Pernah tak waktu siang makanan mentah seperti ikan, ayam, udang dan sebagainya, anda terus letak direct dalam sinki, tak letak dalam bekas? Haaa kalau anda buat perangai begitu, baik ubah dari sekarang!
Nak tahu kenapa? Tengok perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan ni! Mesti lepas baca anda akan jadi seram nak letak direct kat dalam sinki dah lepas ni.
Sinki antara tempat paling kotor dalam rumah kita.
Ada doktor pakar mikrobiologist kata, sinki sebenarnya lebih kotor dari tandas. Sebab kandungan bakteria yang ada di sinki, lebih banyak dari bakteria yang ada di tandas.
Lebih 17,000 bakteria untuk setiap inci persegi sinki, menurut kajian dari Global Hygeine Council. Tak termasuk lagi 13,000 bakteria pada handle paip di sinki.
Ini baru untuk setiap inci persegi, cuba darab dengan saiz sinki rumah kita. Banyak mana lah kuman yang ada kat situ kan. Seram pulak!
Bakteria boleh datang dari;
Ads
Makanan mentah yang kita siang.
Lebihan makanan yang kita buang.
Pinggan mangkuk dengan sisa makanan yang kita biar dalam sinki.
Sinki sentiasa dalam keadaan basah dan lembap.
Jadinya, elakkan letak terus ikan yang kita nak siang dalam sinki tau. Ramai kan suka buat macam ni. Ada yang macam tak puas siang ikan dalam bekas, nak jugak letak dalam sinki.
Taknak buat dah k lepas ni. Bakteria tu, tak tahu bila nak bagi kesan kat badan kita dan anak-anak kan.
Ikan ke, ketam ke, ayam ke, apa-apa lah bahan makanan mentah. Makanan yang belum dimasak tu sendiri pun dah ada bakteria, bila kita campur pulak dengan bakteria dalam sinki, berganda-ganda makanan kita dipenuhi dengan bakteria.
Ada hari, kita tak masak dengan betul pulak makanan tu, bakteria masih ada tak habis lagi riwayat dia. Anak makan makanan yang kita sendiri masak kat rumah, pun boleh dapat cirit birit dan muntah nanti.
Ads
Kalau yang dah tak buat macam ni, alhamdulillah. Kalau ada yang masih buat, harini jadi hari terakhir k, insyaAllah. Kita cuba sama-sama ya.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Ads
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Membaca petikan berita dari BERNAMA ini pasti sahaja kita sebagai rakyat Malaysia turut tumpang berasa bangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada wira kita Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai antara tiga doktor terbaik dunia.
Betapa kita bukanlah daripada negara maju namun berjaya menangani wabak Covid-19, musuh halimunan yang digeruni jauh lebih baik daripada negara-negara kuasa besar dunia yang lainnya.
Dalam laman webnya semalam, CGTN menyatakan ia “menobatkan” Dr Noor Hisham sebagai antara doktor terbaik di dunia berikutan pendekatannya yang berterus terang dan tenang dalam mengendalikan wabak COVID-19 di Malaysia.
Manakala memetik berita di Astro Awani, Datuk Dr Noor Hisham menerima pujian masyarakat kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai berhubung penularan COVID-19.
Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.
Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Sentiasa cantik dan tak jemu mata memandang, diakui bekas ratu cantik yang juga pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira punya auranya yang tersendiri.
Bukan sahaja kecantikannya disebut-sebut ketika zaman mudanya bahkan makin terserlah kekal cantik jelita walaupun usianya telah 48 tahun. Seakan kecantikan yang dianugerahkan kepadanya tidak dimamah usia!
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kini kecantikan Erra Fazira itu diwarisi oleh anak perempuannya, Engku Aleesya yang kini sudah meningkat usia remaja.
Baru-baru ini tular perkongsian satu rakaman dengan paparan Erra Fazira meluangkan masa bersama dengan anak perempuannya menghadiri exhibition dan telah mencuri perhatian peminatnya dan warganet.
Dalam muat naik itu dipaparkan Erra Fazira bersama anaknya mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam dan putih dengan digayakan bersama tudung kelabu. Sekali gus berjaya mencuri perhatian ramai, apabila terlihat penampilan anaknya yang berhijab nampak begitu sopan dan ayu sekali.
