Dalam keseronokan menyambut lebaran, budaya kunjung mengunjung tidak dilupakan. Inilah masanya untuk bertemu saudara-mara serta rakan taulan yang sudah lama tidak berjumpa dan bertanya khabar.
Menjadi kebiasaan, setiap kali tibanya perayaan, jalan-jalan raya akan sesak. Malah kesesakan jalan raya bagi setiap tahun sukar dijangka malah ada yang tersangkut berjam-jam lamanya.
Oleh yang demikian, kesabaran dan juga keprihatinan setiap pemandu jalan raya amatlah penting kerana masing-masing mahu sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.
Namun, berlaku sebaliknya bagi sebuah kereta perodua Myvi ini apabila mendapat ‘pengajaran’ paling bermakna dalam hidup apabila keretanya terjatuh dan tersangkut di tebing sekolah.
Ads
Menurut perkongsian video TikTok @m.a7annnn kejadian itu berlaku dipercayai apabila pemandu Myvi tersebut cuba memotong barisan panjang di laluan berkenaan.
Dalam video berkenaan pemandu itu ‘berusaha keras’ bergerak kehadapan dan kebelakang untuk keluarkan separuh badan King yang tersangkut.
Ads
Apabila perakam melepasi kereta Myvi itu, bahagian bumper hadapan sudah tercabut. Walaupun kereta sudah teruk sebegitu, namun tiada kereta lain yang berhenti memberikan bantuan.
Netizen umpamakan situasi itu sebagai ‘orang tamak, selalu rugi’. Hanya sebab tidak boleh bersabar beberapa minit, pemandu itu terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membaiki kerosakan kereta King tersebut.
Ads
Dalam pada itu, ada berasa kesian selepas menonton video tersebut. Mereka berpendapat pemandu Myvi itu mungkin dalam ‘kecemasan’ sehingga dia terpaksa memotong kereta-kereta lain.
Namun nasib tidak menyebelahinya, kereta pula tersangkut di bahagian tebing selekoh berkenaan.
Isu poligami sememangnya adalah isu yang sangat sensitif dan objektif kerana lain orang, lain pandangannya dan penerimaan mengenai isu ini.
Namun sejak kebelakang ini, isu ini menjadi lebih sensitif apabila terpalit dengan isu yang tular membabitkan rumah tangga pengarah dan pelakon terkenal. Di media sosial, ramai yang menjadikan isu ini sebagai content.
Tidak terkecuali isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Inalis turut memberi pendapat peribadinya di akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Farra yang tenang menyuarakan pendapatnya mengenai perkara ini telah mendapat pelbagai komen yang menyokong pendapatnya.
Salah satu pendapat yang berani disuarakan adalah apabila Farra memohon kepada kaum lelaki yang bergelar suami untuk tidak menggunakan agama sebagai alasan untuk berpoligami jika hak isteri masih belum sempurna ditunaikan.
“Please, please, please wahai lelaki diluar sana, tolonglah sedar diri sikit. Jangan kau bagi alasan sebab kau nak ikut jejak Nabi sedangkan nafkah isteri kau tak ikut sunnah.
“Kalau Nabi tu dia berlaku adil kepada isteri-isteri tak apa. Kalau kau betul-betul layak, kau mampu kau buatlah.
Tapi, kalau setakat nak bagitahu dekat bini pertama pun kau takut, kau tipu dia selama bertahun-tahun… agak-agaklah, bini mana yang tak gila, tak maki,” luahnya.
Tambahnya lagi, seseorang itu tidak perlu untuk menyalahkan takdir atas kesalahan diri kerana baginya berlaku curang itu adalah pilihan sendiri.
“Bagi aku, kau jangan salahkan takdir. Tak payah cakap ini takdir Allah kerana curang itu adalah pilihan. Engkau yang nak curang.
“Satu lagi, si penyondol kalau kau tak buka hati dekat si penyondol benda itu takkan jadi. So, masalah sekarang ini masalah lelaki dengan perempuan ini memang bermasalah. Memang dua-dua bodoh,” tutur Farra.
Tegasnya, dia bukanlah jenis seorang yang gemar untuk memberikan komen mengenai isu yang hangat berlaku tetapi berasa terpanggil apabila isu yang sama tular di semua laman sosial.
