Kalau boleh ruang yang ada di tepi rumah ingin sahaja kita manfaatkan untuk dibuat sesuatu di atasnya. Jika tidak dijadikan ruang istirehat untuk duduk santai seisi keluarga, biasanya mesti digunakan untuk bercucuk tanam. Umpamanya menanam sepokok dua betik. Membayangkan hasilnya nanti, dapat juga dinikmati seisi keluarga.
Pun begitu, tahukah anda buah betik mempunyai pelbagai jenis dan untuk itu bolehlah dicuba menanam jenis yang satu ini. Buahya manis dan pokoknya pula rendah.
Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian ini.
Tip tanam : BETIK SEKAKI MANIS HONGKONG
Buah betik berbentuk lonjong (buah hermafrodit) dan bulat (buah betina).Buah hermafrodit mempunyai rasa yang lebih sedap.
Penyediaan biji benih
Biji benih boleh disemai diatas tapak tray menggunakan cocopeat atau peatmoss atau tanah organik.
Biji benih akan mula bercambah selepas 5 ke 8hari.Apabila anak benih sudah mula membesar, taburkan racun siput disekeliling untuk mengelakkan serangan siput.
Ads
Selepas anak benih berumur 4minggu atau mempunyai daun 8helai, anak semaian boleh di pindahkan.
Cara penanaman
kawasan penanaman anda hendaklah bersih dan di gembur terlebih dahulu.
Gali lubang sedalam 30 cm X 30 cm lebar. Semasa anda menanam, gaulkan tanah bersama baja NPK subur .
Gunakan sungkup untuk elakkan rumpai atau rumput tumbuh.
Pembajaan
Pembajaan pokok betik adalah penting supaya dapat menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti.
Pembajaan asas dengan menggunakan baja organik seperti tahi ayam.
Ads
Baja NPK subur ( baja subur) digunakan dengan kadar 50gram usia pokok 1bulan ke 2bulan. 100gram usia pokok 3bulan dan 300gram usia pokok 5bulan.
Baja NPK buah pula diberikan pada bulan ke enam sebanyak 300gram sepokok setiap 6 bulan.
Pengairan juga penting terutama pada musim kemarau,pokok betik perlu mendapatkan air yang cukup, kekurangan air boleh menyebabkan bunga bunga gugur.
Penghasilan Buah
Ads
Betik berbuah selepas 5 bulan disemai. Ia berbuah berpanjangan.
Pokok berbuah paling banyak ketika berumur 10 bulan atau 1 tahun. Petik berbuah apabila hampir ranum, iaitu apabila buah kekuningan.
Sepokok betik boleh menghasilkan 25 kilo sepanjang hayatnya.masa pengeluaran hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan.
Jangka hidup betik antara 1-4 tahun .Hayat berbuah banyak 2 tahun.
Tip :
Pohon betik akan hidup subur dikawasan lapang yang tidak terdedah kepada angin kencang. Jika angin kuat pendebungaan buah tidak akan berlaku. Bunga akan gugur.Pastikan kawasan anda mempunyai cahaya matahari yang cukup.
Biasa kan makan nasi lemak yang mana pelapiknya menggunakan daun pisang. Bukan sahaja selamat digunakan, malah memberi aura bau wangi selain rasa yang menyelerakan.
Bagi yang tinggal di kampung tak hadapi masalah untuk mendapatkan daun pisang dibandingkan dengan yang tinggal di bandar. Jadi, nak tak nak kenalah tahu cara menyimpan daun pisang supaya tahan lama. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian oleh Ellyin Tan ini.
Dapat daun pisang ni banyak dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.
Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai. Rendam dlm air selama 30 minit. Kemudian toskan atau sejat air sekejap.
Masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
Dalam usia 47 tahun, penyanyi dan pelakon terkemuka Indonesia, Krisdayanti kini bergelar nenek apabila anaknya, Aurel Hermansyah,23 selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan YouTuber sensasi Indonesia, Atta Halilintar.
Perkongsian berita gembira itu dimuat naik pelantun lagu Menghitung Hari di akaun Instagram miliknya.
Gambar yang menunjukkan wajah comel cucunya yang dipanggil ‘Baby A’ itu nyata meraih perhatian ramai.
‘Baby A’ atau nama penuhnya Ameena Hanna Nur Atta dilahirksn di Rumah Sakit Bunda Jakarta pada 22 Februari dengan berat 3.3kg. turut hadir memberi sokongan adalah ibu tiri Aurel, Ashanty dan bapanya Anang Hermansyah.
Detik berkenaan turut dimuatnaik secara langsung oleh menantunya, Atta di laman YouTube miliknya.
Malah, Krisdayanti mengakui teruja dan tidak sabar untuk memegang status nenek ketika majlis sambutan kelahiran cucunya.
Terdahulu Krisdayanti mempunyai dua anak termasuk Aurel, hasil perkahwinannya dengan penyanyi Anang.
Manakala hasil perkongsian hidup kini bersama suaminya, Raul Limos,mereka dikurniakan dua lagi anak Ariannha Amora Lemos, 10, dan Kellen Alexander Lemos, 9.
Ruang laundry kini menjadi satu ruang yang tidak hanya menempatkan mesin basuh semata-mata tanpa diberi sentuhan dekorasi oleh pemilik kediaman.
Bahkan untuk menampakkan ruang mencuci pakaian lebih selesa dan teratur, perletakkan bahan-bahan pencuci pakaian juga turut diberi tumpuan.
Contohnya seperti perkongsian daripada Nadzirah Azlan yang begitu kreatif dan praktikal dalam menghasilkan laundry dispenser dengan menggunakan balang kuih dan kepala paip.
Walaupun menggunakan bahan-bahan yang biasa-biasa sahaja, namun hasilnya memang hebat.
Buat anda yang ingin hasilkan laundry dispenser dengan cara jimat, bolehlah baca perkongsian penuh daripadanya di sini.
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.