Kini ramai yang suka membeli emas. Ada yang sudah membeli emas sekian lama kemudian ingin menjualnya atau kata lain trade in emas lama kepada baru. Biarpun cara ini nampak menguntungkan, namun jika salah cara pembeliannya dikatakan riba.
Tahukah anda, hukumnya haram ada unsur syubhah (riba) apabila tambah duit trade in beli emas baru. Dinasihatkan jika nak beli emas baru kena jual dulu, pegang duit emas yang dijual tadi dan baru boleh beli emas baru.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini sehingga mendapat share sehingga 59K. Moga kita muhasabah diri untuk ilmu jual beli emas ini.
Sedikit ilmu tentang emas.
Sebenarnya ramai lagi yang masih cetek tentang hukum hakam dalam jual beli emas.
Tau tak apa hukum Trade in Emas dengan Emas??
Perasan tak bila kita nak trade in kat kedai, kita akan bagi emas kita,staff timbang dan bagi harga sekian sekian.
Then staff minta kita pilih emas baru yang kita nak. Then kena tambah duit.
Tahu tak, lebihan duit yang kita tambah tu adalah riba?
Ya RIBA kawan-kawan. Cara trade in yang tidak mengikut syariat adalah haram di sisi Islam ye. Macam mana cara trade in yang sah di sisi Islam?
INI CARANYA
Ads
Caranya: Kita kena jual dulu barang kemas kita, then lepas dapat duit, lepas akad bagai, baru kita beli baru. Transaksi tersebut mestilah taqabud fil hal yakni berlaku dalam satu masa.
SYARATNYA MESTI KITA PEGANG DULU DUIT HASIL KITA JUAL/TOLAK BARANG KEMAS TERSEBUT.
Melainkan kalau berat dan nilai harga emas dengan emas tadi adalah sama.
Tanpa perlu berlaku penambahan duit dan sebagainya. Maka hukumnya adalah sah.
Tapi mana mungkin kan?? harga emas pun berbeza hari ke hari. So cara paling selamat nak elakkan riba adalah dengan menjual terlebih dahulu, pegang duit dan kemudian beli emas yang baru.
Dalam seronok kita menjual dan membeli emas, ada syariat yang perlu dijaga.
Kena berhati hati dalam jual beli emas. Agar syariat terjaga, simpanan terpelihara
Ads
Sama situasi kita trade in emas online pn kena transfer byr dulu Kemudian bru deal balik utk beli emas lain
Lagi Jawapan Bagi ‘Trade in’ Emas Lama Dengan Emas Baru.
Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in’ emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil’ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu’asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu’ al-Sya’iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :
i) Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu’, no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii) Mesti ‘Taqabud fil hal aw fil majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa) – kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.
Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan ‘trade in’ dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?
Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : “Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi”
Ads
JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN ‘TRADE IN’. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.
Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.
Dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa” (HR. Muslim no. 1584).
Dalam hadits di atas, kita bisa memahami dua hal:
1. Jika barang sejenis ditukar, semisal emas dengan emas atau gandum dengan gandum, maka ada dua syarat yang mesti dipenuhi yaitu: tunai dan semisal dalam takaran atau timbangan.
2. Jika barang masih satu ‘illah atau satu kelompok ditukar, maka satu syarat yang harus dipenuhi yaitu: tunai, walau dalam takaran atau timbangan salah satunya berlebih.
Sikap ibu ayah yang terlalu inginkan kesempurnaan dan meletakkan terlalu tinggi pengharapan dalam mendidik anak-anak, kadang kala perkara itu juga menjadi penyebab sikap ibu ayah terlihat begitu serius dan tidak cool di mata anak-anak.
Alangkah baiknya, interaksi dan hubungan dengan anak-anak tetap mesra dan harmoni dan dalam masa yang sama anak-anak dididik dengan sebaiknya.
Untuk itu, ketahui cara mana untuk menjadikan ibu ayah yang cool seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais ini.
10 Cara Nak Jadi Ibu Ayah Yang Cool
1 – Jangan jadi perfectionist
Anak anak ni dah perfect. Allah dah jadikan mereka perfect seperfectnya. Cuma kita je yang kurang perfect. Kita selalu marah atas kesilapan yang tak sengaja mereka buat sedangkan itu bukan kesilapan mereka, tapi sebenarnya itu kesilapan kita yang tak sabar dan tak memahami proses tumbesaran kanak-kanak.
2 – Rendahkan expectation
Anak lemah membaca geram, anak lambat mengaji marah, anak tak hafal sifir baran. Macam mana nak jadi doktor kalau belajar tak pandai. Hah, ini la punca kita jadi tak cool. Expectation tinggi sangat. Cuba rendahkan, comfirm cool je. Anak tengok pun sejuk mata memandang.
3 – Jangan fokus pada result
Sentiasa fokus pada usaha bukan result. Anak anak ni serba serbi lemah, dia masih bertatih lagi. Lagi kita fokus pada result, lagi tertekan la kita jadinya. Fokus pada usaha, insyaAllah anak pun membesar dengan sihat dan kuat. Kita pun jadi kurang marah marah.
4 – Berhenti shiny parenting
Shiny parenting syndrome ni adalah parenting yang jenis suka mengikut orang lain. Bila ada trend didik anak begini dia ikut cara tu, bila ada orang share tips didik anak begitu terus dia follow. Kita letih cuba cuba, anak pun letih cuba hadam bolak baliknya hati kita.
5 – Berhenti comparing
Setiap anak ni unik dan istimewa dengan cara tersendiri. Buat la macam mana pun, umur sama, sekolah sama, tarikh lahir sama, jantina sama tetap besarnya anak anak tu akan jadi jauh berbeza. Comparing bukan sahaja akan buat kita makin stress malah anak pun akan jadi makin rendah keyakinan dirinya.
6 – Jaga waktu tidur
Tidur ni fundamental needs manusia. Kurang tidur badan akan jadi lemah, terlebih tidur pula badan akan jadi lemau. Oleh itu, jaga waktu tidur yang sihat 6-8 jam sahaja sehari.
7 – Selalu peluk anak
Bila peluk & cium anak bukan sahaja terhasil hormon bonding dan hormon kasih sayang tapi pelukan tu juga ada efek self-healing dan mood booster. Susah sangat nak rasa tenang cuba periksa balik ada tak peluk anak sekurangnya 3 minit sehari?
8 – Selalu buat self-care
Jarang buat self-care maka jarang la kita akan jadi baik. Selalu je rasa stress, depress, lembik dan sakit hati. Itu la masalahnya, besarkan anak anak ni 24 jam penuh dengan ujian, kalau emosi tak kuat memang senang sangat nak trigger nafsu kemarahan.
9 – Banyakkan bersyukur!
Self-gratitude ni rahsia orang orang yang tenang dan sabar. Bila kita banyak bersyukur, percayalah benda yang kita rasa tak puas hati tu akan berkurang dengan drastiknya.
10 – Berdoa!
Akhir sekali kalau dah cuba macam macam teknik dan petua tetap juga tak sabar dan tenang, berdoa la. Tak ada yang boleh beri rasa sabar melainkan Allah yang maha sabar ( Al-Sabur ) dan yang maha menenangkan ( Al-Mu’min )
Saya doakan semua yang baca & share post saya ni jadi ibu ayah yang cool dan di cintai anak anak. Amin.
Wanita, hatinya setipis kulit bawang. Diciptakan dengan penuh kelembutan, kasih sayang dan mudah mengalirkan air mata jika ada perkara yang memilukan terjadi padanya.
Bukan itu sahaja, bila sampai hatinya tersakiti, sampai saat itu, mungkin tidak lagi mampu dirawat. Segala janji manis dahulu tidak lagi mereka peduli. Oleh itu, lelaki perlu tahu dan prihatin dalam menjaga hati wanita.
Wanita memilih suami, kerana mereka percaya mereka dan zuriatnya akan dilindungi dan disayangi, bukan dibiarkan dan disakiti. Buat para suami, jauhkan dari sifat ‘keji’ yang bakal menjerat diri dan masa depan anda, seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini. Semoga bermanfaat pada semua.
Elak 4 Jenis ‘Jangan’ Ini Terhadap Isteri
1) Dah jadi suami, jangan sekali naik tangan pada tubuh badan isteri.
Walaupun hanya sekali, hati isteri akan jadi sangat jauh dari kita. Nak rasa sayang pada suami pun susah, apatah lagi nak taat.
2) Dah jadi suami, jangan tipu isteri. Isteri kalau percaya suami, dia bagi sepenuh hati dia pada suami. Kalau dijaga hati isteri dengan kata yang baik dan benar, bahagialah keluarga.
Sekali kita tipu, bertahun nak dapatkan balik kepercayaan dia.
3) Dah jadi suami, jangan sekali guna perkataan buruk untuk hina isteri.
Bodoh, betina, b**i, ini semua perkataan yang buat isteri jauh dari kita. Rezeki pun susah nak singgah ke rumah kita.
4) Dah jadi suami, jangan curang. Kalau pada mata kita isteri dah tak cantik, usahakan supaya dia jadi cantik semula. Cukupkan keperluan asas dia iaitu makan, minum, rehat dan tidur isteri. Lepas tu, cukupkan barang-barang dia.
Tanyalah mana-mana wanita yang pernah hatinya hancur, perasaan dia pada suami takkan sama lagi.
Bila sampai masa dia kata dia dah tawar hati, maknanya hubungan tu tamat sampai situ saja.
Sebab isteri yang tawar hati ni dia dah tak rasa apa-apa. Sedih pun tak, marah pun tak, kecewa pun tak.
Dia cuma nak mulakan hidup yang baru.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Aktiviti berkebun mempunyai banyak manfaat kepada keluarga. Salah satunya ia dapat membantu meningkatkan taraf ekomoni keluarga apabila dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membeli belah sayur-sayuran.
Bukan itu sahaja, ia dapat menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke kedai dan sayur ‘fresh’ dipetik di laman rumah. Lebih banyak menarik, apabila anak-anak pula diberi ‘tugasan’ untuk memetik sayur-sayuran di laman rumah. Tentu seronok anak-anak dapat merasai pengalaman manis ini. Malah secara tidak langsung mengalakkan anak untuk suka makan sayur.
Namun, ilmu berkebun ini bukan hanya beli benih, tanam dan siram, tetapi kena ada ilmu mengenai baja untuk tanaman menjadi lebih subur. Baja ini penting untuk diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan.
Ini kerana tanaman mempunyai 4 keperluan utama iaitu air, nutrien, cahaya dan udara untuk hidup. Bagi memastikan tanaman hidup dan tumbuh dengan baik ianya perlulah mendapat dengan mencukupi 4 perkara ini. Nutrien merupakan makanan untuk tanaman dan ianya boleh dibekalkan dengan menggunakan baja.
Terdapat pelbagai jenis baja dipasaran. Dalam pada itu, kita boleh ikuti panduan mengenai baja yang dikongsikan oleh puan Lidya Izzati mengenai jenis-jenis baja dan cara penggunaannya.
Hai Assalammualaikum. Hari ni kekya nak share 7 jenis baja yang berkesan. Setakat ni kesemua petua 7 jenis baja yang kekya dah kumpulkan. Kekya dah cuba. Sangat berkesan, mudah dan jimat. Pokok kekya pun gemuk-gemuk guna petua baja-baja ni tau. Kepada siapa yang tengah risau kenapa daun tak tumbuh banyaklah. Pokok tak membesarlah. Takpaa korang cuba petua 7 jenis baja ni. InsyaAllah sukses pokok korang. Selamat mencuba.
1.AJINOMOTO
Pernah sekali kekya cuba petua siram dengan air ajinomoto. Sekali kekya tengok daun kari keluar besor-besor daunnya. Siap ada buah kari lagi. Sukatan untuk baja air ajinamoto. Satu paket kecil ajinamoto 33g lepas tu kekya campur dengan satu baldi air. Pastikan air baja ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tu baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok tau. Siram sekali seminggu. InsyaAllah menjadi. Biasanya kekya siram pakai air ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok pandan, pokok kunyit, pokok bunga kantan dan pokok limau purut. Semua kekya siram air ajinamoto ni.
2. AIR BASUHAN BERAS
Jangan buang air basuhan beras atau ikan tau. Simpan dulu air basuhan tuu. Esok pagi boleh siram pokok atau pagi simpan dulu. Petang dah boleh siram. Nak peram satu hari pun boleh. Takda masalah
3. CAMPURAN KULIT BAWANG MERAH, PUTIH DAN KULIT TELUR
Baja campuran kulit bawang merah, bawang putih, kulit telur dan lebihan nasi yang tak habis atau basi. Letak air sikit dan blender sampai sebati. Peram satu hari. Esoknya siram dekat pokok. Ada orang kulit kentang, kulit buah dan macam-macam segala kulit diaorang rendam dan peram tapi baunya kekya tak boleh go lahh. Busuk yakmatt tapi pokok takyah citer memang gemokk
4.TELUR
Kalau kekya takda stock kulit bawang semua tu. Kekya guna kulit telur pula. Kekya memang selalu buat kek untuk jual. Jadi telur memang bahan wajib perlu ada untuk kek. Jadi kulit telurnya kekya tak buang sebab kulit telur bagus untuk pokok tau. Kekya jemur kulit telur sampai kering. Lepas tu kekya tumbuk kulit telur sampai halus. Tabur dekat keliling pangkal pokok. Kira macam kalsium untuk pokoklah Kadang-kadang nasi yang tak habis kekya masukkan ke dalam botol kemudian biarkan selama 7 hari. Lepas kekya tapis dan sembur dekat pokok. Memang menjadi. Pokok jadi subur. Sembur dekat pokok limau purut, limau kasturi, limau nipis dan lemon.
