Kita biasa dengar bahawa anak-anak kecil bila berbicara, setiap apa yang dituturkan adalah lahir dari hatinya yang suci dan penuh keikhlasan. Ini membuatkan kadang-kadang kita sebagai ibu ayah tersentuh hati dengan setiap jawapan yang diberikan oleh anak-anak kita.
Baru-baru ini Shakilla Khoriri ada berbual santai dengan anak perempuannya Nur Ameena Sofia yang sedang menggenakan telekung untuk menunaikan solat. Perbualan mereka anak beranak lebih kepada tentang kebaikan solat dan syurga.
Namun apa yang lebih menyentuh hati dan menarik perhatian netizen hingga menyebabkan berasa sebak dan mengalirkan air mata, bila Shakilla bertanyakan anaknya apa yang dinginkan di syurga.
Si kecil itu terus menjawab, dia hanya mahu ummi dan daddy sahaja dan terus berlalu di sejadah yang telah terbentang.
Nyata momen yang dikongsikan oleh Shakilla ini menatik tumpuan netizen.
Meninjau di ruangan komen, siapa sangka kata-kata yang diucapkan semasa bersembang dua beranak ini membuiatkan ramai berasa sebak. Lebih-lebih lagi di usia sekecil itu, dia seakan telah faham keadaan hubungan ibu ayahnya dan terus berharap kebaikan untuk keduanya.
Ads
“Amina nak ummu dan daddy” betapa pentingnya ibu bapa untuk anak kecil ini”-komen netizen.
“Sebak pula bab umi dan daddy. Hati seorang ibu macam I ter nagis part ni,” komen seorang wanita yang juga seorang ibu .
“Sedih lak… bijak ameena” tulis netizen yang lainnya.
“Semoga Alllah permudahkan segala urusan dunia akhirat awak aminah sayang dan awak jadi anak solehah buat ummi dan daddy..Amin ya Allah Ya Mujib,” antara doa yang ditinggalkan di ruangan komen.
Ads
Terdahulu sebagaimana semua sedia maklum tentang perpisahan yang terjadi di antara Shakilla Khoriri dan Fizi Ali sebelum ini dan urusan anak mereka sepakat untuk menjaga Ameena secara bersama-sama.
Jika salah seorang perlu bekerja atau ada urusan, bekas suami atau isteri berkenaan akan bergilir-gilir mengambil Ameena.
Begitulah perasaan seorang ibu, jika boleh tidak akan mahu menyusahkan hati anak-anaknya walau dirinya kini sedang derita melawan virus Covid-19.
Betapa tabah dan sabarnya melalui detik-detik sukar, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Que Lyana Shuhaimi yang juga berada di wad yang sama berkenaan wanita tersebut.
Ini perkongsiannya
Duduk di sebelah saya ini seorang mak cik. Lebih kurang sebaya ma saya.Dia dijangkiti covid-19 daripada anaknya.
Sudah lebih 10 hari dia di dalam wad ini.
Bila anak-anak call bertanyakan khabar. Semua jawapannya, “mak ok.”
Hakikatnya tiada siapa tahu ada masa-masanya mak cik tak ok.
Bila doktor tanya, “mak cik ok tak hari ni? Ada batuk tak?”
Jawapannya, “mak cik ok.”
Walhal sesekali ada terdengar batuknya sehingga lewat malam.
Sebenarnya mak cik dah jenuh tinggal dalam wad. Dia ingin segera pulang ke rumah.
Tangan mak cik membengkak akibat wayar drip untuk masuk ubat dan air.
Bila anak2 call tanya perkembangan mak. Jawapannya, “mak ok.”
Sedangkan mak cik menahan sakit akibat tangan membengkak.
Kelmarin mak cik demam. Suhunya 38.7.
Bila anak2 call tanya, “mak macam mana?” Jawapannya, “mak ok.”
Kejap tadi anak-anak call, “mak dah makan?”
“Iya dah makan,” jawabnya.
