
Tentunya ramai mengemari buah harumanis. Biarpun harganya agak mahal, namun peminat buah ini tetap membeli untuk menikmati kemanisannya.
Untuk elak buah ini rosak, ada caranya nak simpan. Sebagaimana perkongsian lelaki ini.
Harumanis ni buah dia special sikit, kalau tak cukup masak rasa dia masam. Tapi kalau masak elok, Allahu syahdu kemain bau dan rasa dia.
Okeh nak tips dia nak simpan dan nak tahu buah dah masak ke belum.
Bila dah terima buah tu, kotak yang berisi buah tu jangan letak atas lantai simen yer. Lapik dulu dengan kain, atau letak atas meja ke atau tempat lain, jangan atas simen. Biar jer buah dalam tu jangan ubah kecuali bila dah ada buah yang masak maka boleh keluarkan.
Pastu, buah yang belum masak jangan kau masukkan dalam fridge, nanti dia terus tak masak
So, kalau nak tau masak ke tak masak, memang kau kena cium dia dulu. Kalau masih takde bau harum tu maknanya belum masak.
Kalau bau belum kuat tu maknanya belum masak elok lagi. Tunggu sampai bila kau pegang jer pun dah bau harum semerbak. Sesetengah tu kulit masih hijau gelap tetapi bau dah cukup harum menusuk kalbu. Itu dah masak elok dah tu, jangan tunggu sampai kulit kaler kuning.
Haaa, itu jam memang lazat tak terkata. Isi dia pun ada yang jenis kuning sedikit dan ada yang kaler oren kaw-kaw.
Kau tengoklah gambar tu. Ranum dan lazat tu. Anak bongsu aku cukup suka ni. Sebiji tu sekejap jer dia habiskan.
Sumber: Khairul Abdullah
Hormon Jadikan Pokok Berbuah Super Lebat, 2 Bahan Penguat Ni Kena Ada, Wajib Cuba!

Bagi anda yang gemarkan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam, menantikan pokok yang ditanam sekian lama mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah lebat pastinya dinantikan sekian lama.
Perkongsian tip oleh pekebun Thailand yang dikongsikan oleh Hafizah BT Ibrahim Fizah ini pasti buat anda tersenyum lebar. Booster penguat hormon yang dikongsikan olehnya langsung tidak terjangka dek akal kita. Menariknya hanya gunakan dua bahan ini iaitu telur
dan yakult. Hebat!
Kalau nak pastikan pokok berbuah lebat sampai patah dahan, jom ikuti cara yang dikongsikan olehnya.
Hormon Bagi Pokok Berbuah (Hingga patah dahan)
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 botol yakult
Posted by Hafizah BT Ibrahim Fizah on Thursday, 12 April 2018
Caranya:
1. Masukkan dan campur kedua-duanya ke dalam botol air mineral 500 ml.
2. Goncang dan biarkan diperam selama 3 hari.
Tip nak gunakannya pula begini:
Untuk semua jenis pokok
Untuk semburan/spray keseluruhan pokok:
Ambil 2 hingga 3 sudu makan campur 20 litre air.
Untuk siraman ke tanah:
Ambil 5 sudu makan campur 20 litre air.
Spray dan siram setiap 7 hari.
Selamat mencuba!
Kredit: Hafizah BT Ibrahim Fizah
Anak Tulis Surat Pada Ayah Minta Buatkan Agar-Agar Pandan Sempena Hari Lahir. Ayat Pujukan Bikin Ramai Sebak

Surat yang dikarang si anak itu mendapat reaksi ramai. Malah, keprihatinannya terhadap si ibu yang keletihan pulang dari kerja membuatkan dia enggan menyusahkan si ibu.
Dek kerana itu, si anak memujuk bapa untuk menyediakan Agar-Agar Pandan untuknya. Perkongsian lelaki bernama Amyrul Almuhaziq ini ternyata cukup menyentuh hati.
Dia memuatnaik kisah mengenai anaknya yang meminta membuat Agar-agar Pandan untuk dibawa ke sekolah.
“Balik kerja pagi tadi dapat surat dari anak bongsu..kesian pulak bacanya nak gelak pon ada🤣🤣🤣.
Walaupun tidak pernah buat, namun demi permintaan si anak, ayah ini sanggup mencari resipi di google dan berkongsi hasilnya.
“Atas permintaan sempena bfday anak, abang gagah google dan inilah hasilnya..
“Agar- agar pandan kalau sedap bgtau family kalau tak komplen kat Haziq 😅😅😅
Walaupun pertama kali mencuba tetap menjadi dan elok kejadiannya.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai memuji cara si anak yang cukup sopan dan cute memujuk si ayah. Tak kurang yang terhibur terutama part terakhir tulisan si anak ini.
Pelbagai karenah anak-anak kadang-kadang membuatkan ibu dan ayah pening kepala. Namun tidak dinafikan mereka juga penghibur dan juga penawar duka kan.
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Dapat Pembantu Rajin, Jujur & Kasih Dengan Anak Istimewa, Buat Kita Sayang.” Pembantu Balik Kampung, Catriona Ross Luah Kesedihan.

