Nak Tanam Pokok Orkid Kat Rumah, Ada Pantang Larangnya! Barulah Bunga Kekal Sihat & Tahan Lama

Share

Nak bercucuk tanam ni, tak semua orang bernasib baik. Ada yang setiap kali menanam, pasti tumbuhan hasilnya akan mengecewakan. Malah, ada juga yang setiap kali menyentuh tanaman, akan jadi hasil yang cantik dan sihat tumbuhannya.

Lebih-lebih lagi dalam penanaman pokok bunga, anda pasti tahu bahawa ia bukanlah satu proses yang mudah terutama melibatkan bunga yang memerlukan penjagaan rapi. Jika dijaga dan dirawat dengan baik, halaman rumah anda mungkin akan menjadi seperti ‘taman bunga’.

Salah satu, pokok orkid. Pun begitu, kadang kala timbul rasa menyesal apabila pokok orkid tersebut rosak atau mati. Sudah berhabis wang dan tenaga tetapi hasilnya tiada, sesiapa saja pasti akan merasa sedih.

Bagaimanapun, ramai tidak tahu bahawa sebenarnya ada beberapa ‘pantang larang’ bila menanam bunga orkid di rumah. Nak tahu apa pantangnya itu? jom semak di bawah!

1. Jangan terlalu dedahkan pada cahaya matahari

Orkid adalah tumbuhan yang ‘suka’ pada tempat yang teduh dan anda tidak sepatutnya membiarkannya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu banyak.

Jika ia terdedah kepada sinaran matahari yang terik pada musim panas, kemudaratan yang besar mungkin akan berlaku kepada bunga itu.

Penyelesaian mudah kepada masalah ini adalah dengan menanam orkid di ruangan yang teduh atau di dalam ‘rumah kaca’. Persekitaran teduhan mengurangkan haba yang berkaitan dengan cahaya matahari, bergantung kepada bahan yang digunakan.

2. Siram bunga dengan berpada-pada

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan apabila menanam orkid ialah penyiraman yang berlebihan. Untuk pengetahuan, orkid hanya memerlukan jumlah air yang sedikit untuk terus hidup dan membesar seperti orkid jenis phalaenopsis.

Apabila terlalu banyak air, ia berkemungkinan besar akan mengalami masalah seperti akar reput. Justeru, siram orkid anda dengan berpada-pada iaitu dalam ¼ cawan air.

3. Kelembapan tidak mencukupi

Ketahuilah bahawa hampir semua orkid memerlukan kelembapan yang tinggi. Ia ditentukan oleh berapa banyak lembapan yang berada dalam struktur bunga itu berbanding seberapa cepat ia hilang daripadanya.

Keadaan itu berlaku akibat daripada kekerapan dan jumlah penyiraman atau kabus serta aliran udara antara bahagian dalam dan luar.

Jika kelembapan tinggi dan suhu menurun, pemeluwapan akan terhasil dan ia seterusnya boleh menyebabkan kerosakan kepada bunga.

4. Haba, kelembapan, cahaya dan aliran udara yang tidak seimbang

Keseimbangan antara cahaya, haba dan kelembapan perlu dicapai untuk penanaman yang optimum. Apabila ia tidak seimbang, persekitaran untuk orkid memerlukan sedikit penambahbaikan.

Haba dan cahaya berkait rapat antara satu sama lain dan sebahagian besarnya dikawal oleh teduhan. Secara amnya, orkid adalah tumbuhan yang memerlukan cahaya dan perlu mendapatkan 12 hingga 14 jam cahaya setiap hari sepanjang tahun.

Sesetengah orkid seperti vandas dan cymbidiums pula memerlukan jumlah cahaya yang banyak agar ia berbunga.

Maka, haba kelembapan, cahaya dan aliran udara berkait rapat di antara satu sama lain. Untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik dalam pertumbuhan orkid, setiap daripada pokok itu perlu mencapai tahap tertentu supaya ia boleh seimbang untuk mewujudkan persekitaran pertumbuhan yang optimum.

5. Jangan tanam dalam bahan pasu yang salah

Menggunakan tanah untuk menanam orkid adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai. Tanpa disedari, ia boleh membunuh tumbuhan itu.

Bahan penanaman orkid tidak sama dengan bahan penanaman bagi tanaman yang lain.

Penggemar orkid yang sudah berpengalaman biasanya menggunakan pelbagai jenis bahan seperti spaghnum lumut, sabut kelapa dan styrofoam untuk menggantikan tanah pasu.

Sebagai contoh, orkid phalaenopsis tumbuh di atas pokok apabila ia berada di habitat semula jadi dan disebabkan itu ia tidak boleh ditanam di dalam tanah.

Medium pasu seperti kulit pokok, gabus atau serpihan kelapa yang membolehkan peredaran udara yang mencukupi di sekeliling akarnya sesuai dengan orkid phalaenopsis.

Sumber : Siakap keli