
Sawi, cili dan bendi antara tanaman yang mengunakan biji benih. Selalunya kita akan terus tabur je biji benih ke tanah. Namun cara ini hasilnya ada yang menjadi dan sebaliknya.
Nak tahu cara yang betul untuk memilih biji benih yang berkualiti, ikuti cara puan Liyana Mohd Poad menerusi Berkebun Untuk Beginner.
Jom ikuti perkongsiannya.
Tips memilih biji benih yang berkualiti.


Sumber: Liyana Mohd PoadBerkebun Untuk Beginner
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bapa Mentua Contoh! Yusuf Haslam Tak Henti Bagi Semangat Untuk Menantu

Setiap orang mengimpikan untuk peroleh mentua yang baik, memahami dan penyayang. Tidak terkecuali, pelakon Puteri Sarah Liyana merupakan salah satu individu terpilih untuk mendapatkan mentua yang prihatin dengan dirinya dan anak-anak.
Meskipun dilanda kemelut rumahtangga bersama suaminya yang juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, mentuanya sentiasa menyokong penuh di belakangnya.
Baru-baru ini, Puteri Sarah mendedahkan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam tidak pernah lupa untuk menghantar mesej dukungan dan semangat padanya setiap minggu.
Kata Puteri Sarah, 36, itu adalah salah satu kekuatan buat dirinya untuk tidak cepat mengalah dalam meneruskan kehidupan.
“Setiap minggu mesti dapat WhatsApp semangat daripada bapa mentua saya.
“Ini adalah salah satu perkara yang menjadi pembakar semangat Sarah untuk tidak pernah berputus asa dalam kehidupan.” katanya.
Dalam hantaran di Instagram Stories, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Yusof Haslam.
Puteri Sarah juga sempat memberitahu yang dia menerima tawaran berlakon daripada sebuah stesen televisyen dan perlu ‘outstastion’ ke New Zealand selama sebulan pada November ini.
Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah dan penerbit tersohor menegaskan dia dan isteri, Datin Fatimah Ismail serta keluarga akan sentiasa berada di sisi Puteri Sarah dan anak-anak.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah dilsebabkan kehadiran Ira Kazar.
Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber : Instagram Puteri Sarah
“Ia Nombor Kegemaran & Simbolik Tempoh Percintaan Kami.” Terima Wang Hantaran RM77,777.77, Farah Nabilah Sah Bergelar Isteri

Tujuh tahun menjalin cinta, akhirnya pasangan sama cantik sama padan ini disatukan dalam satu majlis sederhana tapi meriah. Dengan sekali lafaz, Pelakon Titian Cinta, Farah Nabilah kini sah bergelar isteri kepada juruterbang Mohammed Amirul Yunus, kira-kira jam 9.04 malam semalam.
**media[100928]**
Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1000, tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama dan wang hantaran bernilai RM77,777.77.
**media[100926]**
Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling,
Terdahulu pada majlis sama, pasangan ini turut melangsungkan pertunangan.
“Alhamdulillah permulaan fasa dan tanggungjawab baru untuk saya dan suami. Moga semuanya dapat dipermudahkan.
“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran. Tak sangka, nombor tujuh itu juga simbolik tempoh percintaan kami,” kata Farah usai selesai majlis nikah.
**media[100929]**
Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31berkata sepanjang tempoh bercinta, suami cekal dalam usaha memenangi hatinya.
“Hubungan saya dan Amirul sebenarnya dijalin secara jarak jauh kerana komitmen kerjaya. Saya sibuk dengan komitmen seni, manakala dia pula memenuhi tuntutan tugasnya sebagai juruterbang termasuk yang memerlukan dia selalu berada di luar negara.
“Maka, apa yang boleh mengikatkan kami untuk terus yakin dan setia pada hubungan percintaan dibina adalah kepercayaan antara satu sama lain.
“Satu perkara yang menyenangkan saya ialah sikapnya yang pandai mengambil hati,” katanya.
**media[100927]**
Pasangan itu bakal diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin perempuan pada 21 Disember, disusuli 28 Disember untuk sebelah pengantin lelaki. Mereka juga bakal diraikan dalam satu lagi majlis pada 5 Januari depan.
Pasangan ini juga menjadi artis pertama yang kisah perkahwinan mereka dipaparkan di portal Mahligai Cinta.
Sumber: Berita Harian & farahnabilahofficial
“Jadi Mata & Telinga Untuk Anak-Anak.” Kahwin Waktu Belajar, Isteri Tulang Belakang PU Amin Dalam Bina Keluarga!

