Nak bercucuk tanam ni, tak semua orang bernasib baik. Ada yang setiap kali menanam, pasti tumbuhan hasilnya akan mengecewakan. Malah, ada juga yang setiap kali menyentuh tanaman, akan jadi hasil yang cantik dan sihat tumbuhannya.
Lebih-lebih lagi dalam penanaman pokok bunga, anda pasti tahu bahawa ia bukanlah satu proses yang mudah terutama melibatkan bunga yang memerlukan penjagaan rapi. Jika dijaga dan dirawat dengan baik, halaman rumah anda mungkin akan menjadi seperti ‘taman bunga’.
Salah satu, pokok orkid. Pun begitu, kadang kala timbul rasa menyesal apabila pokok orkid tersebut rosak atau mati. Sudah berhabis wang dan tenaga tetapi hasilnya tiada, sesiapa saja pasti akan merasa sedih.
Bagaimanapun, ramai tidak tahu bahawa sebenarnya ada beberapa ‘pantang larang’ bila menanam bunga orkid di rumah. Nak tahu apa pantangnya itu? jom semak di bawah!
1. Jangan terlalu dedahkan pada cahaya matahari
Orkid adalah tumbuhan yang ‘suka’ pada tempat yang teduh dan anda tidak sepatutnya membiarkannya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu banyak.
Jika ia terdedah kepada sinaran matahari yang terik pada musim panas, kemudaratan yang besar mungkin akan berlaku kepada bunga itu.
Penyelesaian mudah kepada masalah ini adalah dengan menanam orkid di ruangan yang teduh atau di dalam ‘rumah kaca’. Persekitaran teduhan mengurangkan haba yang berkaitan dengan cahaya matahari, bergantung kepada bahan yang digunakan.
Ads
2. Siram bunga dengan berpada-pada
Salah satu kesilapan yang sering dilakukan apabila menanam orkid ialah penyiraman yang berlebihan. Untuk pengetahuan, orkid hanya memerlukan jumlah air yang sedikit untuk terus hidup dan membesar seperti orkid jenis phalaenopsis.
Apabila terlalu banyak air, ia berkemungkinan besar akan mengalami masalah seperti akar reput. Justeru, siram orkid anda dengan berpada-pada iaitu dalam ¼ cawan air.
3. Kelembapan tidak mencukupi
Ketahuilah bahawa hampir semua orkid memerlukan kelembapan yang tinggi. Ia ditentukan oleh berapa banyak lembapan yang berada dalam struktur bunga itu berbanding seberapa cepat ia hilang daripadanya.
Keadaan itu berlaku akibat daripada kekerapan dan jumlah penyiraman atau kabus serta aliran udara antara bahagian dalam dan luar.
Ads
Jika kelembapan tinggi dan suhu menurun, pemeluwapan akan terhasil dan ia seterusnya boleh menyebabkan kerosakan kepada bunga.
4. Haba, kelembapan, cahaya dan aliran udara yang tidak seimbang
Keseimbangan antara cahaya, haba dan kelembapan perlu dicapai untuk penanaman yang optimum. Apabila ia tidak seimbang, persekitaran untuk orkid memerlukan sedikit penambahbaikan.
Haba dan cahaya berkait rapat antara satu sama lain dan sebahagian besarnya dikawal oleh teduhan. Secara amnya, orkid adalah tumbuhan yang memerlukan cahaya dan perlu mendapatkan 12 hingga 14 jam cahaya setiap hari sepanjang tahun.
Sesetengah orkid seperti vandas dan cymbidiums pula memerlukan jumlah cahaya yang banyak agar ia berbunga.
Ads
Maka, haba kelembapan, cahaya dan aliran udara berkait rapat di antara satu sama lain. Untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik dalam pertumbuhan orkid, setiap daripada pokok itu perlu mencapai tahap tertentu supaya ia boleh seimbang untuk mewujudkan persekitaran pertumbuhan yang optimum.
5. Jangan tanam dalam bahan pasu yang salah
Menggunakan tanah untuk menanam orkid adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai. Tanpa disedari, ia boleh membunuh tumbuhan itu.
Bahan penanaman orkid tidak sama dengan bahan penanaman bagi tanaman yang lain.
Penggemar orkid yang sudah berpengalaman biasanya menggunakan pelbagai jenis bahan seperti spaghnum lumut, sabut kelapa dan styrofoam untuk menggantikan tanah pasu.
