Nak Taip Tulisan Jawi Di Phone Lagi Mudah Bila Ikut Cara Lelaki Ni Kongsikan!

Share

Mungkin ada yang sudah lama tidak membaca tulisan jawi hingga menyebabkan terasa merangkak-rangkak pula membacanya ketika ini.

Apatah lagi untuk menulis tulisan jawi, terasa seakan kekok pula. Nyata tidak selancar ketika di zaman persekolahan.

Jadi bersempena Hari Jumaat telah diangkat sebagai Hari Jawi, apa kata kita raikan dengan menaip menggunakan tulisan jawi bersama anak beranak terlebih dahulu.

Nak tahu caranya, jom kita hadam perkongsian lelaki ini.

برسمڤنا هاري جاوي، ساي كوڠسيكن ستاتوس لاما ساي سوڤاي اند بوليه منايڤ دالم بهاس جاوي دڠن لبيه باءيق دان سمڤورنا حروف جاويڽ .
Bersempena Hari Jawi,saya kongsikan status lama saya supaya anda boleh menaip dalam bahasa Jawi dengan lebih baik dan sempurna huruf Jawinya.

#harijawi #jawiday #هاري #جاوي

باڬايمانا هندق منايڤ دلم جاوي؟
Bagaimana hendak menaip dalam Jawi?

١) بوكا اڤليكسي ڬوڬل ڤليستور
Buka aplikasi Google PlayStore

٢) موات تورون اڤليكسي ‌‌Google Keyboard
Muat turun aplikasi Google Keyboard

٣)تتاڤكن اڤليكسي Google Keyboard سباڬاي ڤڤان ككونچي اوتام دان تمبهكن ڤيليهن Malay(Arabic)
Tetapkan aplikasi Google Keyboard sebagai papan kekunci utama dan tambahkan pilihan Malay(Arabic)

سلساي دان اندا سوده بوليه منايڤ دلم جاوي دڠن حروف جاوي يڠ لڠكڤ كسمواڽ.
Selesai dan anda sudah boleh menaip dalam Jawi dengan huruf Jawi yang lengkap.

سلامت منچوبا.
Selamat mencuba.

Sumber : Mohd Faiz Haris Al Bakani