Walaupun merebus telur ini semudah ABC tapi bila tidak betul caranya, kulit telur susah hendak dikupas.
Itu yang kita lihat, ada yang terkopek-kopek dan terasa tidak menarik pula bila dihidangkan bersama menu nasi lemak, mee kari, laksa dan sebagainya untuk keluarga nikmati.
Jadi apa petuanya ye?
Buat yang tidak tahu, bolehlah cuba lakukan seperti Puan Waheeda Basiron. Menurutnya dengan memasukkan dua bahan ini ketika merebus telur, hasilnya telur bila dikupas akan nampak cantik sahaja, licin sempurna tanpa ada kesan bertobek.
Tips cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cele, mudah je ..
cara-cara :
1. CUCI TELUR
Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk dan tambah air. Tak perlu air mendidih baru nak masuk telur ye.
2. MASUKKAN 2 BAHAN
Masukkan sesudu garam + sesudu minyak masak.
3. REBUS
Rebus lebih kurang 10-15minit/ sehingga air menggelegak.
Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus kupas.
SIAP! Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Sumber : Waheeda Basiron via MAHN