Kita hampir mamasuki 10 terakhir Ramadan. Di masa ini, selain ramai yang meningkatkan amal ibadah, tak kurang juga ada yang sudah mula menghias rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Namun bagi yang memakai wallpaper di rumah, anda pasti berasa kreativiti untuk menghias ini agak terbatas kerana terikat dengan warna dan rekabentuk wallpaper.
Ada juga yang sudah jemu dan ingin melakukan kelainan. Menanggalkan wallpaper bukanlah satu kerja yang mudah. Silap haribulan cat asal di dinding juga boleh tertanggal jika kita tidak betul-betul pandai melakukannya.
Nak panggil upah orang mahal lah pula. Jadi, terpaksa batalkan hasrat itu.
Namun anda jangan bimbang, ada cara yang betul dan anda sendiri pun boleh buat di rumah tanpa rosakkan cat dinding. Seorang pengguna TikTok @shah_gegar telah berkongsi cara mudah nak tanggalkan wallpaper dirumah dengan hanya menggunakan 2 bahan sahaja.
CARA MUDAH NAK TANGGALKAN WALLPAPER DI RUMAH TANPA ROSAKKAN CAT
Bahan-bahannya:
– Softlan
– Pengikis (scrapper)
– Botol Spray
Ads
– Air panas
Cara-caranya:
1. Masukkan air panas ke dalam botol air.
2. Kemudian masukkan sedikit softlan.
Ads
3. Masukkan pula air paip.
4. Mula-mula tanggalkan lapisan pertama wallpaper di dinding.
5. Selepas itu, sembur wallpaper dengan campuran dalam botol spray. Biarkan kembang seketika.
Ads
6. Kemudian gunakan scraper dan boleh tanggalkan wallpaper tersebut dengan mudah.
Hasilnya memang terbaik. Memang confirm takkan tertanggal cat. Selamat mencuba!
Bagi setiap pasangan, pasti anda ingin memberikan sebuah kenangan terindah untuk anak-anak tidak kiralah sama ada sewaktu mereka lahir, sambutan hari jadi atau majlis-majlis yang dibuat untuk meraikan anak anda.
Seperti pasangan ini, Datuk Addy Kana dan juga isterinya Datin Alyaa Syuhaila telah mengadakan majlis aqiqah yang serba mewah untuk anak bongsunya.
Majlis yang diraikan seperti majlis perkahwinan itu dilihat membawa masuk Alyaa diiringi beberapa pengapit. Kelihatan pula Addy Kana membawa anak mereka dengan menggunakan sebuah stroller mewah.
Kelihatan Addy dan isterinya Datin Alyaa Syuhaila mengenakan busana berwarna putih dan tetamu yang hadir juga mengenakan warna yang sama.
Apa yang menarik perhatian adalah stroller yang dibawa oleh Datuk Addy Kana yang sememangnya diimpikan oleh setiap pasangan untuk anak mereka. Dengan reka bentuk klasik, harga bagi jenama stroller tersebut mencecah hampir RM14,000.
Terdahulu seorang pempengaruh Ryzal Ibrahim Durian Kimchi pernah dikritik kerana membeli stroller bayi mewah untuk anaknya Rina yang bernilai sehingga RM20,000.
Namun Ryzal menjelaskan bahawa stroller jenis British Royal Pram buatan tangan yang diimport dari England itu kini nilainya sudah mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.
Dia menganggap pembelian yang dilakukan itu sebagai satu pelaburan.
“Haritu beli RM20k je sekarang dah RM270k. Esok kita kita salut rose gold, siapa nak beli boleh lah saya jual murah-murah RM170K. Ini baru kita panggil pelaburan,” katanya.
Menyediakan air rebusan untuk tujuan kecantikan dan penjagaan dalaman wanita semua maklum memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Malah perlu juga kawalan api agar air rebusan tersebut tidak pula menjadi kering kontang atau lebih teruk terbakar pula dek kerana lalai.
Pun begitu, tahukah anda, ada cara yang lebih mudah dan selamat boleh dipraktikan bila anda menyediakan air rebusan ini. Lain tidak bukan adalah dengan memasak menggunakan periuk nasi!
Tip Rebus!
Step 1 : Gunakan saja Rice Cooker dan biar saja penutup dibuka. Kemudian tekan COOK.
Step 2 : Kemudian biar sehingga rebusan surut pada sukatan yang anda mahukan. Setiap no.yang ada periuk mewakili 1 cawan. Jadi lebih mudahkan.
Dan ini pula resipi air rebusan serai dan halia yang boleh anda sediakan. Minuman ini baik untuk menghilangkan angin dalam badan.
REBUSAN SERAI DAN HALIA
Bahan-bahan:-
3 batang serai
4cm halia
2cm kunyit (wanita sahaja & ibu kunyit lagi power)
Cara penyediaan:-
Bersihkan semua bahan-bahan. Tidak perlu diketuk hanya hiris besar halia dan kunyit.
Direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air. Tunggu suam,diminum selepas makan tengah hari.
Ekstra info :
Kunyit terdapat dalam rebusan sesuai di campur hanya sebulan sekali sebelum/selepas datang haid. Mak pantang boleh campurkan seminggu sekali. Sangat elok merawat rahim dan mengecutkan.
Khasiat : Rebusan ini seeloknya dibuat sekali seminggu atau bila perlu sehingga badan sihat. Sangat sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih, lenguh badan, kolestrol tinggi, sakit urat-saraf,membuang toksid dan lemak. Amalan penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak kekal ceria dan semangat sepanjang hari, bukan hanya bergantung pada mood sahaja, tapi juga bergantung pada pakaian kita. Pakaian pula merangkumi pakaian luar dan dalam kita!
Mana taknya, kalau luaran sahaja cantik dan selesa, tapi pakaian dalam tidak selesa boleh spoilkan mood seharian tau.
Haaa baru-baru ini Triumph Malaysia telah perkenalkan Koleksi Musim Luruh Sejuk 2020 yang menampilkan gaya yang memenuhi keperluan wanita untuk pakaian dalam yang selesa, sesuai dan bergaya.
Fit Smart 2.0
Dicipta khas dengan sentuhan kewanitaan seperti renda dan jahitan yang ditempah khas bagi menyokong dan mengikut bentuk tubuh anda.
Dicipta dengan menggunakan teknologi 4D inovatif dan tidak menggunakan dawai, coli ini menyokong dan memusatkan payudara dalam membentuk dan memberi sokongan yang sempurna. Tali kancing khas yang digunakan membolehkan wanita bergaya dengan bentuk silang belakang.
Sistem ukuran yang ringkas seperti S, M, L dan XL, anda boleh mendapatkan Fit Smart 2.0 dalam warna Dusty Pink, Twilight Grey dan Black dengan harga RM 249 bersama dengan celana dalam mini sepandan RM 79.90.
Koleksi Aqua
Bagi yang meminati coli push up, mereka memperkenalkan dua produk ikonik baru Aqua, iaitu Aqua Finesse dan Aqua Rosie.
Aqua Finesse mempunyai garisan leher berbentuk V yang mendalam untuk penampilan yang menawan. Sayap jaring regangan tinggi menghasilkan kemasan yang halus dengan sokongan tambahan. Boleh didapati dalam pilihan warna kelabu gelap (Shadow Grey), hitam (Black) dan kelabu (Grey), dalam jenis ‘push up’ berdawai atau ‘push up’ tanpa dawai bersama celana dalam mini atau hipster yang sepadan.
Aqua Rosie menampilkan sulaman feminin dan perincian bunga mawar yang halus. Dengan lapik Aqua ringan yang bersepadu dan lapisan modal yang sangat lembut, coli ‘push up’ ini sangat selesa. Sayap hem olok-olok membuatkannya ringan dan selesa. Boleh didapati dalam warna kelabu (Feather Grey) dan ungu (Mauve) bersama celana dalam mini yang sepadan.
Aqua Finesse dan Aqua Rosie masing-masing dijual pada harga RM249 dan bersama celana dalam mini sepadan RM79.90 – RM89.90.
Sculpt Rosanne dan Astra Embroidery
Dicipta untuk membentuk tubuh dan mencantikkan penampilan, Sculpt Rosanne dan Astra Embroidery menampilkan ciri rekaan yang merata dan menyokong.
Sculpt Rosanne menampilkan renda berhias pada mangkuk coli, menghasilkan gaya berdekorasi dan menambat pandangan mata. Tali coli diperbuat daripada elastik jacquard yang halus dan rekaan indah ini dikemaskan lagi dengan loket diamante halus. Dengan tali silang dalam dan luar serta sayap sisi jaring yang kuat, Sculpt Rosanne memberikan sokongan yang sangat baik dan kemasan yang rata. Coli didapati dalam rekaan berlapik mangkuk separuh berdawai atau coli ‘push up’ berdawai rekaan ‘butterfly’ dalam warna kelabu (Grey) dan merah (Wild Raspberry) bersama celana dalam hipster sepadan.
Astra Embroidery yang bergaya anggun diinspirasikan oleh bunga mawar berkembang penuh. Ia didapati dalam dua warna yang tak pudar dek zaman, hitam (Black) yang klasik, dan merah gelap (Bordeaux) yang menawan. Coli berlapik dan berdawai dengan jualan terlaris ini mencipta bentuk feminin yang cantik. Didapati bersama celana dalam hipster sepadan.
Gaya keraian ini akan mula dijual pada bulan November 2020 pada harga bermula daripada RM279 – RM299 dan bersama celana dalam mini sepadan RM 89.90 – RM99.90.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.