Pemilihan dan penggayaan kemasan lantai di dalam kediaman selain agar dapat memberi keselesaan kepada kita seisi keluarga, tidak dinafikan juga berperanan menyuntik mood ruangan kediaman agar nampak bergaya dan berpersonaliti.
Tidak hanya terikat dengan pemilihan lantai jenis simen, jubin, kayu atau sekadar kemasan tikar getah yang boleh digunakan sebenarnya terdapat banyak lagi material lain boleh dijadikan pilihan.
Membandingkan keperluan, keistimewaan dan harga yang ditawarkan bagi memudahkan anda membuat pilihan, jom kita baca perkongsian daripada Ben Safwan ini. Perkongsiannya cukup simple dan mudah untuk difahami, semoga bermanfaat.
Ini perkongsiannya.
Sementara menunggu waktu balik bekerja ni, saya nak kongsi ilmu dan info yang saya perolehi mengenai pemilihan akesesori lantai selain tiles/tikar getah,cat epoxy.
Vinyl – nipis 1-3 mm. Ada macam jenis corak,datang dengan dah bergam atau anda kena gam sendiri. Gam dia ada seperti dalam gambar. Cadangan pasang : Di tempat yang kering.
Kalau anda pasang berdekatan bilik air, kadang-kadang tak sampai tahun dia mengembang. Ada juga problem merenggang.
Kalau bagi saya, saya akan elakkan guna vinyl.
Harga bermula dari 2.10 sekeping 1 meter panjang
=====================================
Spc – Stone Plastic Composite
Ada tebal 4-8mm setakat saya tahu di pasaran. Install pakai sistem clik. Maksud dia masukkan bersebelahan dan tekan.
Kalau sudut dalaman rumah,saya suggest pasang spc 5-8 mm . Baru puas hati.
Tahan air dan boleh pakai di sudut hampir bilik air. Seeloknya install 1 lapisan PE FOAM untuk elak kelembapan lantai naik ke spc.
Datang dalam pelbagai ukuran. 1 meter,2-4 meter ikut penjual. Harga bermula 8.50 sekeping untuk 1 meter panjang,tebal 5mm dan 16 cm lebar.
Kalau lagi nipis, murah sikit. Tebal- mahal sikit
=====================================
Wpc Floor Decking
Wpc ialah Wood Plastic Composite
Nak guna di bawah garaj, outdoor, balkoni apartment boleh guna wpc ni yang saiz 30cmx30cm.
Tahan panas, ada sistem peredaran air di bawah nya . Senang pasang .
Untuk saiz 30×30 cm ,harga bermula 8 -10 inggit sekeping.
=====================================
Wpc Floor Deck
Wpc – Wood Plastic Composite
Kalau anda nk buat lantai di sekeliling kolam renang,gazebo,atau apa sahaja di luar rumah, boleh pijak ,terasa kukuh pilih wpc ni.
Datang dalam panjang 9 kaki minima ,tebal around 160-200mm,tebal 20-23mm .
Memang khas untuk decking. Waterproof, tahan sinar mentari. Harga minima bermula dengan 75 ringgit dan ke atas sebatang.
=====================================
Cement Board
Cement board pula ada banyak brand. Antaranya Shera. Dibuat dari simen,pasir halus ,fiber dan segainya.
Ada siri khas untuk tangga/lantai/dinding/hiasan.
Pilih sahaja yang mana berkenanan.
Untuk kegunaan lantai, pilih dari floor plank. Tangga dari siri tangga dan dinding dr siri dinding. Sebab semua berbeza ukuran dan ketebalan.
Rasanya untuk market Malaysia,dia hadir tanpa warna. ( based on saya beli dari siri dinding )
Harga minima anggaran untuk floor plank 90 inggit dan ke atas
,untuk dinding – panjang plank tu 10 kaki minima, tebal 9mm. 14.50 inggit sekeping
So dah tahu kan nak pilih yang mana bila tengok bajet. Harap bermanfaat .
Sumber : Ben Safwan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club