Setiap orang sama ada lelaki mahu pun perempuan mesti ada mengimpikan untuk memiliki berat badan ideal, bukan sahaja untuk menjaga penampilan semata-mata malah apa yang lebih penting untuk penjagaan kesihatan.
Pun begitu tipulah jika kita katakan cukup mudah mendapatkan berat badan ideal. Pastinya semua itu memerlukan usaha sama ada dari aspek mengawal pengambilan makanan mahupun lakukan senaman-senaman tertentu.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh saudara Akhtar Syamir bersama isterinya dengan mengamalkan teknik Intermittent Fasting (IF) dan siapa sangka selama sebulan diamalkan berat badan turun 10kg. Satu angka yang cukup besar telah dicapai.
Jadi apa kata kita ketahui perkongsian penuh daripadanya untuk membakar semangat kita dalam usaha mendapatkan berat badan ideal. Jom semak.
Hasil saya buat Intermittent Fasting (IF) selama 30 hari, turun 10kg dan 6 inci. Alhamdulillah.
Walaupun banyak lagi yang perlu dikurangkan tapi bagi saya, ini pencapaian yang paling baik setakat ini.
Kenapa boleh jadi 10kg? Bagaimana boleh turun sampai 10kg? Saya kongsikan tips buat panduan dan pembakar semangat semua.
Ads
1. Saya dan isteri buat IF dari jam 7 malam hingga ke 11 pagi keesokan harinya. Ini bermakna, berpuasa dari makan apa-apa selama 16 jam dan ada 8 jam selepas itu untuk makan.
2. Semasa IF, boleh minum air sebanyak yang perlu. Tak payah paksa diri minum banyak sampai nak termuntah. Cukup sekadar bila dahaga je minum.
3. Selama dalam tempoh sebulan ini, kami potong hampir kesemua gula dalam makanan dan minuman. Isteri saya ada minum kopi dan teh tanpa gula, saya pula ada amalkan air kosong dan perahan lemon setiap hari.
4. Kami tidak berhenti makan nasi. Nasi tidak salah dan kami makan nasi hari-hari. Yang pentingnya jumlah yang kita ambil tu. Alhamdulillah isteri saya pandai masak masakan yang sihat dan sedap. Nanti beliau akan kongsikan menu-menu kami setiap hari. Sila follow isteri saya 👉Nora Azni untuk perkongsian pelbagai resipi dan pengalaman IF dari kaca mata beliau sendiri yang sudah turun 6kg dan 5 inci.
5. Senaman itu perlu jika mahu turun banyak. IF tanpa senaman pun boleh, cuma bila digabungkan dengan senaman, badan kita akan jadi lebih sihat dan lebih banyak kalori dibakar. Senaman juga penting untuk elakkan dari kulit yang menggelebeh jika penurunan berat badan itu agak drastik. Saya ke gym lebih kurang 2 kali seminggu. Angkat berat dan kardio di “punching bag”. Boleh buat ikut kesesuaian masing-masing. Senaman yang bagus ialah senaman yang membuatkan kita tercungap-cungap. Itu menandakan jantung kita sedang berdegup laju.
Ads
6. Disiplin itu penting. Ikut masa IF yang tetap dan jangan tipu diri sendiri. Mungkin orang lain tidak tahu kita menipu, tetapi penimbang berat tidak akan menipu.
7. Saya timbang dalam 3-4 hari sekali. Sepatutnya seminggu sekali tetapi saya tahu yang progress saya baik dan saya perlukan angka itu untuk lebih membakar semangat.
8. Jangan kusut kalau berat tak turun atau sedikit naik. Selagi anda disiplin dan jaga makan, selagi itu ianya bagus. Bila berat tak turun, ambil ukuran pinggang / peha / punggung. Saya pasti jika berat tidak turun, inci itu yang turun dan ianya tetap bagus.
Ads
9. Sebelum mula IF, ambil berat badan terkini dan ukur pinggang / peha dan punggung sebagai penanda awal. Rugi kalau tak ambil kerana nanti tiada tanda aras perubahan yang sebenar.
10. Jika sebulan buat baru turun 2kg, jangan kecewa. IF ini umpama perlumbaan marathon. Bukan 100 meter. Tiada apa yang kita perlu kejar melainkan sasaran berat dan inci kita. Sebulan tak cukup, buat dua bulan dan seterusnya.
11. Bila “berbuka puasa”, cuba lengah-lengahkan makan. Bila anda sudah biasa, saya pasti ia tidak akan menjadi masalah. Perlu diingatkan, jangan pulun sampai penuh masa berbuka tu. Makan seperti biasa dan jaga apa yang kita makan. Amalkan suku-suku separuh. Memang menyedihkan pada mulanya. Tapi lama-kelamaan, kita akan biasa dan memang akan kenyang walaupun tak makan banyak.
12. Bab cheat day pula. Letakkan target berat sebelum boleh cheat dan bukannya bilangan hari. Macam saya, dari 166kg tu saya set kena cecah 159kg dulu baru boleh cheat. Dan kami ke Nandos untuk meraikan pencapaian kami. Itu sahaja dan kami masih tidak minum manis. Sasaran seterusnya ialah apabila saya cecah 149kg pula. Sekarang dah 156kg. Boleh? PASTI BOLEH !
Itulah tips yang saya boleh kongsikan setakat ini. Semoga dapat menjadi panduan dan pembakar semangat buat semua. Konsep dia mudah je. Mulakan. Kalau tak mula sampai bila-bila takkan jadi.
Persediaan menghadapi kontraksi memerlukan informasi yang lebih saat berdepan dengannya.
Teknik pernafasan yang tepat antara yang disarankan saat berdepan dengan masalah kontraksi.
Apa yang bakal ibu boleh lakukan adalah:
1. Terus bergerak ketika alami kontraksi. Selain dapat mengendalikan kesakitan dengan baik, cara ini dapat mengurangkan rasa gemuruh menanti kelahiran kelak.
2. Cuba berdiri setegak mungkin supaya kepala bayi berada tetap di atas serviks. Keadaan ini menjadikan kontraksi lebih kuat dan berkesan.
3. Tumpuan perlu juga diberikan kepada cara pernafasan. Caranya adalah dengan bernafas secara tetap. Oksigen masuk dari mulut dan lepaskannya melalui mulut.
Sekiranya kontraksi berada pada tahap kemuncak, cuba bernafas menggunakan mulut sahaja. Tetapi jangan lakukan terlalu lama, kerana kaedah ini boleh membuat anda sedikit pening.
4. Latihlah diri anda supaya tidak malu. Ketika berada di dalam bilik bersalin, anda boleh menyanyi, mengerang dan mengeluh kerana semua itu dapat memberi kelegaan kepada anda. Pada usia kandungan ini, anda perlu tahu kemungkinan-kemungkinan yang anda bakal rasai sebelum bersalin.
5. Tarik nafas dalam dan panjang kemudian lepaskan perlahan-lahan diikuti oleh pernafasan pendek-pendek dan kerap ketika kontraksi. Teknik ini amat melegakan ibu.
6. Selain menarik nafas, anda boleh menggerakkan tangan dan menggenggamnya dengan kuat dan tarik nafas dalam, sambil memejamkan kepala. Nafas akan menjadi semakin baik.
Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!
Namanya pun istilah berpantang, jadi ibu berpantang kenalah pantang daripada mengambil makanan-makanan tertentu. Bukan apa, ada kalanya jenis-jenis makanan sangat-sangat memberi impak pada tubuh.
Mungkin kalau wanita jenis tak pantang makan, dia sendiri tak tau bezakan macam mana yang dikatakan bagi kesan pada tubuhnya. Mungkin tak perasan bila sakit.
Kalau badan rasa berat, sakit-sakit pada sendi, belakang badan atau sakit perut pada ari-ari itu adalah petanda yang dialami bila pantang dilanggar. Pun begitu, kesan dan akibatnya berbeza bagi setiap orang.
Ada wanita tak boleh makan pisang dan ada juga wanita tak langsung alah pada kangkung atau tumbuhan menjalar lain. Jadi nak mudah, ada baiknya kita sebagai wanita berpantang dengan cara yang betul agar tubuh dalaman jadi sihat.
Bukan hanya lepas pantang, wanita yang anak dah besar pun kena turut sama pantang bagi mengelakkan tubuh masuk angin. Sendi paling penting kena jaga!
Jenis Makanan Sejuk
Makanan bersifat ‘sejuk’ secara berterusan misalnya boleh mengakibatkan sakit dan sengal sendi kepada tubuh. Makanan bersifat ‘sejuk’ seperti kangkung, bayam, kubis, terung, timun, labu, petola, pucuk ubi, pucuk pakudan banyak lagi sangat memberi kesan kepada tubuh jika makanan ini tidak bersesuaian dengan kehendak tubuh anda.
Bukan itu sahaja, buah-buahan seperti nangka, tembikai, nenas, pisang, cempedak, mangga, manggis, langsat, betik dan ciku juga dikatakan mendorong sakit sendi dan masalah angin kepada ibu berpantang juga selepas berpantang.
