Nak Tubuh Suami Mantap Selalu, Isteri Wajib Sediakan Air Jamu Ni!

Share

Siapa kata lelaki tidak perlu jaga badan. Bagi memastikan kesihatan dalaman tubuh, sama seperti wanita, suami kita juga perlukan sesuatu untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan mereka.

Mengamalkan air rebusan antara yang disyorkan untuk lelaki. Menolak pengambilan ubat-ubatan, pil dan sebagainya, ada baiknya isteri tolong sediakan air rebusan yang baik untuk lelaki ini. Isteri pun boleh tumpang sekaki. Biar sama-sama sihat.

Resipi yang dikongsikan oleh Johanis Haslan ini mudah sahaja. Air rebusan beberapa bahan ini diamalkan olehnya khusus untuk awet muda dan kesihatan dalaman tubuh. Jom ikut caranya. Buat isteri, sila buatkan untuk suami ya.


Pada mereka yang nak kulit cantik sihat dalaman atau apa jua masalah yang berkaitan dgn kesihatan dan kecantikan, tak perlu berhabis ribuan ribu ringgit.

Buat sendiri, minuman macam ni senang je nak buat. Kisar, tapis dan rebus. Hanya gunakan gula organik untuk memberi rasa manis. Dapatlah menikmati minuman kesihatan yang bersih selamat dan murah. Selamat mencuba.

Bahan Utama:
Kunyit
Halia
Daun sirih
Temu kunci
Kencur
Asam jawa tanpa pengawet
Limau nipis atau lemon
Gula organik
Kulit kayu manis

Caranya:


1. Kisarkan kesemua bahan hingga halus.

2. Masukkan ke dalam periuk dan biarkan hingga mendidih.

3. Bila mendidih, biarkan suam dan minum.

4. Amalkan pengambilannya setiap hari.

So mudah saja kan? Isteri jangan lupa sediakan untuk suami. Sama-sama minum dan dapatkan hasilnya. Insyaallah sihat luar dalam.

Kredit: Johanis Haslan