Memang benarlah peribahasa Melayu ada menyebut, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kecantikan dan kejelitaan Engku Aleesya persis ibunya juga!
Meninjau di ruangan komen rata-rata warganet meninggalkan reaksi tanda suka mereka mengenai perkongsian tersebut. Ada yang kagum dengan kecantikan anak Erra Fazira ini dan turut memujinya kerana berpakaian sopan.
Berikut antara yang diluahkan oleh warganet menerusi ruangan komen perkongsian rakaman tersebut:
“Cantik nye anak dara Era pakai hijab. Kekal pakai hijab nya anak cantik”
“Aleesya dengan kakak ke adik tu?”
“Suka aleesya sebab dia tak perlu seksi-seksi untuk popular. Pemalu pun ye. 😍😍”
Kelibatnya dalam arena sukan badminton pasti dirindui selepas ini. Apa tidaknya, setiap kali beliau menyertai pertandingan, jarang kecundang awal. Malah, tidak salah andai dikatakan sehingga kini tiada pelapis atau anak muda lain yang mampu menggantikan tempatnya.
Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh lagenda badminton selama 19 tahun ini tidak boleh dilupakan. Namun, semua pihak akur dan menerima keputusannya untuk menggantung raket sebagai pemain badminton negara.
Datuk Wira Lee Chong Wei semalam mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas masalah kesihatan. Mengulas perancangannya selepas bersara, beliau berkata buat masa ini beliau hanya mahu berehat dan bersama keluarga.
Oleh sebab itu, Chong bercadang ingin membawa isterinya serta keluarga pergi bercuti dan berehat kerana sebelum ini beliau kurang masa bersama orang tersayang. Kenyataan tersebut telah dipetik daripada penulisan Sinar Harian merujuk kepada sidang media tengahari semalam.
“Saya berhutang dengan isteri saya. Kami belum sempat bulan madu walaupun sudah tujuh tahun berkahwin. Jadi mungkin selepas ini kami akan pergi bercuti dan tebus semula bulan madu kami yang tertangguh itu.
“Seperti yang anda tahu, sebagai atlet badminton saya lebih banyak menghabiskan masa untuk latihan dan menyertai pelbagai kejohanan. Sukan ini tidak membenarkan saya untuk berhenti atau berehat seminggu dan kemudian sambung beraksi semula. Saya terpaksa beraksi dan berlatih dan jarang mempunyai masa dengan keluarga.
“Jadi mungkin selepas ini kami akan pergi bercuti dan tebus semula bulan madu kami yang tertangguh selain saya juga mahu meluangkan masa lebih banyak dengan anak-anak saya,” katanya yang tidak menolak kemungkinan dirinya akan terus menabur bakti dalam sukan badminton selepas bersara.
Tambah Chong Wei lagi, hasrat tersebut sudah disuarakan kepada Datuk Seri Norza, YB Syed Saddiq yang beliau akan kembali dalam arena sukan ini kerana mahu terus menabur bakti kepada negara.
“Walaupun sudah bersara, saya akan terus bantu BAM. Mungkin saya boleh jadi sparring partner kepada atlet-atlet muda atau bantu perkara-perkara lain,” tambahnya.
Dalam pada itu, Chong Wei turut merakamkan penghargaannya kepada pihak media dan pihak-pihak lain yang selama ini tidak didendang kerana telah banyak membantu dalam melonjakkan karier badmintonnya.
“Saya akan merindui anda semua (media) sebab ini mungkin sidang kedua terakhir saya. Saya akan merindui semua wartawan yang selama ini menyokong saya.
“Selain itu, saya juga akan merindui akademi badminton BAM, tapak untuk saya sampai ke tahap ini. Saya akan rindu itu akak cuci tandas, akan sapu lantai dan staff-staff lain dalam BAM kerana banyak tolong saya. Saya juga akan merindui penaja-penaja dan paling utama rindu sorakan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.
Legenda badminton negara yang berusia 36 tahun ini, pernah tampil bercerita buat pertama kali selepas disahkan mengidap kanser hidung peringkat awal September tahun lalu. Beliau kemudiannya menjalani rawatan lanjut di Taiwan selama dua bulan tahun lalu.
Seorang pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang, meninggal dunia malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga.