Jika mahu pelbagai jenis tanaman jenis berbuah ditanam di tepi rumah, walau tiada ruang tanah yang luas hakikatnya kita juga boleh berucuk tanam dengan menggunakan pasu.
Umpamanya menanam nanas sepertimana yang dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah ini.
Menariknya bukan sahaja berkongsi ilmu tentang tip menanam nanas di dalam pasu, malah tidak lokek berkongsi ilmu tentang cara menyemai nanas menggunakan jambulnya.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
“3 Step Mudah Tanam Jambul Nanas MD2 Dalam Pasu”
Pagi tadi saya tanam la jambul nanas MD2 yang buahnya kami dah makan semalam.
Tanam dalam pasu je. Caranya sangat sangat senang. Tak sampai 2 minit dah siap tanam.
Ads
Sahabat boleh klik gambar 1-1 ya untuk lihat 3 step yang sangat mudah ni.
Ini jambul yang buahnya saya dah selamat makan semalam. Jambulnya agak besar dan cantik. Sesuai sangat ditanam terus.
Ads
Langkah 1 : Potong di bahagian bawah jambul hingga nampak mata akar. Lepas tu buang sedikit daun di bahagian pangkal jambul. Proses ini sangat penting untuk cepatkan jambul yang kita tanam ini keluar akar.
Langkah 2 : Gemburkan tanah dalam pasu. Jika guna pasu yang baru, masukkan tanah campuran dalam pasu. Boleh guna nisbah 1 tanah 2 pasir dan 2 organik.
Ads
Langkah 3 : Cucuk je jambul tadi di tengah-tengah pasu. Tahap ke dalamannya lebih kurang 1/4 tinggi jambul.
Lepas tanam tak perlu siram. Memadai air hujan dan air embun sahaja, jika tidak ada hujan dalam masa 3 minggu lepas tanam, siramlah sikit. Lebih kurang 1 liter.
Lepas 3 minggu tanam, insyaAllah jambul ini akan mengeluarkan akar.
Bila dah usia 45 hari, baru kita start membaja ye.
* Targetnnya nak buat 10 bulan dah berbuah dan berat buah 2 kg.
Bila terjadi tanah pusaka yang terbiar bertahun-tahun di kampung tentu ada yang terjadi berkemungkinan ada yang mengambil kesempatan menganggap tanah tersebut tiada pemiliknya.
Apatah lagi bila tanah tersebut terbiar semak, tentu ada sahaja yang cuba menceroboh masuk ke tanah tersebut dan buat seperti tanah miliknya sendiri. Mungkin ada yang jadikan sebagai tapak untuk bercucuk tanam, berladang, menternak haiwan dan sebagainya.
Menyedari hal ini, tentu sahaja bila kita sekali sekala balik ke kampung berasa marah melihat tanah pusaka diceroboh begitu sahaja. Jadi apa tindakan wajar yang perlu diambil?
Menjawab persoalan ini, ada baiknya kita memahami perkongsian daripada peguam hartanah, Syazwan Mohd Jafri ini.
ADA SQUATTERS PULAK KAT TANAH AKU NI SUKA HATI JEE BUAT HARTA SENDIRI CAMNE NAK HALAU NI…
(Ketahui jalan penyelesaiannya)
Bayangkan situasi ini. Tanah/rumah/hartanah pusaka atau kita sendiri punya di kampung, bila kita balik untuk jenguk, nampak ada penghuni tanpa izin, menetap secara haram. Paling teruk, dah buat macam harta sendiri bina rumah seluas boleh dan korek tanah sini sana.
Jadi apa tindakan yang kita boleh ambil sebagai pemilik hartanah tersebut? Sharing agak ringkas hari ini jadi mari kita mulakan.
PENCEROBOH ATAU “SQUATTERS”.
Squatters di bawah undang-undang boleh diertikan sebagai Individu yang menetap di tanah orang lain tanpa kebenaran dan secara haram. Mereka juga tiada bayar apa-apa pada pemilik hartanah.
APA TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PEMILIK HARTANAH?
Di bawah Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Pemilik hartanah boleh mendapatkan Perintah milikan hartanah kembali dengan memfailkan Saman Pemula ke mahkamah tinggi. Kiranya, dengan Perintah ni, squatters akan boleh kena evicted(dihalau) tanpa rasa takut lagi dah.
ATURAN 89 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012.
Kelebihan memfailkan Saman Pemula di bawah aturan ini adalah, pemilik hartanah tidak perlu mengenali atau mempunyai butiran pengenalan tentang squatters itu sendiri – tidak seperti saman sivil yang lain-lain.
Aturan 89 ini kiranya “memahami kesusahan” pemilik hartanah dan cukup sekadar menunjukkan dia adalah pemilik hartanah, dan tanah sememangnya diduduki oleh squatters. Di samping itu juga, Saman pemula ini boleh dikira cepat, ringkas dan menjimatkan masa.
Dalam Saman Pemula ini juga kita akan masukkan perintah untuk menggunakan kekerasan yang munasabah dengan bantuan pihak berkuasa, serta melupuskan barangan Squatters tanpa sebarang implikasi semula kepada kita..
INFO TAMBAHAN
Saman Pemula ini tak terpakai untuk kes-kes yang mana penyewa tidak membayar sewa tapi masih menduduki rumah. Kes sebegitu adalah berbeza dan saya pernah share sebelum ini..