Namanya meniti di bibir masyarakat dek caranya berdakwah lebih moden dan terbuka terutama dalam menangani isu sosial di kalangan masyarakat . Pencetus Ummah ( PU) Mohammad Amirul Amin Maula LokmanHakim.
Jujur mengakui sangat sibuk dengan aktiviti dakwahnya menyebabkan masanya agak terhad dengan anak-anak. Begitu pun, PU Amin bijak ‘mencuri’ masa supaya anak-anak dan isteri tidak terabai.
“Biasanya saya memang sangat menitikberatkan disiplin masa pada anak-anak. Awal pagi saya akan peruntukkan bersama anak-anak.
“Ada masa kami makan depan televisyen ramai-ramai sambil tengok kartun atau sebagainya, ada masa makan di meja. Tetapi satu yang saya amalkan adalah terapkan pada anak-anak, dahulukan orang tua untuk mengambil makanan dengan pelawa ibu bapa terlebih dahulu.
“Itu yang dipraktikan oleh ibu bapa saya dulu dan kini diturunkan pula pada anak-anak saya. itu cara kita mendahulukan orang lain.
“Kebiasaannya jika ada perkara yang mereka buat saya marah, saya akan denda mereka. manakala jika mereka berbuat baik saya akan bagi ganjaran dengan memberikan bintang.
“Selepas itu, saya berikan hadiah supaya ada sifat bersaing untuk membuat baik dan disiplin selain mereka rasa pendidikan itu saya benda yang membebankan,”jelas PU Amin sambil memberitahu peranan isteri sangat besar dalam mendidik anak selain ibu bapa yang menjadi mata dan telinga untuk anak-anaknya.
Mengakui pernah meninggalkan isteri dan anak-anak 2-3 bulan sewaktu melakukan penggambaran program, dia cukup berterima kasih dan bersyukur dengan peranan yang dimainkan oleh isterinya sewaktu ketiadaannya.
“Pernah dulu saya terbabit dengan penggambaran berbulan-bulan sehinggakan anak yang kedua dari kecil sudah besar, tetapi mereka berada dalam keadaan yang baik berkat asuhan isteri.
“Walaupun isteri sibuk dengan kerja, tetapi dia masih boleh memainkan peranan yang besar dan boleh dikatakan mampu menguruskan anak-anak.
“Walaupun bebanan kerja dan tanggung jawab yang besar, tapi anak-anak berada dalam kawalan dan jagaan yang baik. Dalam keluarga isteri juga bantu menjadi tulang belakang dalam membina anak-anak.
“Sesebuah keluarga tidak akan dibina dengan baik jika suami isteri tidak saling memainkan peranan masing-masing,” tegas PU Amin lagi sambil memberitahu dia dan isterinya berkahwin dalam usia yang masih muda dan ketika itu sedang menuntut di universiti.
Beliau yang bertemu jodoh ketika masih belajar mengakui berkahwin pada tahun 2012 dalam tahun kedua di Universiti Al-Azhar.
“Kami dikurniakan anak sulung ketika saya berada di tahun 4 dan menariknya sewaktu mengambil keputusan untuk berkahwin, keluarga tidak bersetuju.
“Mereka bimbang pengajian kami terabai sementelah waktu itu belum ada yang berkahwin ketika belajar. Jadi, kami buat satu janji akan dapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian. Kebetulan kami memperoleh biasiswa dari pihak zakat Selangor.
“Selepas berkahwin, kami tinggal dan belajar bersama-sama sehingga dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Itu menjadi motivasi kepada pelajar lain yang ingin mendirikan rumah tangga. Untuk pasangan lain, elakkan dari menggunakan alasan berkahwin kerana mahu menghalalkan pergaulan, seks dan sebagainya.
“Sebaliknya kenal pasti terlebih dahulu pasangan sebelum serius. Kena ada ilmu rumah tangga, disiplin diri, dan sahsiah diperelok terlebih dahulu. Bila kahwin wajib keluar nafkah. Justeru kena ada wang dan simpanan dan tidak menganiayai isteri mahupun keluarga kita.
“Itu benda yang wajib iaitu ilmu dan kewangan yang kukuh. Kena usaha untuk naik taraf kehidupan dengan memberi kesempurnaan dan kelengkapan yang membawa kita dekat dengan Allah. Jika kaya dan berjaya itu boleh dekatkan kita dengan Allah, maka kena berusaha ke arah tersebut.
“Jangan guna alasan elak maksiat sedangkan nafkah tidak diberi dan tidak pandai melayan pasangan dengan baik. Bebanan yang perlu ditanggung bukan sekadar menanggung masalah sebaliknya dia perlu menanggung ilmu yang banyak sebelum menanggung manusia.
Sumber: majalah Keluarga & PU Amin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club