Nak Tampil Sihat & Awet Muda, Cuba Diet Detoks Paling Efektif Dengan 10 Jenis Makanan Ini.

Share

Merapikan pola hidup sihat mungkin cara terbaik untuk mencegah penyakit. Hidup sihat boleh dimulai dengan cara memerhatikan pengambilan makanan seharian. Pola  makan yang betul dapat menjamin jumlah kalori yang secukupnya masuk di dalam badan.

Detoksifikasi contohnya, dapat membersihkan tubuh dari racun yang terkumpul. Racun dalam tubuh inilah menjadi punca pelbagai jenis penyakit. Tubuh yang bebas dari racun yang terkumpul membuat kulit lebih sihat dan kelihatan awet muda. Detoks juga membuat seseorang itu mampu meningkatkan kualiti hidup mereka tanpa bergantung kepada ubat-ubatan.

Diet dan Detoks

Makanan yang dimakan adalah pertahanan pertama tubuh badan kita daripada serangan toksin. Dengan mengawal pengambilan makanan (apa yang masuk ke dalam mulut), anda dapat mengelakkan sejumlah besar toksin yang masuk ke dalam badan.

Terdapat 10 jenis makanan yang boleh membantu dalam proses Diet Detoks iaitu epal, avokado, articok, ubi bit, bawang putih, buah kiwi, buah prun, rumpai laut, selada air dan sayuran dari keluarga kubus seperti brokoli, kubis bunga, kubis bulat, tauge Brussels dan seumpamanya.

Senaman dan Detoks

Kebanyakan orang menganggap senaman adalah salah satu cara untuk menguatkan otot di samping mengurangkan berat kolesterol di dalam badan. Namun, tidak ramai yang sedari bahawa senaman dapat menguatkan sistem detoksifikasi dan membuang toksin dalam badan.

Dua kategori senaman yang boleh membantu mengurangkan toksin dalam badan adalah latihan aerobik seperti berlari, berjalan, berenang dan sukan lain. Kategori kedua adalah senaman ketimuran, khususnya seperti yoga.

Detoks Luaran

Proses detoksifikasi bukan hanya daripada dalaman sahaja tetapi boleh juga dilakukan dari luar. Walaupun proses detoks secara dalaman seperti diet, senaman dan pemakanan amat penting tetapi apa yang berlaku pada tubuh secara luaran juga memainkan peranan penting.

Menggosok badan, skrub, urutan dan juga rawatan yang menggunakan kaedah pemanasan seperti sauna adalah cara terbaik untuk digunakan bagi mengeluarkan toksin yang terkumpul di dalam badan.

Aromaterapi

Aroma atau bauan amat penting dalam fungsi kesihatan badan. Kajian mendapati bahawa wangian aroma membantu meningkatkan tenaga, menajamkan pemikiran, meningkatkan libido dan menguatkan minda. Terdapat lebih kurang 400,000 jenis bauan aromaterapi yang boleh digunakan untuk mendapatkan respons atau reaksi tubuh. Salah satu yang paling berkesan adalah penggunaan minyak pati aromaterapi.

Dalam proses detoks, minyak pati aromaterapi digunakan untuk mengatasi simptom toksik di dalam tubuh badan. Caranya, ia boleh digunakan sebagai bauan aromaterapi di rumah atau sebagai minyak pati untuk urutan serta mandian.

Antara bauan aromaterapi yang bagus untuk detoks adalah angelica, lada hitam, cypress, bunga adas (fennel), geranium, limau gedang, juniper, lemon, mandarin dan nilam.

Suplemen

Sesetengah herba, vitamin dan beberapa jenis suplemen boleh diambil untuk membantu meningkatkan khasiat dan fungsi makanan-makanan yang dimakan dengan lebih berkesan dalam proses detoks.

Terdapat banyak jenis suplemen yang boleh membantu dalam proses detoks dan enam daripadanya adalah seperti chlorella, dandelion, milk thistle, multivitamin, probiotik dan psyllium husks.