Kita selalu dengar, barang siapa yang menggembirakan hati orang lain pasti hidupnya juga akan bahagia. Apa yang pasti, menggembirakan itu tidak semestinya perlukan kita untuk berbelanja besar. Lalu cara bagaimana untuk kita menggembirakan hati insan-insan yang kita sayangi dan orang-orang yang berada di sekeliling kita?
Perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini semoha dapat memberi idea untuk kita membahagiakan setiap orang disekeliling kita agar tempias bahagia itu juga akan menjadi asbab untuk kita merasa bahagianya hidup ini.
Jom semak.
Gembirakan hati keluarga, kawan, orang sekeliling kita dengan modal yang minima
Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Kuasa memberi dan menderma ini sangat kuat. Ia akan mengajar kita supaya tidak riak, angkuh dan bermegah.
Memberi biar ikhlas. Jangan mengharapkan balasan daripada manusia. Biar Allah saja membalasnya. Secara tidak langsung, dapat mendidik hati kita menjadi seorang yang pemurah. Rezeki pun senang nak masuk.
Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang. Allah bagi rezeki dalam pelbagai cara. Contohnya, kereta kita rosak ada orang berhenti tolong. Kita pokai bulan ni ada je kawan ajak belanja makan. Banyak rezeki yang kita tak duga kadang-kadang tu.
Gembirakan hati orang lain. Allah akan gembirakan hati kita. Kita layan mereka macam mana kita nak mereka layan kita. Tak perlu nak tunggu mereka buat baik dengan kita terlebih dahulu, tapi kita perlu buat baik dengan mereka.
Paling penting, bahagiakan keluarga terlebih dahulu. Kadang-kadang kita lupa. Kita layan kawan-kawan dengan baik. Tapi dengan mak, ayah, adik-beradik, suami, isteri, anak-anak, kita layan nak tak nak jer. Kita lupa, mereka inilah yang sentiasa bersama-sama saat susah dan senang.
Kalau kita tak mampu menghulurkan wang ringgit, kita boleh memberi ataupun meringankan tugas orang lain dalam pelbagai cara.
Contohnya:
1. Jika kita makan dekat McD, KFC apa salahnya sekali-sekala tolong buang sisa makanan kita ke dalam tong sampah sendiri. Pekerja itu anak Melayu kita juga. Penat diorang kerja seharian. Kalau tengok kita buat gitu. Rilek sikit dia.
Sekurang-kurangnya kita dah ringankan kerja dia untuk hari tu.
Ads
2.Jika kita ingin ke masjid dan nampak orang berjalan kaki dan hendak ke masjid juga, tumpangkanlah mereka sekali. Boleh sembang dan berkenalan dengan kawan baru.
Janganlah bila tahu dia ada adik perempuan yang cun serupa Mira Filzah, baru nak tumpangkan. Ada udang di sebalik batu gitu. Buat baik ada sebab.
3. Jika kita berhenti solat di masjid ataupun surau dekat stesen minyak, apa salahnya kita tinggalkan telekung ataupun kain pelikat kita kat sana. Kalau tinggal yang baru lagi bagus.
Sepanjang orang duk gunakan barang kita tu, selagi tu lah kita dapat pahala.
4. Jika kita tengah makan tengah hari ataupun sedang minum air sejuk dikala cuaca panas ni, ada abang posmen hantar surat, apa salahnya kita ajak dia minum sekali.
Sekurang-kurangnya dapat buatkan dia gembira. Dapat hilangkan penat dia bekerja.
Ads
5.Jika ada kawan kita komen dekat FB kita, apa salahnya kita komen dekat status dia balik. Boleh rapatkan ukhuwah sesama kita. Komen yang membina dan membantu meningkatkan motivasi mereka. Barulah kita tahu dia ada dalam frendlist. Ini add saja tapi tak pernah bertegur sapa.
6. Jika kawan kita masuk hospital, sakit, demam eloklah kita melawat mereka. Kehadiran kita boleh buatkan mereka gembira dan cepat sembuh. Apa salahnya jika bawa buah tangan lebih untuk bagi ke pesakit sebelah kawan kita tu.
7.Jika kita tahu ibu bapa kita suka makan sesuatu, apa salahnya kita belikan makanan tersebut setiap bulan kepada mereka. Contohnya pulut bakar atau apa saja yang mereka suka.
Gembirakan hati adik-beradik kita. Kita tahu dia suka baca buku ataupun gemar lakukan hobi apa-apa saja. Kita belikan untuk mereka. Join mereka lakukan aktiviti yang mereka suka.
Dengan kawan-kawan pula, belikan cenderamata jika kita travel. Tak perlu mahal. Tanda ingatan tulus ikhlas. Hadiah tak semestinya mahal.
Menggembirakan hati orang lain adalah perkara yang mulia. Hati kita pun senang. Mereka lagi sayangkan kita. Tapi, ingatlah. Gembirakan hati keluarga terlebih dahulu.
Ads
Sebenarnya, tak guna ada kereta mewah, followers beribu, rumah bersepah tapi langsung tak ada sifat nak memberi.
Kebanyakan orang takut miskin kalau memberi. Mereka lupa, rezeki itu daripada Allah. Tak jatuh miskin kalau memberi. Malah, Allah akan tambahkan lagi rezeki.
Tak mampu memberi dengan wang ringgit, kita berilah dengan ilmu, perkongsian pengalaman, tips yang berguna.
Melawak untuk hiburkan hati mereka yang dalam kesedihan pun okay. Kawan kau orang baru putus cinta misalnya. Walaupun lawak kau orang tu hambar tahap cipan, takpa. Usaha itu penting.
Niat memberi itu lebih utama. Bukan memberi sekadar untuk nama ataupun pujian.
Dapat ilmu berharga tak guna jika tak kongsikan. Ilmu datang daripada Nya. Kita kongsi ilmu dengan orang, lagi banyak Allah bagi kefahaman pada kita.
Jangan perkecilkan orang lain. Walaupun kau lepasan universiti tapi kawan kau sekolah setakat SPM je, jangan kau duk hina dia. Biasanya kawan macam ni dia belajar tak tinggi, tapi kalau kau ada masalah minta tolong dia, bergegas dia datang. Tak macam kawan-kawan Phd, Master semua tu. Memanjang je sibuk.
Jangan riak dan bongkak. Semua itu hanyalah pinjaman dan pemberian daripada-Nya. Hidup ini hanya sementara.Ingatlah, jika tak mampu membuat orang lain tersenyum, jangan buat dia mengalirkan air mata. Jika tak mampu buat orang lain bahagia, jangan tambah deritanya. Tak baik.
Lapang dan lega rasanya bila kita dapat tahu sekiranya bulan ini adalah bulan terakhir pembiayaan kereta atau motosikal yang perlu dilunaskan. Memang tidak tergambar betapa kita bahagia kerana lepas satu beban setelah bertahun-tahun membayar loan kereta kepada bank. Jadi selepas ini, adalah lebihan duit untuk disimpan atau dibelanjakan untuk kegunaan lain.
Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu ada satu perkara penting yang perlu dilakukan apabila sudah langsai segala pembayaran pinjaman untuk pastikan kenderaan tersebut menjadi milik sepenuhnya. Ini sebagaimana info yang dikongsikan oleh Nadia Izzati.
Perkara Kita Perlu Buat Bila Dah Habis Bayar Pinjaman Kereta atau Motosikal
Pernahkah anda melihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda yang terdapat satu ayat tertera hak milik dituntut oleh syarikat pinjaman kereta di mana anda membuat pinjaman?
Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.
Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.
Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut. Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu.
Kebebasan bermula apabila sesiapa sahaja berjaya melangsaikan hutang pinjaman keretanya. Benar bukan?
Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik peminjam.
Jadi, untuk meneruskan prosedur berikut, pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan. Namun, lebih baik lagi surat tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.
Prosedur E Batal
Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah anda harus menghubungi pihak pemberi pinjaman wang untuk belian kereta.
Pastikan anda bertanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.
Di cawangan JPJ tersebut, jangan lupa mengecop geran kereta anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Mudah kan?
Kesimpulannya,
Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan hak milik.
Jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila tukarkan sekarang untuk memudahkan urusan pada kemudian hari.
P/S : Boleh call JPJ untuk double confirm. Lain tempat lain caranya. COVID-COVID ni stay at home.
Siapa kata nak buat Cekodok atau Cucur kena ada tepung, guna roti je dah boleh dapat cucur yang sedap dan menyelerakan.
Nak tahu caranya jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mas Cotek. Resipi yang cukup simple tapi sedap. Boleh cuba untuk minum petang nanti.
CEKODOK ROTI GARDENIA..byk sgt aih iklan lalu lalang,lambat opah nk bersarapan..yesss!!! kasi peghabeh roti yg nk expired tu hah…ni kalau ada kuah kacang aje sedap giler abadi ni😋😋..ate x mandang..sos2 ni opah x gemo sgt..mkn jugak le…moh kite.
Bahan-bahan
12 keping roti kosong Gardenia
1 biji bawang besar di cincang
2 cili merah dicincang
sedikit daun sup/ daun bawang dihiris halus
2 biji telur
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt maggi secukup rasa
Garam secukupnya
Nota:
Boleh tambah udang, ikan bilis, kentang, lobak dll jika suka. Pelbagaikan rasa.
Cara membuat:
– Roti digunting atau disiat-siat menjadi kepingan kecil.
– Satukan semua bahan.
– Gaul sehingga sebati.
– Panaskan minyak.
– Bulat-bulatkan terus masuk ke dalam minyak panas.
– Goreng hingga keemasan.
– Hidang bersama sos dll.
– Enak dimakan begitu sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti atau travel dengan anak-anak, terutamanya ketika bercuti ke luar negara.