Ketika berpantang, elakkan sama sekali jenis makanan bersifat sejuk ini. Berpantanglah selagi terdaya kerana ia akan hanya memberi kesan pada tubuh. Tubuh akan terasa berat kerana angin memasuki setiap urat dan akibatnya ibu akan merasa sakit pinggang, sakit belakang serta sakit pada semua sendi.
Perlahan-lahan selepas anak mencapai usia enam bulan dan ke atas, barulah anda mula mengambilnya dengan kuantiti ‘percubaan’, jika terlaluketagih untuk menikmatinya. Berpantanglah selagi mampu.
Makanan Yang Harus Diambil
* Ibu berpantang perlu mengambil sebanyak 1600-1800 kalorisetiap hari bagi tujuan penyusuan badan secara ekslusif.
* Sekiranya ibu berpantang tidak menyusu badan dan ingin menurunkan berat badan, pengambilan kalori perlu diambil sebanyak 1100-1300 kalori setiap hari.
* Makanan berprotein tinggiseperti ikan segar dan ayam kampung tanpa lemak dan kulit.
* Ambil air kosongpada jumlah yang banyak untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Orang Malaysia ni, dah menjadi rutin makan nasi tidak kira masa, termasuklah tengah malam. Buat anda yang belum tahu, makan berat pada lewat malam mungkin boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang doktor di aplikasi Tiktoknya, @dr.samhan yang menyenaraikan beberapa kesan jika makan pada lewat malam.
Berikut merupakan 4 risiko kesihatan yang boleh berlaku jika makan berat pada lewat malam:
1. Gula dalam darah meningkat
Peningkatan kadar glukosa dan insulin adalah punca utama terjadinya pradiabetes. Lama-kelamaan, ia akan menjadi lebih teruk dan akhirnya berubah kepada diabetes.
Kolesterol dan triglyceride yang bertambah pula adalah disebabkan oleh lemak pada saluran darah yang akan meningkatkan risiko diabetes dan beberapa lagi penyakit kronik yang lain.
2. Berat meningkat dan obesiti
Inilah puncanya mereka yang sedang berdiet untuk kurus tidak mahu untuk makan malam. Menurut kajian, telah dibuktikan secara saintifik bahawa individu yang gemar makan lewat malam akan mempunyai berat badan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Kenapa?
Ini kerana perbuatan ini hanya akan menyebabkan tubuh badan individu hilang atau kurang keupayaan untuk membakar lemak. Dalam pada itu, pengkaji turut menyatakan bahawa individu yang gemar makan pada waktu siang akan berasa kenyang lebih lama ekoran pengeluaran hormon lantas mengurangkan potensi makan lewat malam.
3. Sakit jantung
Buat anda yang belum tahu, makan pada lewat malam boleh menjejaskan tekanan darah pada tubuh badan anda. Ini kerana tekanan darah manusia akan turun 10% pada waktu malam untuk membenarkan tubuh badan berehat. Namun pengambilan makanan sebelum masuk tidur hanya membuat ia kekal aktif.
Kesannya, tekanan darah anda tetap berada pada kadar yang sama walaupun ketika sedang tidur lantas meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit jantung.
4. Reflux acid perut atau gerd
Untuk pengetahuan anda, bukan bayi sahaja yang boleh mengalami refluks. Malahan, orang dewasa juga boleh mengalami asid refluks jika makan pada sekitar waktu masuk tidur.
Selain itu, makan berat pada lewat malam juga boleh menyebabkan ketidakhadaman, pedih ulu hati serta tidak nyenyak tidur. Jadi, sila elak makan 1 jam sebelum meletakkan kepala di bantal.
Bukan itu sahaja, elakkan juga pengambilan minuman berkarbonat, beralkohol dan berkafein 2 ke 3 jam sebelum tidur. Ini kerana ia juga adalah salah satu pencetus asid refluks.
5. Mudah lupa atau konsentrasi teruk
Makan lewat malam tidak hanya membuatkan buah pinggang anda menderita. Ternyata makan lewat malam juga tidak baik untuk kesihatan otak anda. Percaya atau tidak, saintis mendapati bahawa masa makan mempunyai kesan luas pada fisiologi otak dan tingkah laku.
Corak makan yang tidak menentu akan mempengaruhi sistem circadian dan seterusnya mempengaruhi keupayaan pembelajaran dan menghafal otak.
MACAM MANA NAK BUAT KALAU LAPAR TENGAH MALAM
Kalau lapar, Dr. Samhan menasihatkan untuk cuba makan kekacang, buah-buahan, telur rebus atau bijirin. Selain itu, cuba alihkan perhatian anda terhadap makanan dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, melayari internet, bermain telefon pintar atau permainan video.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...