Nak Sinki Sentiasa Kosong. Boleh Ikut Trik Wanita Ni Buat, Mudah Sangat!

Share

Keadaan ruang dapur yang bersih tentunya akan memberi keselesaan kepada semua penghuni rumah saat berada di ruang tersebut. Apatah lagi buat si isteri yang boleh dikatakan banyak masanya dihabiskan di ruang dapur untuk menyediakan hidangan.

Menyentuh tentang memastikan ruangan dapur terlihat bersih dan kemas,  tidak keterlaluan jika dikatakan perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah ruangan singki. Ini kerana bilamana keadaan singki dengan lambakan pinggan mangkuk yang kotor tidak dicuci akan sekali gus mencacatkan pemandangan keseluruhan ruangan dapur.

Jadi apa cara mudah kita untuk pastikan ruangan nan satu ini kekal terlihat kosong tanpa ada walau satu pinggan yang belum dicuci?

Nak tahu triknya, apa kata cuba apa yang disarankan oleh Puan Nor Liza ini, jom baca perkongsiannya.

Tips nak sinki kosong dan bersih?
Jangan biasakan untuk tinggal 1 pinggan/sudu/cawan kotor dalam ni. Sebab dengan bermula 1 yang kotor, maka akan beranak pinaklah cawan pinggan kotor yang akan dibiarkan nanti.

Bila ada 1 yang kotor tertinggal, maka dengan suka hatilah pasangan dan anak-anak akan menambah yang kotor.

Jadi bila sentiasa kosong dan bersih, secara automatik bila selepas mereka guna cawan pinggan, mereka akan terus basuh dan bersihkan.

1 Pinggan kotor Umpama virus! Sebab dia akan menarik berpuluh-puluh sudu, cawan dan pinggan untuk diletakkan sesaja dalam sinki.

Jadilah Ibu yang bijak dan malas. Haha

Setuju ke setuju?

sumber : Nor Lizah Md Samuri