Uncategorized

Nak Shopping Stok Makanan Sihat Untuk Keluarga, Periksa Dulu Label Nutrisinya. Nak Lagi Mudah Ikut Je Pilihan Fitness Coach Ni!

Share

Melalui perkongsian seorang Fitness Coach Puan Azzatie Intan Suraya tentang pemilihan makanan kesihatan yang boleh dibeli dipasaran sebenarnya banyak. Dan tidak menjadi masalah untuk setiap antara kita amalkan pemakanan kesihatan ini lebih-lebih lagi buat ibu yang super busy.Semuanya tersedia di pasaran, apa yang tinggal lagi hanya kita perlu bijak memilih yang terbaik untuk keluarga.

Untuk itu, kita perlu tahu baca label nutrisi dan ini telah pun dikonsikan oleh  Puan Azzatie  atau lebih mesra membahasakan dirinya mama. Dia juga turut  berkongsi antara pilihan produk makanan kesihatan yang menjadi pilihannya untuk memudahkan ibu-ibu membuat perbandingan dan pilihan.

Untuk mengetahui lanjut, ikuti perkongsian ini.


Alternative food for healthy eating

I was doing groceries shopping lesson this afternoon utk support group meal plan, dan mereka pun x sangka sebenarnya byk je makanan blh makan, asalkan always always n always CHECK LABEL sblum beli.

Barang2 ni smua blh dapat kt tesco, village grocer, jusco, cold storage, aeon big, giant dan most pasaraya besar. Saje pilih tesco sbb smua tmpt ada tesco jadi xde alasan x jmpa barang2 alternatif dlm healthy eating ni.

Mama mmg guna kebanyakan brg2 ni dlm meal prep, breakfast, lunch n dinner. Dan of coz, sayur mayur n buah buahan segar jadi top priority, lagi raw lagi bagus.

INI PILIHAN PRODUK YANG DISARANKAN

Gula & garam

Pengganti gula: molasses/raw sugar cane Pengganti garam: himalayan rock salt

Bahan Perapan & Sos

Pilihan sos hoisin, plum sos, kicap enaq antara yang sering dibeli kerana non gmo. Selain itu herba parsley, rosemary, oregano flakes, Cajun, paprika, mustard dan chilli powder boleh juga dijadikan stok di dapur untuk menambah keenakan rasa hidangan yang disajikan.

Produk Tenusu


Jika anak-anak suka makan keju, belilah yang jenis slim cheese kerana 1 keping cuma 43kcal berbanding 99kcal normal cheddar.

Begitu juga ketika membeli yogurt untuk dijadikan menu sarapan untuk seisi keluarga, sebaiknya pilihlah natural yogurt atau greek yogurt adalah terbaik.  Manakala pilihan untuk stok susu disarankan pilihlah Fresh milk untuk dijadikan menu untuk snacking atau overnight oat.

Roti & Wrap

Kebiasaannya, kita akan pastikan stok roti mesti ada di rumah untuk di makan pada bila-bila masa. Jadi untuk jadikan pembelian makanan lebih sihat dan berkhasiat, turut disarankan agar memilih daripada jenis Canadian wheat atau wholemeal bread.
Kalau xde canadian, disarankan ambil sommerset seperti ini.
Manakala jika ingin membeli wrap, Always go for 6grains wrap. 1 kping 143kcal
Jem
Melihat pada pilihan jem yang sering dibeli oleh mama adalah seperti berikut.
Mama guna ni. 100% stoberi
St dalfour jem, byk perisa
Kopi & Teh

Kopi paling low kalori. 1 sachet cuma 7kcal

Oat

Organic rolled oat brand fav mama. 4tbs 90kcal utk overnight oat

Ini hanyalah sebahagian daripada apa yang dikongsikan olehnya. Rupanya banyak lagi produk makanan yang boleh dijadikan stok untuk disimpan di rumah. Apa yang pasti, bila mana kita sebagai ibu membeli hanya yang berkhasiat untuk anak-anak dan keluarga, maka secara tidak langsung seisi rumah akan mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat.