Sebelum memulakan kerja dahulukan dengan dengan bismillah dan berdoa. Persanan ini begitu biasa kita dengar sejak kecil lagi. Ini kerana kita yakin, setiap usaha yang dilakukan jika disertakan doa akan memberikan ketenangan dan jika berhadapan dengan rintangan. Malah kuasa doa itu juga menjadikan kerja yang kita lakukan lebih bermakna.
Begitu juga halnya jika kita ingin melakukan aktiviti berkebun di laman rumah, ada baiknya diajarkan sekali doa ini kepada anak-anak agar mereka sedar kebergantungan kita kepada Allah walau apa sekali pun yang kita lakukan.
Jadi buat yang belum tahu doanya, di sini dikongsikan untuk pemahaman bersama. Jom semak.
Sebelah rumah ada sekangkang kera tanah. Tiba-tiba jadi mood rajin, maka bercucuk tanamlah sikit pokok tanaman.
Ayah saya dulu suka sangat berbudi pada tanah. Pantang ada tanah kosong, dia akan bercucuk tanam.
“Tanam pokok boleh makan ni, nanti pakat-pakat boleh makan.” Masih teringat pesanannya dulu.
Ads
Ini saya nak share satu amalan doa sebelum tanam pokok. Iaitu doa tanam pokok yang diajarkan oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh Sik.
Moga-moga tanaman yang kita tanam akan hidup subur dan mengeluarkan hasil yang barokah dengan izin Allah SWT. Baca 3 kali doanya sebelum tanam pokok:
سُبْحَانَ الوَارِثُ البَاعِثُ
“Maha Suci Allah yg Maha Mewariskan lagi Maha Membangkitkan.”
Ads
Begitu juga buat saudara Miezo Drjeruk turut berkongsi doa yang sama sering diamalkan setiap kali menanam pokok. Ini perkongsiannya
Ads
DOA TANAM POKOK
Jika pokok lambat berbuah, tak berbuah langsung dan yang lebih malang ada juga yang sudah padam, jangan salahkan sape-sape, kita tu yang tak baca doa masa tanam pokok. Ni doa bagi yang tak tahu, yang dah tahu kita geng.
Selawat 3x
-Bismilahhirohmanirohimm.-
…’Subhaanalwaarisu al baa isu’..
Ertinya:
Maha suci Allah yang maha mewariskan dan maha membangkitkan.
Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil yang lumayan.
Serangga perosak sering membuatkan pekebun pening kepala . Habis tanaman atau pokok bunga rosak.
Pelbagai petua dikongsikan bagi mengatasi masalah serangan serangga perosak. Menerusi page Berkebun D Rumah saudara Azmi Amin berkongsi petua mudah dengan menggunakan ubat gegat.
Telur burung ke?🤔.. bukanlah, ubat gegat..Ubat gegat?🤔 Ye, ubat gegat..Ubat gegat yang letak dalam almari baju atau tandas tu ke?🤔..ye lah, yang tu lah.
Kenapa letak dalam botol, pas tu gantung kat kebun pulak?🤔
Ceritanya macam ni, baru ni, saya ada posting article tentang asap bekas telur untuk halau serangga dalam group ni..So?🤔
Ada ramai yang komen dan share, tapi ada satu komen yang mencabar paradigma saya hingga teranjak untuk saya mencubanya.
Komen sahabat FB saya tu, katanya, ada kebun di Siam yg guna ubat gegat untuk halau serangga perosak tanaman, jadi tergerak hati dan fikiran saya untuk mengimplimentasikan nya di kebun saya.
Hakikat nya, ubat gegat itu dicipta untuk menghalau serangga di rumah, bermakna serangga di luar pun ia boleh halau juga la…logik kan?
Apa-apapun, saya kena cuba dulu dan kos nya tak mahal sangat, macam Opah saya selalu cakap..
Menerusi Instagram, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman banyak memuat naik kisah penghijrahannya selain kerja-kerja kemanusiaan bersama suami.
Biarpun dilahirkan dalam dulang emas, namun isteri kesayangan Noh Salleh , vokalis Kumpulan Hujan ini sangat low profile orangnya. Mengambil keputusan berhijab usai pulang dari mengerjakan haji, Mizz Nina dilihat terus istiqamah sehingga hari ini.
Namun, bukan itu yang ingin diperkatakan, sebaliknya satu perkongsian oleh Bakhtiar Fitri Abdul Hamid baru-baru ini ternyata cukup menyentuh hati. Menerusi perkongsian tersebut, saudara Bakhtiar melahirkan rasa kagum dan sebak usai menonton rancangan bual bicara yang diterbitkan oleh DOPS TV (Deen of Peace Studios) Sdn Bhd yang diasaskan oleh Mizz Nina bersama rakan kongsinya Zuhair Amdan dan Syahir Ismail.
Rancangan itu ditayangkan pada penghujung tahun 2017 dan mungkin ada yang tidak sedar bahawa pada episod ke 9, Mizz Nina teleh menjemput bapanya sendiri iaitu Tan Sri Azman Hashim sebagai tetamu.
Ntah camane boleh tengok pula channel astro 125 naura. Mizz nina show. Kul 2 pagi tengok padahal esok ada kuliah subuh. First time tengok. Yang special, mizz nina interview ayahnya sendiri, Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan Ambank.
Apa yang menarik, bagaimana humble seorang ayah yang sangat kaya dan berkedudukan apabila Noh hujan datang memberitahu ingin mengahwini anaknya. Walaupun Noh penyanyi dan penulis lagu, tapi beliau sangat menghormati Noh yang profesional dalam bidang yang berbeza dengannya.
Yang lebih terharu apabila beliau mengatakan, dia tak mampu nak buat apa yang Mizz Nina buat. Selepas berhijrah, Nina mengajak orang kepada kebaikan sedangkan dia tak mampu pun nak sebarkan kebaikan. Katanya, moga dengan apa yang Nina buat, moga Allah kurniakan jugak saham kebaikan untuknya di akhirat nanti sebagai ayah kepada Mizz Nina. Fuhh… Ngalir air mata bila dengar ayah cakap macam tu pada anak depan orang ramai.
Saya melihat inilah kekuatan Mizz Nina. Dia istiqomah dengan penghijrahannya kerana selepas sahaja dia berhijrah, dia terus berdakwah ajak orang buat kebaikan. Sudah tentu pendakwah perlu lebih baik daripada yang didakwah. Namun begitu ujian hijrah sangatlah besar.
Moga Mizz Nina terus istiqomah dan moga Tan Sri Azman diberi kesihatan serta bahagia dunia akhirat. Amiin…Tolong bagitau Mizz Nina, saya sangat impressive dengan kerja dakwah yang dia buat. Nak bekerjasama dengan dia ajak remaja2 plak berhijrah. Dah kronik sangat remaja kita ni.
Di dalam hidup ini Allah sayangkan kita, jadi apa yang berlaku kerana Allah sayang. Masing-masing punya ujian yang berat. Namun di sebalik semua itu, jawapannya hanya satu, kerana Allah sayang.
Demikian dengan apa yang berlaku kepada dua pasangan ini. Pernah terpalit kontroversi suatu ketika dahulu, namun aturan Allah tiada siapa boleh menduga. Kini mereka bersatu dan hidup dalam suasana harmoni.
Malah, dua buah keluarga ini juga cukup dikagumi akan hubungan baik antara mereka. Biarpun Norman Hakim dan Abby Abadi suatu ketika dahulu bergelar suami isteri dan kemudiannya berpisah. Lalu masing-masing bertemu dengan pasangan baru, namun hubungan mereka masih baik.
Tidak hairanlah banyak aktiviti dan program yang mereka lakukan bersama baik menonton wayang, menyambut kelahiran anak dan semalam keluarga besar ini telah bercuti bersama.
Ukhwah antara mereka sangat kukuh dan keharmonian hubungan cukup manis dan sejuk mata memandang.
Usah dikenang
Melihat keakraban Abby dan Memey bagaikan adik beradik, pastinya hubungan istimewa ini sungguh istimewa hubungan ini tanpa ada rasa prejudis kisah lalu. Gelak ketawa yang dipaparkan sudah jelas memaparkan hubungan mesra tanpa sempadan.
