Nak Tanam Daun Sup Guna Anak Pokok Atau Benih, Boleh Je & Mudah Hidup!

Share

Masih ada lagi ke yang belum berjaya menanam pokok daun sup di dalam pasu walau berkali-kali mencubanya?

Usah putus asa, apa kata anda cuba serentak 3 teknik yang dikongsikan oleh Nina Diana ini. Menurutnya, ada cara dan teknik yang boleh digunakan ketika menanam pokok daun sup sama ada menggunakan keratan batang, anak pokok mahu pun biji benih.

Ini perkongsiannya.

“Selain ketumbar saya juga cuba tanam daun sup dengan 3 cara”

1. Keratan batang & akar
2. Anak pokok
3. Benih.

Alhamdulillah berjaya.

Yang ini tanam dari keratan batang. Dari bulan April sampai ke hari ni pokok hidup
subur.

Tanam datam botol susu yang dipotong 2. Letak span di muncung botol untuk serap air. Pakai sedikit sahaja tanah/peatmoss utk cover akar. Air pula saya pakai baja AB.

Yang ini beli anak pokok di nursery. RM13
sepasu kecik.

Balik saya tukar ke pasu nutripot. (Pasu ni beli di shopee RM5 je sbb kategori reject colour)

Menggemuk bagai johan.Baja AB di bawah. Topup bila dh berkurang.

Subur dan tak perlu siram dari atas. Hanya sesekali spray cuka kayu.

Yg ini dari benih. Ambil masa sebulan untuk
sebesar ini.

Saya cadang akan pindahkan ke nutripot
juga. Senang jaga.

Sumber : Nina Diana 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Baca juga artikel ini : Tanam Pudina Mudah Sangat Nak Pastikan Pokok Makin Subur, Ada-Caranya.

Baca  juga artikel ini:

Tanam Asparagus, Memang Boleh Sangat Di Tepi Rumah. Begini Caranya.