Masalah kesihatan merupakan masalah yang patut diambil kira dalam segala hal. Bukan hanya wanita yang cukup berisiko menghidap masalah dan penyakit kerana didakwa tidak melakukan senaman, tetapi lelaki juga jika tidak mengamalkan cara hidup sihat boleh sama berisiko tinggi menghidap sebarang penyakit.
12 tips sihat yang perlu lelaki tahu mungkin dapat membuka mata anda.
Isteri pula kenalah bantu suami untuk capai kesihatan diri mereka. Kalau boleh sama-sama bersenam dengan suami, barulah sihat sama- sama. Bahagia pun sama-sama.
1. Senaman setiap hari
Untuk mengimbangkan fizikal dan dalaman yang sihat, senamanlah pengubatnya. 20 minit jogging sudah memadai. Kurang senaman akan menyebabkan perjalanan darah tidak begitu lancar. Ini memberikan kesan yang tidak baik kepada prostat. Bersenamlah setiap hari sambil mengikut jadual yang betul.
2. Risiko kemandulan
Dianggarkan purata lelaki Malaysia lebih 40% adalah mandul. Ini disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat selain teknik dan cara yang kurang sempurna. Senaman merupakan salah satu cara untuk mengelakkan masalah ini selain teknik dan masalah dalaman yang perlu diambil kira. Tidak mampu 20 minit, 10 minit setiap hari sudah memadai.
3. Timbulkan otot
Otot yang mengeras dan badan yang berketul-ketul bukti tubuh anda sihat? Semua lelaki mahu tampil dengan tubuh fizikal penuh berotot sebagai tanda gagah. Mahu dapatkannya haruslah kena dengan caranya. Mengangkat beban sesuai dengan bilangan yang kerap ataupun setiap hari dalam masa yang lama, impian anda pasti tercapai. Jangan mimpi jika latihan anda hanya 3 kali di gimnasium.
4. Lebihkan karbohidrat
Lelaki memerlukan tenaga yang padu untuk bekerja sepanjang hari. Jika bukan untuk fizikal, lelaki tetap memerlukan tenaga untuk berfikir sepanjang hari. Wanita tetap memerlukan karbohidrat, namun kuantitinya agak berbeza dengan lelaki yang memerlukannya lebih banyak. Jadi tidak hairanlah bila melihat lelaki makan lebih banyak dari wanita.
5. Gula-gula getah bantu henti merokok
Gula-gula getah rupanya dapat membantu anda yang mahu berhenti merokok. Kandungan nicotin dalam gula-gula getah ini cukup sesuai menggantikan rokok. Daripada ketagih rokok, ada baiknya anda bertukar dengan gula-gula getah ini. Ia lebih murah malah menyihatkan.
6. Cara hidup sihat
Cara hidup sihat tetap menjadi keutamaan dalam menjaga kesihatan. Bagi lelaki, kanser prostat paling ditakuti. Amalkan cara hidup yang lebih baik dan sihat. Pengambilan alkohol misalnya akan menghilangkan kandungan zink dan vitamin B6 yang penting untuk prostat yang sihat. Oleh itu, berhentilah mengambilnya.
7. Sit up
Sit up antara senaman ringan berkesan untuk anda jika tiada langsung masa untuk bersenam. Ia menguatkan otot sekitar perut. 20 kali mungkin tidak langsung memberi kesan kepada anda. Tambahkan mengikut kemantapan tubuh masing-masing.
8. Hentikan tabiat merokok
Tahukah anda tabiat merokok boleh menjejaskan tahap kesuburan? Bukan itu saja malah nikotin yang terdapat dalam rokok juga penyebab masalah cardiovascular dan lain-lain penyakit seperti kanser paru-paru, mulut dan salur bladder, sakit jantung, sakit pernafasan seperti chronic bronchitis dan emphysema dan strok (angin ahmar).
9. Lebihkan zink
Zink cukup penting kepada fungsi kelenjar prostat. Prostat menggunakan zink 10 kali ganda berbanding organ yang lain. Zink membantu mengurangkan kandungan prolaktin di dalam darah. Prolaktin didapati dapat meningkatkan penukaran hormon testosteron kepada DHT.
10. Selaraskan lemak
Risiko masalah jantung dan lelaki cukup sinonim. Kerana itulah lemak antara yang patut dikurangkan lelaki dalam pengambilan menu harian. Mahu selamat, selaraskanlah pengambilan lemak dengan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang segar.
11. Pakai seluar ketat
Suatu ketika dahulu pemakaian seluar ketat cukup digilai kebanyakkan anak muda. Tanpa mereka tahu, pemakaian seluar ketat ini akan mendorong tahap kesuburan menurun. Impak pada penis dan kawasan sekitarnya memudaratkan anda.
12. Diabetes sebabkan mati pucuk
Mati pucuk cukup ditakuti lelaki. Diabetes dikatakan boleh menyebabkan risiko tinggi kegagalan ereksi atau istilahnya mati pucuk. Pun begitu banyak cara mengelaknya. Aturkanlah cara pemakanan supaya serangan masalah diabetes dapat djauhi.