Tetapi tak dinyatakan hanya sesuap dua yang lalu masuk ke mulut.
Kata mak cik kepada saya, “Nak makan ni bercinta dulu nak habiskan makanan.”
Sebab tak lalu dan tak ada selera makan.
Itulah mak-mak, walau sakit macam mana sekali pun seboleh-bolehnya tak nak anak risau.
Dalam keadaan macam ni. Anak tak tahu betul2 perkembangan mak. Nak datang melawat pun tak boleh.
Kalau video call sekalipun, mak pandai berlakon menunjukkan yang… “Mak ok.”
Kalau mak sihat dan sembuh,alhamdulillah kita dapat menatap dan mendakap tubuh mak.
Kalau mak pergi meninggalkan kita dalam keadaan dijangkiti covid-19.
-Anak-anak tak boleh nak mandikan jenazah. -Anak-anak tak boleh nak kucup, peluk cium mak buat kali terakhir. -Anak-anak dan waris tak boleh nak tengok urusan pengebumian mak.
InsyaAllah mak cik beransur baik. Mak cik kuat dan positif. Mungkin sehari dua lagi mak cik boleh keluar jumpa anak-anak dan keluarga.
Kawan-kawan, tempoh kawalan pergerakan ditambah 14 hari lagi. Duduklah di rumah, tahanlah diri.
Yang mahu pulang ke kampung bertemu mak ayah, bersabarlah. Kita tidak tahu kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Mungkin kita pembawa covid-19. Kasihanilah keluarga kita.
Tika ini saya terfikirkan keluarga saya😭. Moga keputusan saringan covid-19 mereka semuanya Negative. Doakan.
Kami di Keluarga.my mendoakan agar kedua-dua wanita tabah ini segera sembuh dan dapat kembali ke rumah berada dekat dengan keluarga tercinta. Amin.
Selebriti seorang ni memang sangat terkenal dengan cara sempoinya dalam mengendalikan program. Wajahnya sentiasa muncul di kaca tv, laris bak pisang goreng panas.
Biarpun sibuk dengan kerjaya seni, namun keluarga tetap menjadi keutamaan. Sesekali berpeluang, dia akan membawa anak dan isterinya bercuti.
Walaupun ia bukan satu perkara yang kerap dilakukan Nabil Ahmad bersama isteri dan anak-anak. Memandangkan jadual tugasannya agak padat membuatkan dia terpaksa memilih masa yang sesuai dan menetapkan lebih awal untuk bercuti dan merehatkan dirinya.
“Biasanya kita rancang lebih awal, contoh kalau nak bercuti tahun depan, tahun ni kita lock siap-siap tarikh dan tempah lebih awal. Jadi bila dah sampai masanya, dah ada tarikh dan bila dah tiba masanya terus pergi sahaja.
Saya kerap juga keluar negara untuk shooting atas urusan kerja jadi sambil-sambil tu bolehlah sekali berjalan-jalan. Kalau membolehkan saya bawa keluarga, saya akan bawa sekali dan kalau tidak, kita ikut perancangan asal, tempah lebih awal supaya dapat lock tarikh.
Kalau saya bercuti tak bawa isteri dan anak-anak tu mustahillah bagi saya. Bercuti memang relaks bagi saya tapi lebih relaks lagi bila isteri dan anak-anak ada sekali dengan saya.
Saya tak boleh cuti sorang-sorang dan memikirkan apa isteri dan anak-anak buat di rumah. Saya memang tak boleh, kalau kerja tu lainlah. Kalau bercuti mungkin tidak,” begitu tegas anak jati kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini.
Sehingga kini kata Nabil yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagil, dia sudahpun membawa keluarganya ke beberapa buah negara antaranya Bali, Indonesia, Tokyo, Jepun, Gold Coast di Australia, Singapura dan juga Puchet, Thailand.
Namun akui Nabil dalam kesemua negara yang pernah dilawatinya bersama keluarga ini, Tokyo, Disneyland di Jepun adalah destinasi paling menggembirakan dan bermakna buatnya dan anak-anak.
