Nak Sihat Dan Bertenaga Selalu, Kaum Wanita Kena Amalkan Minuman Ini. Baru Suami Sayang.

Share

Bagi wanita yang bergelar isteri dan ibu dan dalam masa yang sama turut bekerja, pasti memerlukan tenaga yang cukup luar biasa. Sementelah terpaksa melakukan dua kerja yang bukan mudah. Kena siapkan keperluan rumah tangga dan dalam masa yang sama memenuhi tuntutan tugasan di pejabat dengan sempurna.

Justeru, soal kesihatan cukup penting dan harus dititikberatkan baik dalam kesihatan dalaman mahupun luaran. Barulah suami bertambah sayang.

Bagi ibu-ibu di luar sana, Noor Mila menerusi laman facebooknya berkongsi petua yang cukup mudah dalam memastikan kesihatan terpelihara. Petua ini berupa minuman kesihatan yang wajib diamalkan oleh kaum wanita jika mahu badan berbau wangi, wajah putih berseri kemerahan dan menyegarkan badan

. Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!
  • 10 Batang Serai
  • Halia  dibakar lalu dibersihkan
  • Gula Melaka
  • Air 4 gelas
  • Sedikit Garam

CARA MEMBUAT:

  • 10 batang serai di ketuk dan halia di bakar terlebih dahulu. Kemudian, bersihkan halia tersebut
  • Kesemua bahan di masukkan ke dalam periuk dan direbus dengan air 4 gelas air hingga masak.

Antara Kelebihannya:

1.Mencegah perut buncit

2. Membuang angin dalam badan.

3. Resdung

4. Masalah berat badan.

5. Buang kotoran dalam badan

6. Mencegah penggumpalan darah.