“Yang berlalu biarkan berlalu. Dah habis dah episod tu. Rasanya lama sangat dah berlalu. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Menuju masa depan depan yang lebih baik untuk kami dan anak-anak. Banyak perkara lain yang harus difikirkan daripada perasaan,” jelas Abby sambil ketawa.
Suami role model
Mengulas mengenai jalinan hubungan baik antara mereka, Memey Suhaiza mengakui mereka semua memainkan peranan masing-masing. Paling utama adalah demi kebaikan anak-anak.
“Semua yang berlaku ada hikmah dan dalam apa yang kami lakukan semuanya adalah demi pembesaran anak-anak memandangkan mereka masih kecil waktu itu. Saya sendiri memang dibesarkan dalam keluarga yang penuh penuh kasih sayang. Jadi, saya mahu perkara sama untuk anak-anak. Tak sangka ukhwah antara kami makin berkembang dan walaupun anak-anak sudah besar, hubungan kami makin erat. Semuanya berjalan lancar selain komunikasi antara kami juga baik.
“Yang kami titikberatkan adalah mahu bahagia sama-sama dan sebab itu kami sepakat. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini nikmat yang saya peroleh dan berpeluang berada di dalam keluarga yang banyak sangat kasih sayang.
“Saya tahu orang diluar sana tahu kisah kami dan ramai yang tanya macam mana boleh baik dan bahagia macam ni. Semua yang berlaku sudah ditentukan oleh Allah dan kerana itu, bila orang tanya macam mana kami boleh serapat seperti sekarang, saya tak tahu nak cakap macam mana.
“Saya masih ingat satu momen, ketika itu kami tidak sebaik ini, kak Abby jumpa dan dia cakap kalau sayangkan suami pakai tudung. Waktu itu kami jumpa, bersalaman dan kak Abby peluk saya. Waktu itu kami tak pernah bertegur dan membawa haluan masing-masing. Teguran itu memberi kesan kerana suami saya sendiri sebelum itu beri kelonggaran dan tak memaksa. Sementelah ketika itu saya hanya fikir soal nak berlakon.
“Selepas ingatan kak Abby itu dan tak sangka ia beri kesan. Ditambah pula dengan suami juga selalu beri tunjuk ajar dan jadi role model buat saya. Bila tengok suami selalu solat awal waktu, malah solat dhuha dan tahajud jadi amalannya yang tidak pernah tinggal. Daripada situ jadi contoh dan buat saya sangat bersyukur kerana ini satu rahmat yang cukup besar untuk diri saya,” Ujar Memey yang membuka biacara awal tentang hubungan baik antara mereka sekeluarga.
Setiap orang ada ujian berbeza-beza, jadi dalam situasinya, akui isteri kesayangan Norman Hakim ini, dia sangat bersyukur kerana Allah sangat baik dengannya.
“Kak Abby sangat baik dan saya tak tahu nak cakap macam mana. Anugerah ini cukup indah buat saya. Malah, anak-anak tiri saya, Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 pun baik sangat,”ungkap ibu kepada Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim, 3 bulan.
Aktiviti bersama
Ditanya mengenai aktiviti yang selalu dilakukan bersama, akui Memey itu antara rutin yang dilakukan jika berkelapangan.
“Kalau sibuk akan buat haluan sendiri. Tetapi kami selalu berkomunikasi dan berjumpa. Jika ada masa kami akan berkunjung ke rumah masing-masing. Biasa kalau berkumpul memang kami akan makan-makan atau berborak dan ada masa pergi bercuti bersama. Itu sudah menjadi rutin dan rancang untuk bercuti hujung tahun nanti selepas anak-anak cuti sekolah nanti.
“Yang paling teruja dan gembira pastinya anak-anak apabila tahu kami rancang macam-macam untuk percutian ini. Selain itu, saya dan Kak Abby selalu bantu antara satu sama lain terutama dalam hal anak,” jelas Memey yang mengakui rindu dunia lakonan dan bakal muncul dalam drama bersiri tidak lama lagi.
Sumber: Majalah Keluarga November 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...