Nak Tanam Sayur Dalam Pasu, Elok Cuba Bendi. Mudah, Tak Banyak Masalah & Kerap Berbuah!

Share
Memanfaatkan halaman rumah dengan berkebun atau bercucuk tanam akan dapat memberi kepuasan untuk seisi keluarga melakukan aktiviti tersebut bersama-sama. Bahkan jika tanaman mengeluarkan hasil, bertambah puas hati dan seronok rasanya. Jadi bolehlah hasil tanaman tersebut dimakan sendiri atau diberi pada jiran untuk berkongsi rezeki.
Memandangkan sekarang tidak sukar untuk mendapat biji benih pokok yang ingin ditanam. Jadi bolehlah sebelum membeli biji benih atau anak pokok semaian di nursery atau  kedai produk pertanian, pasar raya dan paling mudah melalui atas talian, ada baiknya anda memilih untuk mencuba menanam pokok bendi.
Ini kerana menurut perkongsian Mysarah Mk, menanam bendi amat mudah dan tidak banyak masalahnya walau pun ditanam di dalam pasu. Nak tahu lajut, ikuti perkongsian pengalaman menanam bendi olehnya.
POKOK BENDI KESAYANGAN SAYA SEKARANG.
Tips nak tanam bendi daripada pengalaman saya :
1. Pokok bendi tak cerewet sangat sebenarnya…yang penting kena pastikan siram selalu sebab jika panas, daun pokok ni mudah layu juga..tapi kalau layu no problem, siram je air pastu mesti segar balik daun dia.
Sy pernah juga tak siram sehari…hujan pun tak. Hari kedua/ketiga baru siram (lupa sebab bz kerja dalam rumah), tak pernahlah lagi mati setakat ni.
2. Perlu juga baja sekali – sekala supaya berbuah. Kadang-kadang saya baja 2 minggu sekali, kadang-kadang tu kalau sudah tak berbuah baru teringat hendak baja.
3. Racun serangga saya tak pernah sembur lagi sebab pokok bendi saya ni setakat ni Alhamdulillah tiada serangan haiwan perosak.
4. Jika pokok sudah meninggi sampai sudah tidak boleh petik buah, potong pucuk paling atas pastu tanam dalam pasu/tanah. Dapat 1 lagi pokok baru. Tapi pokok baru ni renek, buah dia pun comel sikit.
5. Daun bahagian bawah yang dah buruk tu kena buang, nanti tumbuh cabang (batang baru) lagi meriah buah.
Pokok-pokok saya ni pun dah berusia hampir setahun dan dah tak terhitung berapa biji dia berbuah. Hampir setiap hari ada buah sebab saya ada 7 pokok.
Pokok ni sesuai untuk beginner  dan orang yang sibuk sebab senang jaga, senang juga berbuah. Tengok-tengok sahaja sudah berbuah kan best! Yang tak nak tanam tomato
tu bolehlah tanam pokok bendi ni.
Sumber : Mysarah MK

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/

, baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club