Menanam pokok kari di dalam bekas atau pasu, untuk dapat hidup subur kenalah kita persiapkan terlebih dahulu medium tanah yang bagus. Memandangkan bukan semua pokok boleh hidup dengan subur bila di tanam di dalam pasu.
Bagi yang biasa memanam di dalam pasu sahaja tahu betapa pentingnya pemilihan jenis tanah dibuat untuk memastikan pokok yang di tanam hidup dengan subur.
Untuk yang masih belum tahu formula untuk membuat bancuhan tanah, bolehlah ikut cara yang dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah.
Ini perkongsiannya.
Dua tiga hari lepas, Puan Isteri bawa balik anak pokok kari. Jadi, saya dah faham la maksud beliau tu. Bila tengok keliling rumah, dah tak ada kawasan yang sesuai. Terpaksa tanam dalam pasu atau tong hitam.
Kali ini saya pilih untuk tanam dalam tong hitam secara 100% organik. Tong hitam menjadi pilihan sebab ia murah dan besar. Lagipun ia tahan lasak jugak.
Dalam tong tu saya letak tanah campuran yang digaul sendiri. Nisbahnya adalah seperti berikut :
2 bahagian tanah
1 bahagian cocopeat
1 bahagian kompos
Cara-caranya:
lANGKAH 1 : 2 bekas tanah, 1 bekas kompos dan 1 bekas cocopeat digaulkan hingga sebati.
LANGKAH 2 : Masukkan tanah yang siap dicampur ke dalam tong hitam. Tak perlu sampai penuh. Tinggal ruang lebih kurang 10 cm. Pastikan tebuk lubang di bawah tong ya. Tujuannya untuk saliran air keluar.
LANGKAH 3 : Saya siram dengan BIM. Boleh juga guna EM atau air basuhan beras yang dah diperam.
LANGKAH 4 : Tudung permukaan tanah tu supaya tak tededah direct pada cahaya. Tak kisah nak guna apa. Saya guna guni terpakai je. Jangan tutup guna penutup dia pulak ya, sebab nanti udara tak masuk. Biarkan 1 minggu. Lepas 1 minggu baru tanam.
Sumber : Azuan Abdullah
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club