Jika mahu pelbagai jenis tanaman jenis berbuah ditanam di tepi rumah, walau tiada ruang tanah yang luas hakikatnya kita juga boleh berucuk tanam dengan menggunakan pasu.
Umpamanya menanam nanas sepertimana yang dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah ini.
Menariknya bukan sahaja berkongsi ilmu tentang tip menanam nanas di dalam pasu, malah tidak lokek berkongsi ilmu tentang cara menyemai nanas menggunakan jambulnya.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
“3 Step Mudah Tanam Jambul Nanas MD2 Dalam Pasu”
Pagi tadi saya tanam la jambul nanas MD2 yang buahnya kami dah makan semalam.
Tanam dalam pasu je. Caranya sangat sangat senang. Tak sampai 2 minit dah siap tanam.
Sahabat boleh klik gambar 1-1 ya untuk lihat 3 step yang sangat mudah ni.
Ini jambul yang buahnya saya dah selamat makan semalam. Jambulnya agak besar dan cantik. Sesuai sangat ditanam terus.
Langkah 1 : Potong di bahagian bawah jambul hingga nampak mata akar. Lepas tu buang sedikit daun di bahagian pangkal jambul. Proses ini sangat penting untuk cepatkan jambul yang kita tanam ini keluar akar.
Langkah 2 : Gemburkan tanah dalam pasu. Jika guna pasu yang baru, masukkan tanah campuran dalam pasu. Boleh guna nisbah 1 tanah 2 pasir dan 2 organik.
Langkah 3 : Cucuk je jambul tadi di tengah-tengah pasu. Tahap ke dalamannya lebih kurang 1/4 tinggi jambul.
Lepas tanam tak perlu siram. Memadai air hujan dan air embun sahaja, jika tidak ada hujan dalam masa 3 minggu lepas tanam, siramlah sikit. Lebih kurang 1 liter.
Lepas 3 minggu tanam, insyaAllah jambul ini akan mengeluarkan akar.
Bila dah usia 45 hari, baru kita start membaja ye.
* Targetnnya nak buat 10 bulan dah berbuah dan berat buah 2 kg.
Sumber : Sahabat Kebun Anda