“Nak Tahu Siapa Anak Kita Pada Usia 18 Tahun Nanti? Kena Tengok Apa Yang Kita Percaya Dan Selalu Sebut Pada Anak Masa Sekarang.” Deep Perkongsian Ibu Ini

Share

Bak kata orang mulut ibu memang ‘masin’. Apa yang dikata boleh menjadi! Oleh itu, jika marah pada anak pun jangan mudah terlepas perkara yang tidak baik kepada anak. Sebagaimana perkongsian puan Ezzaty Suffian melalui laman facebooknya, beliau menjelaskan bahawa setiap apa yang ibu bapa cakap itu adalah doa buat anak. Ikuti perkongsian ilmu ini.


 

 

Dato’ Mohamad Fadzilah Kamsah (DMFK) kata, kita ibu ayah kena selalu sebut perkara yang baik-baik kat anak. Walau anak tengah buat perangai, walau anak ada buat kita rasa nak marah sangat-sangat.

Cakap yang baik-baik itu doa buat anak kita.

Fakta sains pulak cerita, setiap apa yang kita sebut pada telinga anak, akan sampai kepada otak dia. Setiap ayat sama yang kita ulang dan ulang banyak kali itulah yang akan disimpan dalam minda bawah sedar anak (subconcious mind).

Dan ianya akan menjadi KEKAL hingga dewasa.

Penting sangat kita jaga subconcious mind anak sebab fungsi minda separa sedar ini adalah untuk : pegang apa yang anak percaya (store their beliefs), simpan memori dan pengalaman hidup.

Nak tahu siapa anak kita pada usia 18 tahun nanti? Kena tengok apa yang kita percaya dan selalu sebut kat anak pada masa sekarang.

Kalau kita selalu sebut : bagus fayyadh, fayyadh boleh buat, fayyadh anak yang hebat, fayyadh anak yang pandai, fayyadh anak yang sabar, fayyadh anak yang suka dengar nasihat ummi, fayyadh anak yang berdikari.

InShaaAllah itulah yang akan fayyadh jadi 18 tahun lagi.

Kata-kata yang baik ini kita namakan dia sebagai affirmation. Perlu diulang cakap setiap hari supaya dia dapat masuk dan melekat terus dalam minda bawah sedar anak. Yang boleh buatkan otak anak percaya itulah dirinya dan finally akan membuahkan kenyataan.

Kenapa? Sebabnya, minda anak kita tengah kosong waktu ini (dari usia baru lahir hingga 6 tahun). So, yang hubungkan sel-sel otak anak adalah segala experience (pengalaman) yang dia lalui setiap hari.

Experience tu termasuklah apa yang dia nampak, dengar, sentuh, bau, rasa. So, apa yang dia dengar itulah mostly apa yang keluar dari mulut kita ibu ayah dia kan?

Tambah lagi 1 fakta : otak anak pada usia 2 tahun hingga 6 tahun berada pada gelombang theta dan alpha. Gelombang otak yang tenang tapi sangatttt tajam.

2 gelombang ini adalah gelombang power yang buatkan anak kita bersedia untuk belajar macam-macam. Whatever yang kita cakap, nasihat, marah dan sebut pada anak, diorang akan terimanya sebagai 1 pelajaran baru dan betul (walaupun kita cakap/ajar benda yang salah). Dan maklumat itu akan terus dihantar ke subconcious mind anak.

Memang betul. Kita yang corakkan kepercayaan dan keperibadian anak-anak. Jati diri anak-anak pun ya. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya.

Nak atau tak, kita perlu selalu cuba untuk maintain positif, perlu buat latihan cakap perkara yang baik-baik kat anak, perlu selalu rasional dan jaga kata-kata yang keluar dari mulut kita supaya tak melampaui batas.

Sumber: FB Ezzaty Suffian
Kalau kita rasa diri kita selalu negatif, usahakan untuk ubah diri sendiri dulu.