Tentu ada antara kita pernah merasai betapa kecewanya bila menanam pokok namun setelah bertahun-tahun ditunggu, pokok yang ditanam masih tidak mengeluarkan hasil, bahkan terlihat tidak subur pula.
Begitu juga bagi yang mengimpikan laman yang menghijau. Lalu menanam pelbagai jenis tanaman untuk menyerikan laman rumah, tapi pokok bunga begitu ‘liat’ berbunga. Nampak togel sahaja dan semua ini boleh mematikan minat seseorang untuk terus bercucuk tanam.
Untuk itu, tahukah anda sebenarnya tanaman yang kita tanam selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri booster tanaman ini dengan langkah yang cukup mudah dan selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin. Jom semak.
Bahan-bahan:
Ads
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Cara buat :
Step 1 : Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Step 2 : Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Ads
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Step 3 : Kemudian spray lah sesuka hati pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu.
Ads
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya.
Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
Berkahwin bukan sahaja menyatukan dua hati atau dua cinta semata-mata namun banyak perkara perlu difahamkan kepada anak-anak kita tentang realiti alam perkahwinan. Orang hanya melihat yang indah-indah namu disetiap kehidupan itu pasti ada ujian dan asam garam yang harus ditempuh terutamanya dalam hidup berumah tangga.
Memahami lagi tentang itu, elok kiranya kongsikan penulisan Yus Azrad ini untuk membuka mata anak muda yang ingin berkahwin agar berpijak di bumi yang nyata. Tidak terus leka di alam fantasi.
Pesanan buat yang belum kahwin..
kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap-tiap malam, dating tiap-tiap hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama-sama, boleh pegang-pegang tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk ‘elak maksiat’ saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain-lain, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote ‘rezeki setelah nikah’ itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata… “cinta saja tak cukup”..
Moga Allah mudahkan perjalanan kami seterusnya….
Seperti mutiara kata yang indah begitulah luahan rasa syukur dan doa yang telah dititipkan oleh Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa ini buat meraikan ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Muhammad al-Ameen, 13 yang dikongsikan di akaun facebooknya baru-baru ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nyata membaca luahan hati daripada seorang ibu yang tinggi kemuliaan akhlaknya, kita turut tersentuh hati. Beliau selain menitipkan harapan dan doa yang terbaik untuk anak di hari lahir bahkan dengan rendah diri memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan dalam menyantuni anaknya itu. MasyaAllah!
7 Oktobr 2009….
Cahaya mata umi & abi, pengarang jantung , yang ditunggu-tunggu seluruh kakak dan abang iaitu anakanda umi abi : Muhammad al-Ameen lahir ke alam dunia ini.
Anak lelaki yang paling mirip jiwa umi dan perwatakan umi ( kata abi). Anak manja kami yang sangat memahami, yang berusaha keras untuk menggembirakan hati kami dengan usahanya utk menjadi Ahlul Quran, aamiin. Adik kesayangan kakak dan abang bahkan ipar, sepupu-sepupu.
Selamat ulangtahun kelahiran wahai anak kami.
Dalam perjalanan Jaulah Dakwah umi & abi ini, kami titipkan doa di hari lahir adik, agar Allah mencintaimu, merahmatimu, menyusun atur taqdir terbaik untukmu di dunia dan akhirat. Ya Allah, kami titip anak kami kepada Mu, dia hambaMu dan Engkaulah Penciptanya, bawalah dia mengenalMU, mencintaiMu, mensyukuriMu, rela berjuang dan berkorban demi agamaMU. Perindahkanlah budi pekertinya, fasihkanlah lidahnya, lunakkanlah suaranya, tajamkan akal fikirannya, kuatkan keyakinannya, lapangkan rezekinya, angkatlah darjatnya, limpahkan NUR dalam hidupnya.
Tidak sempurna ucapan ini kecuali umi dan abi memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan kami dalam menyantuni anugerah terindah yang Allah kurniakan untuk kami. Maafkan kami atas hak-hakmu yang ada kekurangan dalam kami menunaikannya. insya Allah tidak pernah berhenti keazaman di hati kami untuk menjadi ibu ayah yang lebih baik dan lebih baik dan lebih baik lagi untuk adik @muhd.alameen_ dan semua anak-anak kami.
Semoga Allah mengurniakan Sakinah , Mawaddah wa Rahmah untuk keluarga sederhana kita. Aamiin.
Selain ucapan yang cukup indah dikongsikan, ustazah juga turut berkongsi beberapa keping gambar beliau dengan anak lelakinya itu dan ianya berjaya menarik perhatian warganet.
“Memang mirip sangat-sangat ni Ustazah”-komen netizen
Meninjau diruangkan komen, selain pengikutnya turut mengucapkan selamat hari lahir kepada anakandanya, tidak kurang juga ramai yang tertumpu pada gambar yang memaparkan wajah dua beranak ini yang begitu seiras sekali.
“Subhanallah..sama iras…teringat ustaz ada sebut ttg sifat baik beliau…pandai bawa diri macam murid2 yg.lain di tahfiz..tak pernah guna jalan pintas ke tahfiz”
“Selamat Hari Lahir..moga senantiasa dlm rahmat dan perlindungan Allah snw”
“MasyaAllah…dah macam kembar. Sanah helwah buat anakanda tersayang kpd Ustazah dan Dr – Muhammad Al-Ameen, semoga menjadi anak yg soleh berbakti pada Agama serta ayahbonda aamiinn.”
“MasyaAllah mirib sekali..slmt ulang thn kelahiran adik smg mnjadi anak yg soleh cemerlang didunia dan diakhirat Amiinn ya robbal’alamin”
“Memang sebiji rupa ustazah”
“SELAMAT HARI LAHIR…SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT…”
“Masyaallah..sebijik muka ummi ni..klau d pkaikan tudung ni…sah2 la org ckp anak dara ummi ni..Sanah Helwah adik Al Ameen…semoga dpt ikut jejak abi ummi mnjadi Daei dan Murabbi Ummah yg hebat..semoga sntiasa dlm rahmat dan kasih syg Ilahi setiap masa..Ameen.”
Melihat kelibatnya di dalam kereta pasti menimbulkan rasa kurang senang. Semuanya gara-gara kotoran daripada sisa makanan, serdak biskut atau kek yang dimakan oleh anak anda di dalam kereta.
Keadaan sebegini memang tidak dapat dielakkan dan sudah tentu ia menarik perhatian makhluk yang tidak diundang iaitu lipas. Kalau sudah melihat kehadiran dalam kereta kena pantas mencari cara untuk menghapuskannya kerana binatang ini cukup cepat membiak. Sedari tak sedar dari seekor mungkin sudah ada satu koloni di dalam kereta anda.
Kalau cara semburan masih tidak berkesan untuk membasmi lipas, Jom cuba petua daripada seorang pengguna Facebook Cik Zati ini. Mana tahu boleh membantu mengatasi masalah anda.
Bahan-bahan
Bekas kosong
Minyak masak terpakai
Marjerin.
Susu pekat
Caranya:
1. Campurkan semua bahan ke dalam bekas kosong.
2. Letakkan di bahagian tempat letak kaki atau mana-mana ruang dalam kereta.
3. Tinggalkan semalaman dan lihatlah hasilnya keesokan harinya.
4. Susu dan marjerin akan menarik lipas datang sekali gus terperangkap dalam minyak.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.