kereta berbumbung dan berlantai di tanah kosong seberang rumah kita biarpun ia terbiar. Tetap bukan milik kita.
3. Elakkan bina pagar/tembok tanpa meminta izin daripada jiran yang berkongsi perimeter tanah dengan kita. Perimeter itu bukan milik kita sepenuhnya.
4. Elakkan binaan melebihi perimeter kita, walaupun ia terapung seperti anjung dan antena. Melekat di binaan kita, tapi berada di ruang bukan milik kita.
5. Elakkan buat kerja ubahsuai sehingga merosakkan kemudahan awam, seperti pili bomba, laluan pejalan kaki, papan tanda. Itu harta milik semua orang.
Sebenarnya, tak kisahlah rumah ke, makanan ke, duit ke, atau apa sahaja, sama sahaja konsepnya. Jangan tamak, jangan ambil hak orang.
Sumber : Tukang Apa Hari Ini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Pada Lelaki Bergelar Suami, Dalam Berkeluarga Perkara Ni Kena Ambil Tahu!

Resipi bahagia dalam rumah tangga antara lainnya adalah saling berpesan-pesan ke arah kebaikan antara satu sama lain dan jika ada teguran, perlulah diterima dengan hati terbuka.
Ini secara tidak langsung akan menyuburkan rasa cinta berpanjangan bersama pasangan.
Dan di sini, disenaraikan beberapa pesanan khusus untuk lelaki bergelar suami untuk dijadikan panduan dan peringatan bersama.
Ingatan Tulus Ikhlas Untuk Lelaki Bernama Suami
Marilah kita saling berpesan-pesan, bukan saling salah-menyalahkan kerana kita sebenarnya saling perlu-memerlukan.
Jika menyentuh hal-hal kekeluargaan, Nabi Muhammad SAW tidak berpesan kepada kaum perempuan. Nabi Muhammad SAW lebih berpesan kepada kaum lelaki.
Berikut merupakan beberapa pesanan Rasulullah SAW untuk para lelaki tentang keluarga :
1- Menjaga Wanita Dengan Baik
“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.”
HR. Ahmad
2- Berbuat Baik Dengan Keluarga
“Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.”
HR. Tirmizi
3- Pemimpin Yang Bertanggungjawab
“Laki-laki (suami) adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak ia akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang mereka.”
HR. Al-Bukhari
4- Menjaga Hak Mereka Yang Lemah
“Aku ingatkan kepada kalian tentang hak dua orang yang lemah, yaitu anak yatim dan perempuan.”
HR Imam Ahmad, Ibn Majah, dan Al-Hakim
5- Menjaga Adab Dan Perilaku
“Banyak perempuan menemui isteri-isteri Muhammad untuk mengadukan perlakuan suami mereka. Suami-suami seperti itu bukanlah orang-orang terbaik.”
HR Abu Dawud, Ibn Majah, Al-Darimi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim
6- Beriman Kepada Allah
“Barang siapa beriman kepada Allah Swt. dan hari akhir, hendaklah ia tidak mengganggu tetangganya. Jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, tulang itu akan patah. Jika engkau membiarkannya, tulang itu tetap bengkok. Oleh karena itu jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik.”
HR Al-Bukhari Dan Muslim
Wahai lelaki bernama suami,
Aku serahkan seluruh jiwa ragaku setelah engkau berusaha taat perintah Tuhanmu dan menuruti pesanan Rasulmu. Bentangkanlah seluruh kewajipan dan tanggungjawabku sebagai seorang isteri maka akan aku tunaikan tanpa sekelumit alasan jika engkau menunaikan seluruh kewajipan dan tanggungjawabmu sebagai seorang suami dan ketua keluarga kami.
Aku bisa hidup susah bersamamu andai saja engkau tetap setia dan cinta. Aku bisa melayanmu bak Raja andai engkau juga menyantuniku bak Permaisuri.
Aku bisa taat andai saja engkau juga bisa adil.
Wahai suami.. dengan lafaz akad ijab dan kabul ini.. maka aku serahkan seluruh hidup, jiwa raga dan nyawaku untuk dilindungi olehmu.. untuk disayangi dan dicintai olehmu.. untuk dipimpin dan dibimbing menuju redha Ilahi..
Namun andai suatu hari ditakdirkan rasa cinta itu pudar dan engkau sudah tidak memerlukan aku lagi dan engkau sudah tidak mampu menggalas amanah untuk menjagaku lagi.. maka pulangkanlah aku secara baik dan terhormat.. tanpa dendam dan tanpa syarat.. sesungguhnya itu adalah sebaik-baik takdir kerana destinasi akhir hidup kita tetap menuju yang satu.. semoga kita semua mendapat rahmat.
Sumber : Roslina Sabiyah & Co
“Welcome Muhammad Bilal, Anak Yang Soleh.Sedap Sangat Nama.” Neelofa Selamat Melahirkan Bayi Lelaki. Tahniah!

Semua peminat tidak sabar menantikan kehadiran si kecil buah hati pengarang janting Neelofa dan PU Harris.
Dalam satu perkongsian, dilaporkan selebriti dan usahawan terkenal ini dilaporkan sudah selamat melahirkan bayi lelaki.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan, Neelofa yang juga usahawan dan juga selebriti selamat melahirkan Putera sulung yang diberi nama Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.” ujar Haris dalam satu kenyataan.
Haris dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap dia dan isteri sejak mereka berkahwin.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.
“Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara.”ujarnya seperti yang dilaporkan menerusi mStar.
Malah, berita gembira itu turut dimuatnaik menerusi page lofa.page sebentar tadi.
“Tahniah Love, @neelofa & Ustaz @hrisbismail di atas kelahiran putera sulung, Muhammad Bilal bin Muhammad Haris. Happy for both of you #NunHa 💙
*Speechless, goosebump, MasyaAllah. Semoga Love sihat dan baby membesar menjadi anak yg soleh. And to Mr.SpiderRiz, cuti eh sebulan, 😂🥶
Neelofa atau nama sebenarnyanya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, pada Mac 2020.
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara