Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak sihat, gembira dan bertenaga untuk melakukan aktiviti dan bermain setiap hari. Malah anak yang aktif melakukan aktiviti akan merangsang mindanya menjadi cerdas dan fokus.

Oleh kerana itu, ibu bapa perlu memastikan keperluan penjagaan kesihatan yang baik untuk anak agar anak dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna di sekolah dan tadika.

Namun, ada segelintir ibu bapa berdepan perangai sesetengah anak yang begitu cerewet dalam memilih makanan yang dihidangkan kepada mereka. Situasi ini jika berterusan sekali gus mencetuskan dilema buat ibu bapa yang mahu anak membesar dengan sihat dan nutrisi mencukupi.

Bukan itu saja, keengganan anak makan sayur atau buah boleh menyebabkan kekurangan zat yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh mereka sehingga menjejaskan tahap kesihatan diri anak-anak termasuk kerap mengalami demam dan batuk.

Secara umumnya, untuk meningkatkan daya tahan penyakit, seseorang itu harus mengambil pemakanan yang mengandungi vitamin C. Salah satu buah-buahan yang mengandungi vitamin C adalah buah oren. Namun, ada juga yang tak suka buah oren sebab rasanya yang agak masam.

Sehubungan itu, untuk mengatasi masalah ini, seperti orang dewasa, kanak-kanak juga harus mengambil suplemen tambahan untuk menguatkan lagi sistem imunisasi mereka.

Tahap kesihatan anak-anak mampu dipertingkatkan dengan pengambilan suplemen yang berasaskan Vitamin C. Lebih menarik, suplemen ini didatangkan dengan perisa buah-buahan dengan bentuk tablet effervescent. Sudah  pasti, anak tidak tidak akan menolaknya terutama yang cerewat makan!

4 KEBAIKKAN TABLET EFFERVESCENT

Terdapat anak-anak yang sukar untuk makan makanan tambahan secara tablet atau cecair. Namun, mujur kini ada pilihan table jenis larut air atau dikenali sebagai tablet effervescent.  Apabila tablet sebati dengan air, anak boleh terus minum. Rasanya pun enak. Sekali gus dapat meningkatkan tahap imunisasi anak agar dapat melawan sebarang jangkitan penyakit.

Oleh kerana itu, tablet effervescent ini wajib ada di setiap rumah antaranya Champs Vitamin C  Effervescent. Ia menjadi pilihan ibu-ibu untuk memastikan anak-anak sihat, cergas bagaikan juara!

1.Nutrisinya cepat diserap

Tablet larut air memiliki daya serap yang lebih tinggi sehingga lebih mudah meresap ke aliran darah ke seluruh tubuh.

  1. Sedap diminum

Vitamin tablet effervescent kapsul akan larut dalam air dan sudah pastinya  rasanya enak dan segar.

  1. Menggalakan anak minum air

Tablet larut air ini juga membantu meningkatkan pengambilan air dalam tubuh. Ia membantu untuk mencegah daripada dehidrasi ketika musim panas dan sedang sakit.

4. Penyediaan yang mudah

Hanya dilarutkan dalam air dan diminum. Mudah sekali untuk memujuk anak-anak yang susah untuk makan ubat. Suplemen vitamin C ini akan membantu anak menjaga kesihatan secara konsisten.

PILIHAN IBU UNTUK ANAK JADI JUARA

Nak Tingkatkan Imunisasi Anak, Kena Tahu 4 Sebab Kenapa Vitamin C Tablet Effervescent Wajib Ada Di Rumah.

Produk keluaran Champs yang baharu mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi untuk membantu meningkatkan daya tahan penyakit.

IKLAN

Produk tersebut adalah Champs Vitamin C dalam format Effervescent yang julung kali didatangkan untuk kanak-kanak! Rasa yang sedap dan senang diminum oleh kanak-kanak.

Ia adalah sejenis vitamin yang larut dalam air dan mudah serap. Menariknya ketika tablet effervescent dimasukan  dalam satu gelas air akan muncul buih-buih dalam air. Biarkan buih itu sebati sepenuhnya.

Tentu anak anda teruja! Sudah pasti tak sabar untuk menikmatinya dengan gembira. Namun, pastikan tablet larut terlebih dahulu dan bercampur dengan air. Barulah anak anda boleh minumnya. Digalakkan segera diminum setelah dilarutkan.

Untuk kanak-kanaka 4  hingga 12 tahun: 1 tablet sekali sehari, dicairkan di dalam separuh sehingga satu gelas air, diminum selepas makan atau seperti diarahkan oleh doktor.

Apa yang pasti, 1 Tablet Champs Vitamin C 250mg + Zinc Effervescent bersamaan 9x kebaikkan  vitamin C berbanding satu biji oren. Dengan diformulasi dengan Zink untuk lebih membantu immunisasi badan.

Pastinya ia diminum setiap hari untuk mendapat tahap kesihatan yang lebih baik. Oleh kerana itu, ia menjadi pilihan buat ibu-ibu yang inginkan anak menjadi seorang yang hebat dan bergelar ‘juara’ dengan sebarang aktiviti yang dilakukannya.

 

PERTANDINGAN NYANYI DAN MENANG BERSAMA  CHAMPS EFFERVESCENT  DAN DIDI & FRIENDS, GILAP BAKAT SI CILIK

Nak Tingkatkan Imunisasi Anak, Kena Tahu 4 Sebab Kenapa Vitamin C Tablet Effervescent Wajib Ada Di Rumah.

Menyedari bahawa kesihatan begitu penting dalam kehidupan anak-anak agar cegas dan riang sepanjang hari. Seiring dengan itu, baru-baru ini Champs Vitamins telah menganjurkan pertandingan Nyanyi dan Menang bersama  Champs Effervescent  dan Didi & Friends! Ia juga sempena mempromosikan antara rangkaian produknya iaitu Champs Effervescent Tablet Vitamin C.

Pertandingan yang julung kali diadakan ini selama sebulan berakhir pada 30 September lalu telah mendapat penyertaan seramai 170 orang. Peserta hanya perlu memuat naik video dan hashtag #pamachamps dan paparkan video di instagram. Rakaman video oleh para peserta yang menyanyi lagu Champs Effervescent  dan Didi & Friends didapati begitu menarik dan menonjolkan gaya kreativiti masing-masing.

Bagi acara kemuncak pertandingan ini, sesi penyampaian hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM 10,000 dan hamper mengandungi barangan Champs kepada pemenang telah diadakan pada 7 Oktober 2019 lalu di Bangi Wonderland Theme Park & Resort.

Nama para pemenang diumumkan oleh pengacara dan pelawak Nabil Ahmad, manakala penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar, Duopharma Marketing, Consumer HealthCare (CHC), Encik Shamsul Idham Ahad. Acara diserikan dengan kemunculan maskot Champs Vitamins dan Didi & Friends.

IKLAN

Dalam pada itu, para pemenang bakal berpeluang muncul di program TV Pa&Ma yang akan bersiaran pada 23 Oktober jam 9:00 malam. Jangan lupa untuk saksikan  TV Pa&Ma musim terbaru ini yang akan menampilkan keluarga ceria Nabil Ahmad serta isteri dan anak-anaknya.

PEMENANG PERTANDINGAN NYANYI DAN MENANG BERSAMA  CHAMPS EFFERVESCENT  DAN DIDI & FRIENDS!

Nak Tingkatkan Imunisasi Anak, Kena Tahu 4 Sebab Kenapa Vitamin C Tablet Effervescent Wajib Ada Di Rumah.

KATEGORI PRA SEKOLAH

Pemenang Pertama

Duratul Ain Dzulhaimi & Dzul Arman Dzulhaimi

Wang Tunai RM5,000 & Hamper Champs bernilai RM500

 

Pemenang Kedua

Nur Lidiya Maisarah Zulkefli

Wang Tunai RM3,000 & Hamper Champs bernilai RM300

 

IKLAN

Pemenang Ketiga

Muhammad Izz Dzakwan Bin Mohamad Zamri

Wang Tunai RM1,000 & Hamper Champs bernilai RM100

Nak Tingkatkan Imunisasi Anak, Kena Tahu 4 Sebab Kenapa Vitamin C Tablet Effervescent Wajib Ada Di Rumah. Nak Tingkatkan Imunisasi Anak, Kena Tahu 4 Sebab Kenapa Vitamin C Tablet Effervescent Wajib Ada Di Rumah. Nak Tingkatkan Imunisasi Anak, Kena Tahu 4 Sebab Kenapa Vitamin C Tablet Effervescent Wajib Ada Di Rumah.

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

Pemenang Pertama

Meghan Yves Mitchell

Wang Tunai RM5,000 & Hamper Champs bernilai RM500

 

Pemenang Kedua

Muhaimin Afiq & Zulfirzan

Wang Tunai RM3,000 & Hamper Champs bernilai RM300

 

Pemenang Ketiga

Mohd Najmi & Aminah Najwa & Aminah Najiha

Wang Tunai RM1,000 & Hamper Champs bernilai RM100

Nak Tingkatkan Imunisasi Anak, Kena Tahu 4 Sebab Kenapa Vitamin C Tablet Effervescent Wajib Ada Di Rumah. Nak Tingkatkan Imunisasi Anak, Kena Tahu 4 Sebab Kenapa Vitamin C Tablet Effervescent Wajib Ada Di Rumah. Nak Tingkatkan Imunisasi Anak, Kena Tahu 4 Sebab Kenapa Vitamin C Tablet Effervescent Wajib Ada Di Rumah.

Tahniah kepada semua pemenang!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI