Nak Tumbuhan Hidup Subur, Ada Aturannya Perlu Buat!

Share

Hasil tanaman yang dapat membesar dengan subur dan mengeluarkan buah yang lebat semestinya memerlukan penjagaan yang betul. Selain pokok perlu disiram dan dibaja, ada beberapa lagi yang dikongsikan di sini untuk dijadikan  panduan.

Kenapa tanaman kita tak membesar, terbantut, layu, daun banyak gugur, tak berbuah, kurus, mati dan diserang serangga?

1)Faktor tanah memainkan peranan yang sangat penting sebelum bercucuk tanam.Pilih tanah yang lengkap kombinasinya sebelum menyemai benih.

Pastikan tanah dicampur dengan baja kompos sekurang kurangnya segenggam agar benih bercambah dan tumbuh dengan sempurna. Jika tidak, maka benih tak tumbuh, lambat tumbuh, tidak membesar walaupun sudah lama disemai dan seterusnya mati di awal waktunya.Benih jangan ditabur, sebaliknya ditanam dengan kedalaman 0.5cm-1cm.

2)Selepas semaian,pokok perlu dipindahkan. Masa dari tarikh disemai ke tarikh ditanam adalah sekitar seminggu ke tiga minggu sahaja. Lebih daripada tu,ada masalah dalam semaian. Contohnya,pokok bendi, cili, sawi, kekacang, kangkung dan salad hanya ambil masa seminggu ke dua minggu sahaja disemai sebelum dipindahkan.

Semasa pindah pokok, pindahkan dengan tanahnya sekali.Waktu pindah seelok eloknya pada sebelah petang sebab ada masa 12 jam untuk sesuaikan diri dalam mood sejuk. Akar juga akan terpelihara.Jika pindahkn pada waktu tengahari atau lewat pagi, daun akan layu dan stress pada akar.

3)Seminggu selepas dipindahkan, siram pokok seadanya. Ingat!!! Campuran tanah sangat penting. Baja kompos, topsoil, cocopeat,sekam padi bakar atau pasir halus WAJIB ada. WAJIB ye. Bukan sunat ataupun harus. Letak di bawah teduhan pokok seeloknya agar cahaya tak tembus terus. Penting untuk pokok yang baru dipindahkan membiasakan diri nanti.

4)Selepas dua minggu, ready untuk dibaja.Sebaiknya baja organik. Banyak brand dalam pasaran. Syor saya apa pun boleh asalkan bukan baja kimia. Kalau tak pandai guna chemical fertilizer, kesannya sangat buruk pada pokok. Natijahnya daun pokok kerinting,herot berot dan akar juga boleh mati. Berbeza dengan baja organik contohnya Milagrow (cth shj ya), pokok akan tetap sihat sekalipun terlebih sukatan. Low risk untuk semua pokok berdaun hijau.

5)Serangan serangga memang akan berlaku. Wajib ada sekurang kurangnya cuka kayu untuk protect semua pokok. Cuka kayu selamat walaupun disembur setiap hari.PH tanah juga akan mnjadi seimbang.Jgn tunggu pokok diserang serangga baru nk sembur cuka kayu. Lazimi at least twice a week.

6)Pokok akan mmbesar dengan sihat dan baik jika kita ambik berat 3 perkara utama iaitu TANAH, BAJA dan RACUN. Kalau guna baja yang kita buat sendiri di rumah, jangan guna berlebihan terutamanya basuhan beras, ajinomoto dan Epsom salt. Kesan buruknya daun pokok akan layu, gugur ke bumi dan pokok akan mati.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Liyana Mohd Poad