Sebagai contoh, orkid phalaenopsis tumbuh di atas pokok apabila ia berada di habitat semula jadi dan disebabkan itu ia tidak boleh ditanam di dalam tanah.
Medium pasu seperti kulit pokok, gabus atau serpihan kelapa yang membolehkan peredaran udara yang mencukupi di sekeliling akarnya sesuai dengan orkid phalaenopsis.
Sumber : Siakap keli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum ini kita biasa dengar antara perkara yang selalu merunsingkan hati pemilik kebun adalah gangguan haiwan perosak tanaman terutamanya monyet. Tapi sejak akhir-akhir ini, kehadiran monyet di kawasan rumah-rumah kampung juga tidak dinafikan memang ada.
Hal ini diakui turut membimbangkan dek kerana monyet yang berkeliaran boleh masuk ke dalam rumah dan dibimbangi boleh mencederakan kita sekeluarga.
Jadi apa cara terbaik untuk atasi masalah monyet ini?
Untuk itu apa kata anda buat seperti yang dilakukan oleh saudara Zainuddin Omar ini dengan memasang pagar elektrik.
Apa yang menarik perhatian melalui perkongsian di akaun facebooknya, kos pemasangan tidaklah mahal dan boleh dibuat secara DIY. Bahkan hasil daripada pemasangan pegar elektrik tersebut nyata berkesan dan kini tiada lagi terlihat monyet berkeliaran di kawasan rumahnya.
“2 bulan lepas saya dan brother-in-law pasang pagar letrik DIY di belakang rumah kampong untuk halang kera yang selalu bertandang. Semenjak itu mak kata belum pernah kera melawat rumah kerana banyak yang kena kejutan letrik,”tulisnya.
Modal untuk buat pagar letrik tak mahal:
12 volt energizer kuasa 1 joule – Rm180 beli di shopee.
Polywire 500 m – RM60 beli di shopee.
Stainless steel wire – RM50 beli di kedai hardware.
Paip pvc 1” – RM50
Sedikit fikrah otak – free.
Energizer 12v mengeluarkan pulse 10,000 volt yang disalurkan melalui polywire dan kejutan terjadi apabila kera pegang polywire dan stainless steel wire earthing.
Dia hanya terkejut beruk, terasa sakit tercampak dan melarikan diri kerana kejutan 10,000 volt.
Saya sendiri test system dengan memegang pagar letrik dan dapat renjatan tapi taklah sakit.
Pagar letrik ini perlu maintenance iaitu memastikan tiada dahan pokok atau pokok menular terkena wire yang menjatuhkan voltage sistem.
Menunaikan umrah bersama keluarga pastinya memberi satu pengalaman yang indah sebagai tetamu Allah. Tidak dinafikan juga ziarah di kota Mekah dan Madinah ini akan mendatangkan keinsafan apatah lagi bila mengenangkan tentang bagaimana perjuangan Nabi Muhammad Kekasih Allah dalam menyampaikan ajaran Islam.
Ini juga yang dikongsikan oleh salah seorang tetamu Allah saat mendaki menuju ke Gua Hira', iaitu pendakian ke puncak wahyu pertama.
Jom kita hayati perkongsian ini.
Perkongsian ringkas pendakian ke puncak wahyu pertama diturunkan (Gua Hira')
Baru 5 minit Kami mendaki dah berhenti rehat minum air..namun sejarah kehebatan luar biasa wanita digelar ummul mukminin Saidatina Khadijah yang berulang alik 2 kali sehari mendaki ke puncak gua hira' menghantar bekalan makanan kepada suami tercinta kekasih Allah baginda Rasulullah…sangat teruja buat kami..
Kami berdua mula mendaki jam 4 petang…lebih kurang sejam nak masuk waktu maghrib di bumi mekah…biasanya kalau mendaki tembok besar cina…akan bertemu dengan 8 check point untuk bergambar ..tetapi berbeza keadaan bila mendaki gua hira'..Kita akan bertemu check point "baiya" atau "cha cha"(pakcik warga Pakistan) yang minta kita infaq sekurang2 nya 1 riyal untuk diorang membina tangga simen bagi kesenangan kepada jemaah lain untuk sampai ke puncak
Mujurlah founder Nurzief Travel agak fasih berbahasa Urdu walaupun katanya tora2(sikit2)… minat sangat movie Hindustan..dan ramai kawan warga Pakistan Di msia..asyik layan budak2 Pakistan sepanjang pendakian.
Kanak2 warga Pakistan ramai yang minta dibantu melalui jualan air mineral sebotol 1riyal…sangat mencuit Hati walaupun tercabar tengok diorang selamba mendaki tak reti penat..
Sepanjang pendakian dan setiap check point…akan disapa oleh cha cha(pakcik) "assalamualaikum Haji!!!…Malaysia Boleh!!!…beri semangat dan bertujuan minta diri kita menderma disetiap check point… tak kisah walaupun duit ringgit msia…dia terima..sebabnya kerana mereka akan kumpul rm1 tu sehingga 100 keping…nanti mana2 jemaah dari malaysia datang diaorang akan mintak tukar 100 keping rm1 tadi kepada 2 keping rm50…diorang suka sangat..
Alhamdulillah sejam lebih jugak pendakian.. kami selamat sampai ke puncak wahyu pertama diturunkan.. masa tu perasan suka campur hiba…hebatnya baginda Rasulullah s.a.w…
Bila sampai ke puncak..untuk masuk ke gua hira'..Kita perlu turun tangga yang curam sebelum masuk ke lubang gua yang sempit dan gelap sebelum terus beratur ambil q untuk ke tempat baginda menerima wahyu pertama…tempat ibadah dan tempat baginda menyendiri…ruangnya lebih kurang bleh letak 2 sejadah…
Dari puncak gua hira'…Kita dapat melihat bumi mekah yang indah dan juga clock tower yang berhampiran Masjidil Haram..
Boleh dikatakan fesyen selendang dan tudung dipasaran terlalu banyak dan cantik-cantik semuanya. Kalau boleh, semua jenama kita hendak miliki untuk dijadikan koleksi dalam bergaya.
Jadi bukan sesuatu yang pelik, kalau hendak dikira jumlah tudung yang sedia ada, memang banyak hingga cecah ratusan helaian. Senang cakap kalau disimpan dalam almari pakaian memang tidak muat malah sukar pula untuk dicapai.
Untuk itu, apa kata anda jadikan inspirasi rekaan almari tudung yang dikongsikan oleh seorang suami ini untuk isterinya yang tercinta. Mohd Khairizan Reduan mengilhamkan almari tersebut untuk memudahkan isteri menyimpan koleksi hijab secara lebih tersusun dan teratur dengan menggunakan bahan dari kayu pine dan OSB board.
Jadi tungu apa lagi, jom kita lihat langkah demi langkah yang dikongsikannya di salah satu group facebook berkaitan pertukangan.
DIY ALMARI TUDUNG
Langkah 1 : Saya buat almari dengan ukuran panjang 30″ x lebar 12″ / 1 kaki x tinggi 72″ / 6kaki. Dan board ini telah siap dipotong. Harga sekeping adalah RM70 berukuran 4ft x 8ft.
Langkah 2 : Catkan setiap kepingan board terlebih dahulu untuk kemasan yang lebih sempurna.
Langkah 3: Letakkan kayu untuk membentuk frame pada bahagian pintu untuk memberi design. Kemudian sapukan dengan cat varnish (clear gloss) jenama Nippon Paint Floor Dressing agar nampak lebih menarik dan berkilat.
Langkah 4 : Lakukan pemasangan kerangka badan almari, kemudian pasangkan pintu dan pasangkan juga roda di bahagian bawah almari untuk memudahkan dialih di masa akan datang.
Ikatkan juga badan almari ke dinding dengan menggunakan L bracket untuk langkah keselamatan.
Langkah 5 : Tebukkan lubang pada dua bahagian kayu dengan ukuran yang sama untuk dijadikan penyangkut kayu rod.
Langkah 6 : Pemasangan rod dengan kemas di dalam almari. Buat beberapa lapisan mengikut kreativiti.
Inilah hasilnya, walau nampak ringkas pastinya sudah cukup bermakna bagi wanita yang ada pelbagai koleksi selendang. Semuanya nampak kemas tersusun dan mudahlah untuk dicapai.
Mak ayah jangan ajar anak minta duit raya walaupun anggap gurauan. Sudah menjadi kebiasaan ketika menjelang Hari Raya, selepas sesi kunjung-mengunjung dan bermaafan, kanak-kanak akan menerima duit raya sebagai tanda keceriaan menyambut bulan yang mulia ini.