Ada betulnya pendapat Farra ini kerana memang ramai lelaki yang tidak mampu namun menjadikan pelbagai alasan berkaitan takdir dan agama sebagai alasan yang kuat untuk menyokong tindakan poligami mereka itu.
Eriyca Baiduri usahanita kosmetik yang lebih mesra dikenali sebagai Madammu merupakan seorang jutawan produk kecantikan dan penjagaan kulit muka yang tidak asing lagi dalam kalangan netizen. Memiliki raut wajah yang jelita dan personaliti mempersona membuatkan ramai yang terpikat untuk mengenali figura ini dengan lebih lagi.
Pemilik di sebalik Noir Health & Beauty, anak kelahiran Terengganu ini telah
memulakan perniagaannya sejak tahun 2017. Siapa sangka Madammu yang pernah
menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita ini telah berjaya
melahirkan seramai 20 ribu ejen di bawah naungan Noir Health & Beauty. Noir tidak hanya terhad kepada produk kecantikan dan penjagaan wajah, malahan ianya juga meliputi produk yang berbentuk kesihatan. Antara produk Noir yang popular adalah Super Whitening Skin Peptides, Noir Skincare Crystal Set, Noir Pure White Mixed Berries dan macam-macam lagi.
Di atas kejayaan Madammu di dalam bidang perniagaan ini, beliau telah menjadi
sumber inspirasi kepada wanita-wanita yang ingin berjaya seperti beliau. Warganet
yang mengikuti perjalanan Madammu di media sosial, pasti mengetahui serba sedikit
tentang hidupnya.
Oleh yang demikian, Portal Majalah Nona di bawah naungan Nu Ideaktiv akan
menerbitkan sebuah rancangan siri televisyen berdurasi 30 minit yang bertajuk
“Diari Madammu”. – “Diari Madammu” merupakan sebuah rancangan TV enam (6)
episod yang akan bermula pada 3 Jun 2023, setiap Sabtu, jam 10:00 malam di
saluran ASTRO RIA.
Astro sebagai penyiar rasmi rancangan ini bekerjasama dengan portal majalah Nona
ingin memartabatkan wanita yang berjaya dan memberi inspirasi dengan
menerbitkan rancangan Diari Madammu. Dengan harapan ianya akan memberi
impak yang besar dalam memperkasakan semangat wanita-wanita di luar sana
untuk keluar dari zon selesa dan melangkah dengan lebih berani bagi mencapai
impian mereka.
Rancangan ini akan menampilkan perjalanan hidup dan sisipan inspirasi Eriyca
Baiduri (Madammu) dalam menjalanani kehidupan sehariannya sebagai seorang
isteri, ibu, dan sebagai seorang usahanita yang berjaya. Diari Madammu ini juga
turut memperlihatkan bagaimana Madammu memainkan peranannya di pejabat, di
rumah, pertemuan dengan klien, dunia glamor, gaya hidup mewah, perkahwinan,
bagaimana Madammu menangkis stigma netizen, menelusuri perkongsian kisah
ibunya yang merupakan seorang bekas pesakit kanser, kesusahan zaman kecilnya
sehinggalah membawa kepada kejayaannya bersama NOIR dan cintanya yang tidak
pernah hilang pada Besut, Terengganu.
Menariknya penonton akan dapat melihat sendiri Madammu berkongsi perjalanan
proses IVF bersama suaminya (TP Azri). Penantian selama 8 tahun yang penuh
dengan emosi dan air mata ini juga bakal dikongsikan bersama penonton.
Program siri TV realiti ini juga akan memperlihatkan sisi Madammu sebagai seorang
wanita yang kuat, berkarisma dan mempunyai kualiti dalam kepimpinan. Walaupun
sibuk dan bergelut dengan semua ini, Madammu masih mengekalkan aura dan gaya
hidupnya yang glamor dan classy.
Di sepanjang perjalanan program Diari Madammu ini juga akan memperlihatkan sisi
lain beliau. Transisi 360 darjah yang berlaku dalam kehidupannya menerusi
gambaran utama iaitu bagaimana penonton akan menyaksikan transisi perubahan
dari segi emosi dan fizikal Madammu sepanjang proses kehamilan berisiko tinggi
yang dilaluinya sepanjang program ini. Dari permulaan proses awal IVF sehingga ke
labour room bagi menyambut kelahiran baby A yang penuh keterujaan yang tak
terduga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga anak yang menghidap autisme bukanlah suatu tugas yang mudah lebih-lebih lagi anak-anak ini perlukan pengawasan rapi dari penjaga. Keselamatan mereka juga merupakan faktor yang sangat diutamakan memandangkan kanak-kanak ini mungkin akan bertindak di luar kawal dan agak sukar mengawal pergerakan dan emosi mereka.
Bagi penjaga pula, anda memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjaga serta mengawal pergerakan mereka lebih-lebih jika ada yang bertindak agresif.
Oleh sebab itu, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini, jarang membawa anak-anak mereka menaiki pesawat. Bimbang akan mengganggu penumpang lain dan mungkin kesabaran teruji jika kerenah mereka berlebihan.
Ini adalah kerana anak-anak autisme ini sukar untuk melalui sesuatu yang berbeza daripada rutin harian mereka dan akan cepat meragam jika berlaku perubahan dalam kehidupan mereka lebih-lebih lagi jika ianya drastik dan sangat asing bagi mereka.
Namun kini anda tidak perlu lagi risau, seorang wanita bernama Zinnirah Ajman yang kerap berkongsi ilmu keibubapaan di TikTokmendedahkan satu tip berguna untuk membantu membawa anak autisme berjalan-jalan.
Ternyata ketika di KLIA Terminal 2, ada disediakan satu program yang dinamakan sebagai Butterfly Lanyard.
Dalam program ini, ketika mendaftar di kaunter khidmat pelanggan di tingkat lima KLIA 2, anak-anak autisme akan diberikan satu tali tag nama yang membenarkan mereka menerima layanan istimewa di lapangan terbang.
“Waktu saya nak naik penerbangan ke Sabah, saya cadang nak guna Butterfly Lanyard ni untuk anak saya yang autisme. Tiada bayaran dan free of charge. Ada available di KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.
“Program ini sangat membantu dan memang function sebab kanak-kanak autisme ni mereka tak boleh menunggu lama, nanti mereka akan mula meragam.
“Butterfly Lanyard ini akan berikan VIP access kepada anak kita, macam fast lane untuk mereka naik flight, express je rasa semuanya.
“Program Butterfly Lanyard bukan di bawah kendalian mana-mana syarikat penerbangan, ia adalah satu inisiatif di bawah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Berikut adalah beberapa kemudahan dan kelebihan yang diperoleh melalui program Butterfly Lanyard.
1) Daftar masuk bagasi anda di kaunter dengan lebih pantas
Ketika beratur di barisan untuk mendaftar masuk bagasi ke dalam pesawat, mereka yang mempunyai Butterfly Lanyard akan diberikan keutamaan.
Masa akan banyak dijimatkan dan keluarga yang mempunyai anak autisme akan dapat ke kaunter dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu lama.
2) Akses ke Bilik Terapi Sensori
Sementera menunggu untuk menaiki kapal terbang, mereka yang mempunyai Butterfly Lanyard boleh mengakses Bilik Terapi Sensori (sensory room).
Di sini mereka boleh bermain-main untuk mengisi masa lapang, Bilik Terapi Sensori boleh membantu kanak-kanak untuk menenangkan diri sebelum menaiki pesawat.
3) Penyediaan kereta buggy untuk ke pintu pelepasan
Sesiapa yang mempunyai Butterfly Lanyard tidak perlu risau untuk berjalan jauh ke dewan pelepasan kerana mereka sekeluarga boleh menaiki kereta buggy.
Satu kemudahan yang sangat membantu untuk mengelakkan si kecil dari tiba-tiba meragam kerana kepenatan.
Selepas ini jika anda hendak menaiki pesawat di KLIA atau KLIA 2 bersama anak-anak autisme, jangan lupa untuk memohon Butterfly Lanyard.
Semoga perjalanan anda akan lebih mudah dengan menggunakan kemudahan ini dan anak-anak gembira menikmatinya.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...