Isi Kandungan
ToggleMemiliki pembantu rumah adalah salah satu keperluan terutama sekali bagi yang memiliki anak ramai dan masih bersekolah.
Sekurang-kurangnya ada orang yang menjaga dan memerhati ketika ibu bapa keluar bekerja. Namun ada kalanya mendapat pembantu yang tidak ‘ngam’ menyebabkan pelbagai masalah lain timbul. Tidak hairanlah timbul isu pembantu laridari rumah, mencuri dan sebagainya.
Tetapi tidak semua pembantu bersikap sedemikian. Sebalikny ada juga yang sangat rapat sehinggakan susah untuk berpisah terutama dengan anak-anak.
Selebriti Catriona Ross baru-baru ini memuat naik luahan mengenai kerinduannya terhadap pembantu rumahnya.
Menurut Cat, pembantu rumah tersebut yang kini sudah pulang ke kampung sangat rapat dengan anak-anaknya terutama Raess.
Pernah tak rasa rindu dengan pembantu rumah/helper yang dah balik kampung? Pernah tak rasa selesa dan sayangkan pembantu ?
I dah faham dah perasaan tu. Sebelum ni kalau ada my friends yang cakap rindu dekat maid and sering call, i macam – apooooo? Tapi betul la, bila pembantu tu berdisiplin, rajin, amanah dengan kerja, jujur dalam berkata-kata dan hormat kita memang kita appreciate sangat bila ketiadaan dia.
Kayu pengukur i buat pembantu is my autistic son sebab anak istimewa has a 6th sense which we, neuro typical people dont have. Bila pembantu i datang dulu, Jammal Raess datang dekat and peluk my helper so i tau she was the one ?
Bila pembantu mesra dengan anak-anak dan pegang amanah yang diberi apa lagi kasih dengan anak istimewa, makin la kita sayang kan dia. Sebab kita tau hati nya baik. Sapa yang baca post ni, faham maksud i? ?
Di mana juga kamu, moga bahagia sama famili iya.
View this post on InstagramA post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
Perkongsian tersebut mendapat maklum balas dari pengikutnya. Ada yang turut berkongsi pengalaman dengan pembantu rumah mereka.
ain_emran @catrionabrianross been there. Its so so hard to accept the fact that we hv to let her go back to hometown to the extent i went seeing psychiatrist.she’s like siblings. Ntahla. Took me months to recover.mcm org bercinta pun ada.
azizam.ahmad Mak doakan semoga Aaunn sudi bersama2 keluarga kita kembali terutama buat Jammal Raess, aamiin ….
sheilahassan I had a maid who is gone back for almost 8 months, but she call now and then prsnaly to my daughter’s phone. When shei is sick the name she call for my maid. I dont realy looking for one anymore bcoz yg dtg once is useless. So ini semua nasib.. Lucky thing she tots my daughter how to handle herself, cara pakai baju ,mandi..Alhamdulillah syukur sgt, walau pun ada byk kekurangan pd my maid tp dgn kids she is superbbb.
nanadiandra @catrionabrianross i feel u …i ada maid yg sangat baik..worked with for 11 years…tak pernah ada masalah…tak penah sakit demam,tak penah balik kg,jaga anak i 3 org dari baby ..masa dia balik dulu hampir gila juga dibuatnye..ye lah dah biasa maid uruskan …
eikakhld faham sgt…..mmg syg sgt my pembantu dulu…worked w us, for 8 years…..comes in yg lepas lepas.tu aint d same……
asmadalia Alhamdulillah saya dapat yg satu (pembantu) dan waktu tu sy betul2 berdoa pada Allah datangkan yg satu untuk sama2 membantu saya membesarkan keluarga. Sampai ke hari ni kami masih berhubungan. Video call pada anak2. Dan anak2 sering sebut, betapa mereka merindui. ❤️
syaz_isa Yes kak. Betul. I like dah susah hati maid nak balik after 5 years this june. Tak tau boleh dapat org yg sama mcm dia tak. Penyabar utk teman org tua kat rumah. Mana dgn anak2 lagi. Even kerja rumah tak perfect sgt, but lets put aside kalau pun kerja rumah dia kurang asalkan dia ok dgn my mum and my kids.
View this post on InstagramA post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
Sumber: IG catrionabrianross