“Saya gembira bila tengok anak-anak saya seronok bermain di Disneyland. Mereka suka sangat. Kalau anak-anak seronok, itu dah cukup membahagiakan saya,” luah bapa penyayang ini lagi.
Ketika ditanya bagaimana dia dan isteri berdepan dengan masalah atau situasi yang kurang enak ketika bercuti. Maklum sahaja banyak ragam anak kecil jika mereka masih tidak biasa atau tidak selesa dengan satu-satu keadaan. Namun kedua pasangan romantis ini cukup tenang dan punya cara mereka sendiri dalam mengawal permata hati kesayangan mereka ini.
“Kalau diikutkan banyak cabarannya bila bawa anak kecil ke luar negara. Dulu masa pertama kali bawa anak-anak, maklumlah time tu pun kewangan tak berapa memberangsangkan untuk naik bisnes class, jadi kami ambil tiket ekonomi sahaja.
Biasanya kami beli tiga tiket sahaja dan adakalanya bila Mika nak baring, jadi huru haralah juga. Itu belum lagi bila Medyna tak mahu duduk di dalam bassinet dan terpaksalah saya dukung dia dan pusing satu kapal terbang, jalan ke depan dan ke belakang. Tapi pengalaman tu sangat best bagi saya.
Sehingga kini kalau setiap kali pergi bercuti untungnya saya dan isteri tak pernah berhadapan dengan karenah anak-anak. Pernah tertinggal stroller tu adalah..tapi tak pernahlah lagi anak demam atau sakit. Memang percutian pun best.
Biasanya kami akan beli seat lebih untuk anak-anak supaya lebih selesa. Tapi pengalaman sebelum ini kami hanya tempah bassinet sahaja sebab ketika itu anak saya masih kecil. Bila anak dah bangun, kalau dia meragam dan tak mahu duduk, saya memang akan bawa dia berjalan pusing-pusing sampai dia reda,” katanya.
Kata Zira, isteri kesayangan Nabil, “Tak sukar nak bawa anak-anaknya bercuti malah mereka tak banyak ragam. Sebelum naik flight biasanya kami biarkan mereka bermain puas-puas dulu. Makan pun penting juga, bila dah kenyang mereka memang tak banyak ragam dan terus tertidur. Kalau dalam flight siap semua barang mainan, gula-gula dan makanan mereka insyallah mereka tak meragam,” ujarnya lagi.
Zira Persiapkan Segalanya
Bagi Zira, dia harus memperlengkapkan segala keperluan anak dengan sebaiknya.
“Susu, ubat demam, diapers, baju secukupnya, thermometer dengan biskut kegemaran masing-masing antara benda wajib yang mesti di bawa bersama.
Kalau bercerita soal persiapan dan baju-baju yang bakal di bawa, tak adalah perlu sedondon, cukup sekadar selesa dan sesuai dengan keadaan cuaca,” katanya ringkas.
Bagi ibu jelita ini lagi, pengalaman pertama kali membawa kedua-dua anaknya ke Jepun adalah pengalaman indah dan cukup menyenangkan baginya dan suami.
“Ingat lagi saya, ketika itu umur Mika baru 4 tahun, manakala Medyna pula baru sahaja 3 bulan. Memang bawa kedua-duanya langsung tak banyak ragam dan tak banyak karenah.
Cuma ketika berada di sana, kami banyak gunakan pengangkutan awam dan lebih senang memilih keretapi untuk bergerak ke sana ke mari. Jadi sedikit sukar untuk naik turun tangga dengan stroller ditambah pula dengan kedua-duanya yang memang langsung tak mahu turun dari stroller. Sedikit mencabar buat saya namun ianya satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
Kalau setiap kali bercuti, saya biasanya cari tempat yang sesuai dengan anak-anak dulu kemudian barulah cari tempat untuk kami bershopping pula,” luahnya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi April 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...