Akhir kata, tujuan sharing kali ni bukan untuk menjadi tidak berperikemanusiaan tapi sekadar berkongsi hak pemilik hartanah ini semua.
Orang kata naluri seorang ibu ni memang tak boleh dibuat main. Sebarang masalah atau perkara buruk yang nak berlaku pada anak, pasti hati ibu dapat merasainya. Mungkin kerana masa ibu dengan anak lebih dibandingkan dengan ayah. Begitu pun, ada juga ayah yang jenis peka pada apa yang berlaku pada anaknya.
Tak dinafikan, cara dan pendekatan seorang suami dan isteri berbeza. Bukan sekadar pada fizikal, tetapi juga dari pelbagai perkara termasuk cara mereka makan, cara mereka berpakaian, cara mereka bercakap, cara mereka ketawa, cara mereka menguruskan stres, dan macam-macam lagi.
Dalam masa yang sama, dalam bab membesarkan anak-anak, naluri si ibu adalah lebih kepada melindungi. Sebab tu, ibu mudah risau, berhati-hati dan kurang mendedahkan anak kepada risiko. Berbanding ayah yang kebiasaannya mahu anak mereka menjadi lebih berani.
Sebab tu ada yang mengatakan perkataan yang keluar dari mulut ibu ibarat satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku. Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais apabila isterinya mengesan luka pada anak mereka sedangkan dia yang menjaga dari pagi hingga ke malam tidak perasan akan hal tersebut.
Sekecil apa pun yang berlaku kat anak, Isteri mesti orang pertama yang akan perasan.
Suami selalu yang terakhir…
Semalam tangan aisy tersepit dalam ruangan penapis mesin pengering baju. Kecil je ruangan tu, boleh pula masuk tangan lepas keluar tak lepas. Aduh!
Cuba punya cuba akhirnya boleh juga keluar tangan motel dia tu. Menangis juga la masa tangan tersepit tu tapi bila dah dapat lepas dia ok main macam biasa.
Kita pun tak rasa apa-apa la. Tak nampak pun ada luka.
Dari semalam, saya yang jaga aisy sendiri. Dari pagi sampai malam saya yang mandikan, tidurkan tak nampak langsung ada luka ni.
Kalau nak di kira aktiviti dari semalam sudah 4 kali saya mandikan, 4 kali juga saya pakaikan baju, 2 kali saya tidurkan, jumlah keseluruhan 10 kali saya duk belek tangan dia tapi tak sekali pun perasan 3 kesan luka ni.
Isteri baru sekali pagi ni tidurkan aisy dah nampak,
” Bang kenapa tangan aisy ni luka? “
Mulanya tak ingat, lama kelamaan baru teringat,
” Oh ni mungkin kesan tangan tersepit dalam mesin pengering baju “
Macam mana isteri boleh nampak dulu sedang dari semalam kita yang urus anak.
Tak puas hati, saya pun tanya isteri.
” Macam mana boleh nampak luka tu? “
Isteri pun menjawab,
” Ntah tergerak nak tengok “
Menakjubkan! Hebatnya naluri seorang ibu.. inilah bukti kehebatan yang ada pada ibu dan tak ada pada seorang ayah.
Tak semena-mena sedang sedap makan hati boleh tergerak pula nak tengok tangan anak.
Tak semena-mena minda boleh beri arahan pada mata untuk tengok tangan bukan kaki.
Tak semena-mena emosi boleh terjentik untuk rasa risau akan keselamatan anak.
Betullah apa yang orang kata.
Perkataan yang keluar dari mulut ibu ini adalah satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku.
Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Oleh itu, bagaimana kita hormat dan dengar cakap pada ibu kita begitu juga kita kena didik anak-anak supaya hormat dan dengar pada ibu mereka.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Jadi anak yang baik maka mudah jadi suami dan ayah yang baik.
Tidak lama lagi kita akan berpuasa dan selepas itu, insyaAllah akan beraya. Jadi bolehlah kita panas-panaskan oven yang telah lama tidak digunakan itu dengan menyediakan menu biskut conflake nestum yang mudah dan enak dimakan.
Ini resipinya dan selamat mencuba.
Biskut paling simple dan sedap, tak dapat banyak pun sebab baru keluar oven 2 hero dah amik seorang dekat 3 keping, resepi dekat bawah ya saya share resepi biskut nya, saya panggil biskut conflakes nestum or biskut diet, sebab kalau lapar makan biskut ini jadi kenyang.
Bahan-bahan
conflakes 300g (beli dekat bakery je, kalau nak guna yang kotak pun boleh terpulang)
1 peket nestum 500g
6 sudu makan madu
250g @1 cawan majerin cap pelangai (nak guna butter cup ke apa tak kisah)
1/4 cawan gula aising (kalau suka manis boleh tambah, ini sebab mak dan abah nak makan manis kena kurangkan..hihi)
Cara2
1. Ramas conflakes sehigga hancur… (manja2 je)selepas itu masukkan nestum…
2. Gaul madu, gula n majerin sehingga sebati(guna senduk je)
3. Masukkan majerin, madu dan gula yang dah sebati ke dlm conflakes n nestum td
4. Gaul sehigga kelihatan melekat dan basah-basah sikit.
5. Masukkan ke dalam acuan mini muffin..dan Padatkan dengan cawan
6. Bakar pada suhu 200°c selama 10minit.. Bergantung pada oven masing-masing,” (panaskan oven selama 10 minit sebelum tu ye)
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...