Nak Trade In Emas Lama Kepada Baru Ada Caranya, Jika Salah Takut Jadi Riba! Fahami Syarat Ini!

Share

Kini ramai yang suka membeli emas. Ada yang sudah membeli emas sekian lama kemudian ingin menjualnya atau kata lain trade in emas lama kepada baru. Biarpun cara ini nampak menguntungkan, namun jika salah cara pembeliannya dikatakan riba.

Tahukah anda, hukumnya haram ada unsur syubhah (riba) apabila tambah duit trade in beli emas baru. Dinasihatkan jika nak beli emas baru kena jual dulu, pegang duit emas yang dijual tadi dan baru boleh beli emas baru.

Selanjutnya ikuti perkongsian ini sehingga mendapat share sehingga 59K. Moga kita muhasabah diri untuk ilmu jual beli emas ini.

Sedikit ilmu tentang emas.

Sebenarnya ramai lagi yang masih cetek tentang hukum hakam dalam jual beli emas.

Tau tak apa hukum Trade in Emas dengan Emas??

Perasan tak bila kita nak trade in kat kedai, kita akan bagi emas kita,staff timbang dan bagi harga sekian sekian.

Then staff minta kita pilih emas baru yang kita nak. Then kena tambah duit.

Tahu tak, lebihan duit yang kita tambah tu adalah riba?

Ya RIBA kawan-kawan. Cara trade in yang tidak mengikut syariat adalah haram di sisi Islam ye. 

Macam mana cara trade in yang sah di sisi Islam?

INI CARANYA

Caranya: Kita kena jual dulu barang kemas kita, then lepas dapat duit, lepas akad bagai, baru kita beli baru. Transaksi tersebut mestilah taqabud fil hal yakni berlaku dalam satu masa.

SYARATNYA MESTI KITA PEGANG DULU DUIT HASIL KITA JUAL/TOLAK BARANG KEMAS TERSEBUT.

Melainkan kalau berat dan nilai harga emas dengan emas tadi adalah sama.

Tanpa perlu berlaku penambahan duit dan sebagainya.
Maka hukumnya adalah sah.

Tapi mana mungkin kan??
harga emas pun berbeza hari ke hari.
So cara paling selamat nak elakkan riba adalah dengan menjual terlebih dahulu,
pegang duit dan kemudian beli emas yang baru.

Dalam seronok kita menjual dan membeli emas,
ada syariat yang perlu dijaga.

Kena berhati hati dalam jual beli emas.
Agar syariat terjaga, simpanan terpelihara

Sama situasi kita trade in emas online pn kena transfer byr dulu Kemudian bru deal balik utk beli emas lain

Lagi Jawapan Bagi ‘Trade in’ Emas Lama Dengan Emas Baru.

Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in’ emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil’ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu’asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu’ al-Sya’iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :

i) Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu’, no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.

ii) Mesti ‘Taqabud fil hal aw fil majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa) – kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan ‘trade in’ dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?

Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : “Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi”

JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN ‘TRADE IN’. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.

Dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ يَدًا بِيَدٍ فَمَنْ زَادَ أَوِ اسْتَزَادَ فَقَدْ أَرْبَى الآخِذُ وَالْمُعْطِى فِيهِ سَوَاءٌ

“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa” (HR. Muslim no. 1584).

Dalam hadits di atas, kita bisa memahami dua hal:

1. Jika barang sejenis ditukar, semisal emas dengan emas atau gandum dengan gandum, maka ada dua syarat yang mesti dipenuhi yaitu: tunai dan semisal dalam takaran atau timbangan.

2. Jika barang masih satu ‘illah atau satu kelompok ditukar, maka satu syarat yang harus dipenuhi yaitu: tunai, walau dalam takaran atau timbangan salah satunya berlebih.

Sumber: Puan Tengku Mila