Nak didik anak ni ada cabarannya. Pelbagai cara nak buat anak lebih fokus untuk belajar.
Nak tahu caranya, jom ikuti perkongsian ini.
IBU BAPA AMBIL PERHATIAN!
Ini berkaitan hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar.
Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah then bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut..just arahan “warnakan bulatan itu”
Take note ye parents, fokus adalah kemahiran..bila sebut kemahiran ni, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dll..yang penting kita dapat tahu keupayaan & tahap fokus anak..jangan compare antara satu sama lain..
.
1) MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN
– jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.
.
2) MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN
– bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.
Sumber: Pn Azila Ghani