Nak Upgrade Pagar Rumah & Rasa Lebih Privasi, Buat Begini Je. Kos Pun Tak Mahal, Bawah RM300!

Share

Membina pagar rumah dengan lebih bergaya dan menarik hakikatnya boleh menjadi satu projek mega yang memerlukan kos yang tinggi. Namun tidak lagi bila anda sendiri hasilkannya dengan menggunakan material share plank yang kian menjadi trend masa kini. Pemasangannya cukup mudah dan sesiapa pun boleh membuatnya walau tiada kepakaran dalam bidang pertukangan.

Apatah lagi bila melihat perkongsian facebook Zabiratul Azra, untuk menaik taraf pintu pagar rumahnya, dia hanya berbelanja anggaran RM300 sahaja, dan hasilnya memang cukup hebat. Memang berbaloi!

Di sini dikongsikan cara yang perlu anda buat untuk pemasangan share plank sepertimana yang dikongsikan oleh Zabiratul Azra. Selamat mencuba.

Pagar Share Plank

Menurut Zabiratul Azra, untuk projek diy membuat pagar rumahnya dia mengambil idea yang dikongsikan di dalam group Tukang Apa Hari Ini iaitu dengan menggunakan share plank.

Langkah 1 : Potong Shera plank

Shera plank 6inci x 10kaki = 1 pcs RM17, saya beli 10 keping dan minta kedai potong siap-siap (kedai hardware area JB ,kg melayu majidee dekat-dekat dengan taman ungku mohsin)  plus kos cat dan skru semua sekali bawah RM300.”

Langkah 2 : Coating
Sesi mengecat mula-mula coating. Coatings tu dia macam cat jernih berminyak macam gam sikit, fungsi dia kalau ada lubang-lubang halus dekat kayu dia tutup bagi smooth. Lagi  satu kalau kita nak apply cat colour lebih senang lekat warna tu pada kayu dan warna die lagi timbul cantik.

Langkah 3 : Cat 

Selepas itu guna cat top plus high gloss (cat minyak) untuk colourkan kayu tu. Kedai hardware yang suggest..walaupn shera plank diperbuat daripada fibre simen tapi shera plank ni dia ada kemasan macam corak urat kayu tu. Kalau guna cat simen urat-urat kayu tu jadi tenggelam tak berapa jelas. Dan salah satu sebab kena cat coating dulu pun sebab nak bagi corak urat-urat kayu tu nampak timbul.

Pandangan dari dalam

Pandangan dari luar rumah

 

sumber : Zabiratul Azra

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club