Nak Suara Merdu dan Payu dara Montok Kena Cuba Petua Air Basuhan Beras Ini. Cukup Wow!

Share

Beras mempunyai mineral seperti Niacin, vitamin D, kalsium, fiber, iron, thiamine dan riboflavin.  Selain itu, beras juga kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol, lemak tepu yang boleh memudaratkan. Khasiat beras bukan sahaja boleh di makan, malah ia sangat bagus untuk penjagaan kulit muka dan juga tubuh badan.

Terdapat banyak khasiat air beras dari basuhan pertama hinggalah ke air didihan beras sebelum menjadi nasi. Jom semak sama-sama!

  • Air Basuhan Beras Yang Pertama

Air basuhan pertama juga, boleh digunakan untuk mencuci ikan, ayam untuk menghilangkan bau hanyir yang ada pada ikan dan juga ayam. Ia juga boleh digunakan untuk membasuh sayur-sayuran untuk menghilangkan kekotoran dan juga ulat yang ada pada sayur.

Air ini juga boleh dijadikan baja pokok kerana ia akan berbuah lebat. Contohnya, pokok cili dan lain-lain jika anda ada menanam pokok di rumah.

  • Air Basuhan Kedua

Untuk wanita yang inginkan kulit putih, gebu dan mulus semulajadi, ambil air beras basuhan kedua untuk membasuh muka. Ia juga amat sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat.

Air ini juga dapat menyerikan wajah, bagi orang Islam mereka mengamalkan bacaan selawat sebanyak tiga kali sebelum menyapukan air ke wajah.

Air ini juga boleh dijadikan mandian bagi menggantikan susu dan juga scrub badan. Ia boleh digunakan begitu sahaja untuk mandian atau anda ingin campurkan dengan bunga-bunga agar lebih wangi dan membangkitkan aura positif di dalam badan.

Khasiat air beras untuk dijadikan mandian amat baik untuk kulit kering dan kusam, hilangkan panas badan, mereka yang mengalami gatal-gatal, menghilangkan daki dan sebagainya.

  • Air Didihan Beras Sebelum Menjadi Nasi

Khasiat air didih beras pun tidak kurang hebatnya. Anda boleh mengamalkan air didihan beras secara sejuk atau suam dengan campuran gula atau tidak. Khasiatnya, akan membuatkan suara menjadi lunak bagi seorang yang suka menyanyi.

Berita baik buat wanita, anda yang mengamalkan air didihan beras sebelum tidur ia akan membuatkan payudara anda menjadi tegang dan montok secara semulajadi.

Sumber : wom