5. ROTI
Kekya buat juga baja roti yang dah expired. Roti amik dalam 3-4 keping. Potong kecil-kecil rotinya dan rendam dalam botol air. Masukkan juga molases atau gula merah. Kalau takda molases atau gula merah. Abaikan tak letak pun takpa. Jadi juga rendaman air baja roti tu. Peram 7 hari tapi setiap hari penutup botolnya kena buka untuk buang gas tau. Simpan tempat yang terlindung dari sinar matahari. Hari ke 11 dah boleh pakai. Ambil sikit baja air roti dan campur dengan air biasa. Rajin sembur-semburkan dekat daun dan batang pokok atau siram je air baja roti dekat pokok macam biasa. Tak lama tu pokok limau purut kekya pun keluar tunas baru. Daunnya lagi besar dari daun yang tua hijau pekat tu. Sesuai pokok limau kasturi, pokok limau nipis dan pokok limau purut. Sebab tu jaa pokok kekya ada masa tuu. Elok ja berbuah.
6. BAJA NAJIS AYAM
Baja Tahi Ayam boleh suburkan tanah sebab bahan organik di dalamnya mudah mereput. Baja ni berikan nutrien dan organisma untuk kesuburan tanah. Kelebihan baja tahi ayam lebih cepat terkompos dan mudah larut apabila kena air jadi nutrient akan mudah diserap oleh pokok. Baja tahi ayam bagi tanah subur dalam jangka masa yang panjang berbanding penggunaan baja kimia. Sebab tu baja tahi ayam popular untuk pertanian. Pokok kari memang suka air dan baja tahi ayam yang belum proses sebulan sekali kekya akan bagi baja ni. Kadang-kadang 2 minggu sekali.
7. BAJA KOPI
Ada juga tanam sayur guna baja tinja haiwan dan baja kopi. Kekya perasan sayur-sayur ni suka bila letak baja organik tinja haiwan process atau baja kopi. Baja kopi juga sesuai letak dekat pokok limau kasturi, limau nipis dan kedondong. Orang kita panggil Baja kopi tapi nama betulnya baja kopi ialah npk 888. Boleh beli dekat eco 2 ringgit atau nursery.
8. BAJA AB
Pokok kobis, pokok terung, pokok bendi, bayam brazil, pokok kacang botol, pokok sawi, pokok kangkung, pokok tomato dan petola. Kekya gunakan baja AB. Boleh beli dekat online shopee. Guna kaedah siraman fertigasi. Kekya guna baja AB yang dah jadi cecair. Korang boleh beli serbuk baja AB. Balik rumah larutkan jadikan cecair boleh dapat 10 liter pati baja AB. Ada juga jual baja AB yang sudah siap dibancuh tapi rugi beli yang sudah siap dibancuh. Biasa kalau beli baja AB dia dah siap tulis sukatan bancuhannya. Boleh juga tanam sayur guna kaedah hydroponic bagi yang tiada tanah.
9. SEMBURAN ELAK SERANGGA
Racun sayur kekya sembur yang organik. Kadang-kadang kekya guna juga ubat serangga brogard dan ubat cuka kayu. Bagus untuk halang serangga. Ada jual kat shopee. Kekya sembur ubat serangga ni pakai spray 2 minggu sekali. Extra Tips Biasanya kalau kita beli anak pokok Limau kasturi mesti siap ada yang berbuah lagi. Bila ada buah. Kita akan tertarik untuk membelinya tapi kita silap bila kita tanam. Lama kelamaan daunnya mula takda tinggal buah sahaja. Jadi pastikan bila tanam dalam pasu atau atas tanah kena buang semua buahnya tujuan untuk bagi pokok fokus kepada pembesaran pokok dan daunnya bukan buahnya Kena rajin-rajin cantas dahan atau daun yang rosak supaya pokok keluarkan tunas yang baru.
Semoga dengan panduan ini, membantu kepada newbie yang baru berjinak-jinak untuk mempunyai kebun kecil di rumah. Selamat bercucuk tanam! Tentu tak sabar untuk melihat hasilnya!
P/S: Nak tahu aktiviti kekeluargaan yang menarik dan petua-petua JOM JOINT TELEGRAM KELUARGAGADER
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Menerusi...